Tuesday, September 14, 2010

Masyarakat Bidayuh suarakan sokongan padu terhadap Taib

KUCHING: Kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri masih amat diperlukan terutamanya bagi kaum Bidayuh demi mencapai masyarakat maju dan membangun pada masa hadapan.

BIDAYUH MASIH PERLUKAN TAIB: Stephen (duduk, kanan) dan Robert (duduk, kiri) menunjukkan kenyataan sokongan kepimpinan Taib, daripada hasil perjumpaan dengan ketua-ketua kaum Bidayuh di ibu pejabat DBNA, di Kuching semalam.

BIDAYUH MASIH PERLUKAN TAIB: Stephen (duduk, kanan) dan Robert (duduk, kiri) menunjukkan kenyataan sokongan kepimpinan Taib, daripada hasil perjumpaan dengan ketua-ketua kaum Bidayuh di ibu pejabat DBNA, di Kuching semalam.

Sokongan daripada ke-tua-ketua kaum Bida-yuh itu disuarakan ketua masyarakat Bidayuh bahagian Kuching, Temenggong Datu Stephen Jussem dan Bahagian Samarahan Temenggong Robert Sulis Ridu, yang mewakili ketua-ketua masyarakat Bidayuh di peringkat akar umbi.

“Pendirian kami amat jelas. Kami mahu beliau (Taib) terus menjadi Ketua Menteri memandangkan beberapa projek penting telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan untuk membawa perubahan besar seperti yang dirancang oleh beliau dan kabinetnya untuk mengubah Sarawak,” kata Stephen.

Terdahulu, Stephen, Robert dan ketua-ketua masya-rakat Bidayuh yang lain terdiri daripada pemanca dan penghulu mengadakan perjumpaan di ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Da-yak Bidayuh (DBNA) berhubung sokongan mereka itu selaku mewakili masya-rakat Bidayuh keseluruhannya.

“Kepimpinan Taib yang dinamik selama 29 tahun dan khidmat baktinya adalah cemerlang. Beliau harus dibenarkan meneruskan kepimpinan selagi termampu,” tegas Stephen lagi.

Stephen turut menjelaskan bahawa sokongan tersebut tidak bermaksud Barisan Nasional (BN) tidak ada lagi pemimpin yang berkemampuan untuk mengemudikan negeri.

Ujarnya, terdapat beberapa pemimpin yang berwibawa dan mereka diharapkan memahami keadaan sekarang dengan fasa pembangunan kritikal dalam gelombang kedua.

“Ini terutamanya di kawasan-kawasan Bidayuh seperti Bau, Lundu, bahagian-bahagian terpencil di Kuching, Serian dan Samarahan di mana rakyat amat memerlukan pembangunan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan masih banyak program pembangunan yang masih memerlukan perhatian Taib, dengan wawasan dan kepimpinannya yang unik dan dinamik yang dapat me-nyatukan semua kaum di Sarawak.

“Kami tidak mahu melihat bahtera ini digugat serta kestabilan politik, keamanan, keharmonian dan perpaduan terganggu.

“Kami merasakan beliau masih orang yang diperlukan Sarawak buat masa sekarang dan kami dengan ikhlas mendoakan kesejahteraan beliau,” katanya.

No comments: