Apa yang menariknya di sini ialah, dikatakan Hadi dan Nasha akan di beri peranan mentadbir di Putrajaya. Dah penat dan letih dengar drama bersiri Kerajaan Perpaduan ini, tak semena-mena UMNO juga yang dilabelkan 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Walau apa pun, mana-mana pihak yang mengusahakan pengabungan ini tidak boleh putus harapan.
UMNO dilabelkan sedemikian rupa kerana PAS (Hadi dan Nasha) gagal dalam peringkat akhir iaitu menyakinkan Nik Aziz. Semasa kedua-dua pihak membuat rundingan itu dulu, langsung tidak kena pada waktu kerana Pakatan Rakyat pada masa itu sedang dalam waktu kegemilanganya. Bila tengah menjulang gemilang, jangan harap mereka nak pandang.
Apa kerugian PAS perlu tanggung jika bekerjasama dengan UMNO? Kedua-dua pihak mendapat tempat persekutuan, takkan nak tolak? Khuatir ahli PAS lari? Ke mana ahli PAS nak lari? PKR dan DAP? Jika benar kerjasama antara UMNO dan PAS terlaksana, suka ataupun tidak ahli-ahli PAS akan terpaksa menerimanya ini kerana sejak dari dulu lagi ahli PAS telah di didik dengan sebaik mungkin untuk menjadi kerbau yang di cucuk hidungnya.
Sebelum ini Nik Aziz bertegas dengan keputusannya tetapi kali ni nampak lebih lembut dalam kenyataannya berbading dengan kenyataan sebelum ini berkenaan dengan 'Penyatuan UMNO dan PAS'. Uniknya juga pada kali ini apabila YDP Agong juga hadir dalam pertemuan tersebut. Kalau kita singkap kenyataan Nik Aziz kenapa dia tak mahu bersatu dengan UMNO adalah kerana dendam politik dia pada UMNO semasa PAS di tolak oleh UMNO bukannya pasal hudud ataupun Islam UMNO. Sejarahnya Nik Aziz sendiri pernah menyokong penyatuan PAS dan UMNO. Apakah Nik Aziz akan mampu memadamkan dendamnya itu pada kali ini?
Itulah bezanya Malaysia dengan Singapura. Singapura maju kerana tak perlu berdepan dengan masalah politik. Malaysia walaupun belum maju lagi tetapi telah berjaya membangun dengan pesat meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah politik. Sekiranya rakyat Malaysia yang selalu memuja-muja Singapura dan mahukan Malaysia menjadi maju seperti Singapura, perlulah bersedia menerima kerajaan total authoritarian di mana pembangkang tiada peranan dan rakyat yang berkumpul melebihi 2 org wajar disabitkan tuduhan mengadakan perhimpunan haram.
Politik hanyalah alat untuk mengusai pentadbiran dan membentuk kerajaan. Dalam sistem demokrasi setiap individu atau parti berhak untuk menyuarakan pendapat. Dalam konteks pertemuan diantara PAS dan UMNO, ia seharusnya dianggap positif walaupun keputusannya tidak menentu. Walaupun PAS tidak berkerjasama dengan UMNO, paling tidak PAS haruslah meningkatkan penguasaannya dalam Pakatan Pembangkang agar tidak diperkotak-katikkan oleh Anwar dan DAP.
Kalau nak berbalah pun janganlah sampai menjual agama sehingga membenarkan DAP dan sebahagian PKR menggunakan kalimah Allah dalam bahasa melayu dan DAP sewenang-wenangnya menjalankan aktiviti di masjid. Sama ada Nik Aziz akan kekal sebagai batu penghalang atau tidak, kita tunggulah kenyataan dan pendirian Nik Aziz mengenai pertemuan tersebut dalam tempoh 24 jam dari sekarang.
Kalaulah perkara ini benar, Nik Aziz tetap menolak ajakan untuk bersatu dengan UMNO Islam bermakna Nik Aziz memang kafir. Adalah wajar sekali seluruh PAS campak Nik Aziz keluar parti. Semoga Allah beri taufik dan Hidayah kepadanya serta gulungan yg seumpamanya Insyallah.
Sedutan dari portal berita pembangkang:
Nik Aziz akui bertemu PM, penjelasan dalam 24 jam
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.
Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.
“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.
“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Perjumpaan 'besar'
Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada menteri besar berhubung perkara itu.
Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.
Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.
Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.
Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.
'Berdentam-dentumlah isu kerajaan perpaduan'
Hadi setakat ini masih membisu tentang perkara itu.
Setiausaha politik Abdul Hadi - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, tiada komen akan dikeluarkan oleh pihaknya kerana persoalan itu akan dijelaskan oleh Nik Aziz sendiri.
Perbincangan ini turut menarik perhatian editor organ PAS Harakah Tarmizi Md Jam (kanan) sendiri yang mengulas perkara itu dalam blognya Sanggah Tok Sago hari ini.
"Maka berdentam-dentumlah semula isu kerajaan perpaduan sehari dua ini. Ada blog yang sudah meraban membongkar pertemuan tersebut. Tak kurang juga yang ligat berhujah mempertahankan kumpulan masing-masing.
"Tetapi faktanya kian bercanggah antara satu sama lain. Ada blogger mendakwa timbalan presiden PAS hadir sama, kemudian sehari selepas itu beliau mohon maaf kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa," tulis Tarmizi.
No comments:
Post a Comment