Wednesday, September 29, 2010

TPM yakin Branson tak niat campuri urusan negara

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson tidak berniat mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya mahu membantu inisiatif Malaysia dalam konteks pelaburan.

Malah Timbalan Perdana Menteri percaya Branson melihat Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan sesuatu harus dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke negara ini.

''Saya melihat dari sudut berbeza kerana saya yakin inti pati ucapan Branson semalam lebih menjurus ke arah membantu Malaysia meningkatkan jumlah pelaburan.

''Ini berdasarkan pada kedudukan Malaysia yang boleh dianggap oleh masyarakat pelabur sebagai destinasi terbaik pelaburan di rantau ini,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Permulaan Dekad Baru: Pelaburan Alternatif di Asia di sini hari ini.

Branson ketika bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur semalam sempena forum tersebut berkata, perbicaraan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

Ekoran daripada ucapan tersebut beberapa pihak membidas Branson kerana kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalaman Malaysia termasuk kes Anwar.

Dalam pada itu Muhyiddin juga percaya Branson turut maklum bahawa perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika ini adalah berdasarkan sistem perundangan negara.

''Sememangnya diakui beliau berkata bahawa Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.

''Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik tetapi hakikatnya kes ini berlaku maka kita perlu menerima fakta ini. Perbicaraan terpaksa dijalankan setelah didapati Anwar perlu didakwa atas tuduhan liwat.

''Sehubungan itu biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,'' katanya.

Pilihan raya kecil Galas Oktober?

Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Sept. – Pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober serta Perhimpunan Agung UMNO dari 19 hingga 23 Oktober ini akan diambil kira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, seperti mana penetapan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai tahun lalu, SPR ketika itu mempertimbangkan kesibukan Pas mengendalikan Muktamar Tahunan parti berkenaan beberapa hari sebelum ia berlangsung.

“Ini untuk memastikan wujud kesaksamaan kepada parti-parti yang bertanding untuk buat persiapan.

“Malah bukan itu sahaja, kita juga mempertimbangkan penetapan suatu tarikh berkenaan agar tidak bertindih dengan acara-acara yang besar seperti Hari Keputeraan sultan atau perayaan lain.

“Jadi, SPR mempunyai masa sehingga 7 Oktober ini untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian DUN Galas. Sehingga petang ini, SPR belum menerima surat daripada Speaker DUN Kelantan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Galas,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kerusi Galas kosong setelah penyandangnya dari Pas, Che Hashim Sulaima, 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur petang semalam.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Monday, September 27, 2010

Anwar semakin terdesak

Oleh MOHD. ASHRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan semakin terdesak dengan kekalutan yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila secara tiba-tiba mengemukakan teori kemungkinan wujudnya ‘Kuda Trojan’ dalam parti berkenaan.

Sambil mencabar Penasihat PKR itu mendedahkan siapa yang dimaksudkan `Kuda Trojan’ itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, tindakan Anwar bertujuan menutup kelemahan diri sendiri.

“Anwar kini terdesak apabila semakin ramai pemimpin dan ahli PKR menentang rancangannya. Jadi untuk mengelakkan kelemahan ini dikesan dan menjadi modal politik, seperti biasa dia menggunakan taktik mengalih isu melalui dakwaan terdapat ‘Kuda Trojan’.

“Teori ini tidak lain bertujuan menyelamatkan calon kesayangannya, Azmin Ali dan kalau benar beliau seorang yang bermaruah serta tidak berbohong, saya cabar dedahkan siapa ‘Kuda Trojan’ yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam yang meminta ahli PKR supaya berhati-hati dengan kemungkinan wujudnya ‘Trojan Horse’ yang menyelinap dalam parti tersebut semata-mata untuk meraih pangkat dan kedudukan.

Istilah ‘Trojan Horse’ diambil berdasarkan kelicikan dan kejayaan tentera Greek menawan kerajaan Troy melalui taktik pembinaan sebuah kuda kayu yang besar bagi membolehkan tentera mereka bersembunyi di dalamnya sebelum melancarkan serangan mengejut ke atas kota tersebut.

Menurut Mohd. Zahid, Anwar perlu mendedahkan siapa dan berapa ramai ‘Trojan Horse’ kerana orang ramai dan ahli parti ingin mengenali siapa sebenarnya yang menyelinap ke dalam PKR bagi tujuan menghancurkan parti tersebut.

“Beliau perlu dedahkan, apakah ‘Trojan Horse’ itu adalah individu-individu yang tidak selari dengan perancangannya atau adakah mereka ini terdiri daripada pihak yang menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden,” soalnya.

Mengenai hasrat Nurul Izzah untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR, Mohd. Zahid berkata, parti itu kini menjadi sebuah organisasi politik yang mengamalkan amalan nepotisme paling dahsyat dalam negara.

Katanya, sehingga kini belum pernah lagi dalam politik negara suami, isteri dan anak menerajui sebuah parti tetapi sejarah tersebut dicipta oleh PKR yang kononnya menentang amalan nepotisme dan kronisme.

“Saya percaya Anwar bukan sahaja akan menjadi pengurus kempen kepada Azmin tetapi beliau juga akan menggunakan sepenuh pengaruh untuk memastikan Nurul Izzah menang,” ujarnya.

TAJUK-TA

Wednesday, September 15, 2010

Bakar al-Quran: Bantahan di seluruh dunia



Penyokong-penyokong Parti Jamaat-i-Islami Pakistan membawa sepanduk anti-Amerika sambil melaungkan slogan anti-Amerika semasa mengadakan tunjuk perasaan di Karachi sebagai membantah tindakan golongan radikal di Amerika membakar naskah al-Quran di Amerika Syarikat , kelmarin. - AFP


SRINAGAR 13 Sept. - Umat Islam di seluruh dunia terus mengadakan bantahan terhadap tindakan segelintir individu dan kumpulan tidak bertanggungjawab di Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran.

Di Srinagar, beratus-ratus penduduk Islam mengingkari perintah berkurung di Kashmir hari ini bagi melancarkan tunjuk perasaan membantah tindakan sekumpulan penganut Kristian mengoyak naskah kitab suci Islam itu di Washington.

Selain melaungkan 'Kematian kepada AS!' dan 'Kematian kepada individu yang mencemarkan al-Quran!', kumpulan penunjuk perasaan turut membakar sebuah sekolah mubaligh Kristian, Tyndale Biscoe, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Bantahan itu tercetus selepas televisyen tempatan menyiarkan tindakan sekumpulan aktivis mengoyakkan naskah kitab al-Quran di hadapan White House, kelmarin ketika sambutan memperingati serangan 11 September.

Polis dan saksi berkata, demonstrasi sepanjang malam turut diadakan di daerah berhampiran iaitu di Budgam dan Baramulla, di mana penunjuk perasaan menyekat jalan-jalan raya dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Di Teheran, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki menyifatkan, rancangan membakar kitab al-Quran sebagai satu komplot yang diatur pihak Zionis.

"Rancangan membakar al-Quran merupakan satu tindakan tidak malu dan memecahbelah yang disokong Zionis," katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Malawi, Etta Banda.

Di Indonesia, Organisasi Islam terbesar, Nahdlatul Ulama (NU) meminta umat Islam bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan membakar kitab suci Islam itu yang dilakukan beberapa kumpulan tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agungnya, Malik Madani berkata, pihaknya mengutuk perbuatan tersebut kerana ia adalah perbuatan keji yang menyakiti hari umat Islam, namun katanya, penganut Islam perlu bersabar. - AFP

Tuesday, September 14, 2010

SALAM ADILFITRI 2010


Tiga Sungai mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Muslimin dan Muslimat seluruh dunia semoga Hari Raya ini menjadikan satu titik pertemuan kita seluruh Umat Islam khususnya di Malaysia untuk bersatu hati dalam Islam, Melayu.

Saya juga memohon ampun dan maaf kepada semua rakan rakan terutama di kalangan Pembangkang yang mana sepanjang ini ada terkasar bahasa dan termaki Hamun. Kita manusia biasa dan tidak lari dari kesilapan, dan pohon ampun dan maaf dalam hal ini.

MAAF ZAHIR BATIN.....

Masyarakat Bidayuh suarakan sokongan padu terhadap Taib

KUCHING: Kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri masih amat diperlukan terutamanya bagi kaum Bidayuh demi mencapai masyarakat maju dan membangun pada masa hadapan.

BIDAYUH MASIH PERLUKAN TAIB: Stephen (duduk, kanan) dan Robert (duduk, kiri) menunjukkan kenyataan sokongan kepimpinan Taib, daripada hasil perjumpaan dengan ketua-ketua kaum Bidayuh di ibu pejabat DBNA, di Kuching semalam.

BIDAYUH MASIH PERLUKAN TAIB: Stephen (duduk, kanan) dan Robert (duduk, kiri) menunjukkan kenyataan sokongan kepimpinan Taib, daripada hasil perjumpaan dengan ketua-ketua kaum Bidayuh di ibu pejabat DBNA, di Kuching semalam.

Sokongan daripada ke-tua-ketua kaum Bida-yuh itu disuarakan ketua masyarakat Bidayuh bahagian Kuching, Temenggong Datu Stephen Jussem dan Bahagian Samarahan Temenggong Robert Sulis Ridu, yang mewakili ketua-ketua masyarakat Bidayuh di peringkat akar umbi.

“Pendirian kami amat jelas. Kami mahu beliau (Taib) terus menjadi Ketua Menteri memandangkan beberapa projek penting telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan untuk membawa perubahan besar seperti yang dirancang oleh beliau dan kabinetnya untuk mengubah Sarawak,” kata Stephen.

Terdahulu, Stephen, Robert dan ketua-ketua masya-rakat Bidayuh yang lain terdiri daripada pemanca dan penghulu mengadakan perjumpaan di ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Da-yak Bidayuh (DBNA) berhubung sokongan mereka itu selaku mewakili masya-rakat Bidayuh keseluruhannya.

“Kepimpinan Taib yang dinamik selama 29 tahun dan khidmat baktinya adalah cemerlang. Beliau harus dibenarkan meneruskan kepimpinan selagi termampu,” tegas Stephen lagi.

Stephen turut menjelaskan bahawa sokongan tersebut tidak bermaksud Barisan Nasional (BN) tidak ada lagi pemimpin yang berkemampuan untuk mengemudikan negeri.

Ujarnya, terdapat beberapa pemimpin yang berwibawa dan mereka diharapkan memahami keadaan sekarang dengan fasa pembangunan kritikal dalam gelombang kedua.

“Ini terutamanya di kawasan-kawasan Bidayuh seperti Bau, Lundu, bahagian-bahagian terpencil di Kuching, Serian dan Samarahan di mana rakyat amat memerlukan pembangunan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan masih banyak program pembangunan yang masih memerlukan perhatian Taib, dengan wawasan dan kepimpinannya yang unik dan dinamik yang dapat me-nyatukan semua kaum di Sarawak.

“Kami tidak mahu melihat bahtera ini digugat serta kestabilan politik, keamanan, keharmonian dan perpaduan terganggu.

“Kami merasakan beliau masih orang yang diperlukan Sarawak buat masa sekarang dan kami dengan ikhlas mendoakan kesejahteraan beliau,” katanya.

Kenyataan Cho Ha ada agenda tersembunyi?

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha dilihat mempunyai agenda tersembunyi apabila meminta UMNO menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd. Karim berkata, ini kerana kenyataan Cho Ha itu seperti merendah-rendahkan kepentingan dan sokongan pengundi Melayu kepada Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Saya melihat kaum Cina kini mengadakan eksperimen dengan menolak BN dalam situasi politik tanah air sekarang.

"Jadi kenyataan Datuk Seri Kong Cho Ha itu dilihat seperti mahu mengapi-apikan penolakan kaum Cina terhadap BN atau mungkin (kenyataan) beliau ada agenda tersembunyi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jais mengulas kenyataan media Cho Ha hari ini yang antara lain kesal dengan pendirian sesetengah pemimpin UMNO yang mahu terus mempunyai hubungan dengan Perkasa.

Menurutnya, UMNO perlu menjauhi Perkasa kerana hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 'terlampau' itu akan hanya menyebabkan BN hilang sokongan daripada masyarakat selain Melayu di negara ini.

"BN tidak akan memenangi semula sokongan rakyat Malaysia jika terus bekerjasama dengan NGO yang terlampau ini," kata Cho Ha.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar pula mencabar Cho Ha dan MCA supaya tidak berkompromi dengan NGO Cina seperti Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) yang dilihat ekstrem dalam beberapa tuntutan sebelum ini.

"Jadi, saya minta UMNO supaya jangan melayan pemikiran sempit Cho Ha yang sebenarnya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih' atau bahasa modennya, cakap tak serupa bikin," selarnya.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kacharmenegaskan, Cho Ha dan MCA tidak harus 'mengarahkan' UMNO supaya menjauhi atau mendekati sesuatu NGO selagi ia menghormati hak kaum lain di negara ini.

Jika dilihat, katanya, Perkasa hanya mempertahankan hak Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan dan bukannya seperti Dong Zhong yang melakukan permintaan berlebihan.

"Jadi mengapa baru sekarang Cho Ha mempersoalkan perkara ini, bukankah lebih baik pimpinan MCA menumpukan perhatian terhadap usaha meraih kembali sokongan Cina.

"Atau mungkin kenyataan Cho Ha itu sebenarnya sebahagian daripada strategi ke arah sasaran yang lebih besar (grand strategy)?" ujarnya.

Wednesday, September 1, 2010

Waspada pemimpin jangka pendek

MIRI: Rakyat Sarawak diingatkan agar berwaspada dengan idea pemimpin jangka pendek kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik dalam jangka masa panjang, kata Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

JUMPA PM: Taib (tengah) berbincang sesuatu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, semalam. Hadir sama dalam perjumpaan itu ialah Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua dan Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri). Selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Taib mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Miri sekembalinya dari Putrajaya. — Gambar Jabatan Penerangan

JUMPA PM: Taib (tengah) berbincang sesuatu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, semalam. Hadir sama dalam perjumpaan itu ialah Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua dan Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri). Selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Taib mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Miri sekembalinya dari Putrajaya. — Gambar Jabatan Penerangan

Golongan ini boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik dalam jangka masa panjang: Taib

“Tiada satu pun kerajaan dapat berfikir dalam jangka masa panjang tanpa kestabilan, tiada kerajaan dapat merancang dalam jangka masa panjang tanpa sokongan daripada rakyat.

“Jika anda mahu pemimpin yang baik, pastikan anda tahu menjaga mereka.

“Jika anda mahu pemimpin jangka pendek, mereka akan bercakaran sesama sendiri dan berebut jawatan.

“Ini bukan perkara yang baik untuk negara kita. Maafkan saya kerana memberitahu perkara ini,” katanya.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri berkata demikian semasa mengulas desakan supaya beliau meletak jawatan sebagai Ketua Menteri barubaru ini semasa sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri semalam.

Mengenai sokongan yang ditunjukkan oleh PBB dan rakyat di negeri ini, Taib gembira kerana hingga saat ini beliau masih menerima banyak sokongan.

“Bagi saya, sokongan ini membuktikan saya berjaya mengendalikan negeri ini dan memberi manfaat kepada semua termasuk anda (media), namun jika ada pihak yang masih menafikan, tidak mengapa,” katanya.

Beliau berterima kasih atas sokongan yang diberikan dan menganggap ia sebagai memudahkan beliau dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negeri.

“Saya hanya mahu sebuah kerajaan yang stabil dan efektif. Sehubungan itu dalam sejarah pentadbiran, saya mengutamakan perpaduan rakyat dan dalam masa yang sama membantu membangunkan rakyat.

“Ini memerlukan usaha yang banyak dan dalam proses itu banyak penyesuaian perlu dilakukan,” ujarnya.