Wednesday, September 15, 2010

Bakar al-Quran: Bantahan di seluruh dunia



Penyokong-penyokong Parti Jamaat-i-Islami Pakistan membawa sepanduk anti-Amerika sambil melaungkan slogan anti-Amerika semasa mengadakan tunjuk perasaan di Karachi sebagai membantah tindakan golongan radikal di Amerika membakar naskah al-Quran di Amerika Syarikat , kelmarin. - AFP


SRINAGAR 13 Sept. - Umat Islam di seluruh dunia terus mengadakan bantahan terhadap tindakan segelintir individu dan kumpulan tidak bertanggungjawab di Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran.

Di Srinagar, beratus-ratus penduduk Islam mengingkari perintah berkurung di Kashmir hari ini bagi melancarkan tunjuk perasaan membantah tindakan sekumpulan penganut Kristian mengoyak naskah kitab suci Islam itu di Washington.

Selain melaungkan 'Kematian kepada AS!' dan 'Kematian kepada individu yang mencemarkan al-Quran!', kumpulan penunjuk perasaan turut membakar sebuah sekolah mubaligh Kristian, Tyndale Biscoe, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Bantahan itu tercetus selepas televisyen tempatan menyiarkan tindakan sekumpulan aktivis mengoyakkan naskah kitab al-Quran di hadapan White House, kelmarin ketika sambutan memperingati serangan 11 September.

Polis dan saksi berkata, demonstrasi sepanjang malam turut diadakan di daerah berhampiran iaitu di Budgam dan Baramulla, di mana penunjuk perasaan menyekat jalan-jalan raya dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Di Teheran, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki menyifatkan, rancangan membakar kitab al-Quran sebagai satu komplot yang diatur pihak Zionis.

"Rancangan membakar al-Quran merupakan satu tindakan tidak malu dan memecahbelah yang disokong Zionis," katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Malawi, Etta Banda.

Di Indonesia, Organisasi Islam terbesar, Nahdlatul Ulama (NU) meminta umat Islam bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan membakar kitab suci Islam itu yang dilakukan beberapa kumpulan tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agungnya, Malik Madani berkata, pihaknya mengutuk perbuatan tersebut kerana ia adalah perbuatan keji yang menyakiti hari umat Islam, namun katanya, penganut Islam perlu bersabar. - AFP

4 comments:

udanggalah said...

Tindakan menghina Islam yang mereka lakukan membakar hati dan perasaan umat Islam di dunia.Jangan sampai umat Islam tidak dapat menahan kesabaran,nanti jangan tuduh orang Islam itu pengganas bila peristiwa 11 september berulang kembali.

azlishukri said...

sepatutnya sudah lama umat Islam malaysia turut berdemo menunjukkan bantahan.

mariana said...

bakar bible.tenguk macammana reaksi kristian kafir ni.mari kita ramai ramai bakar bible

mariana said...

BAKAR LAH BIBLE MEREKA.TENGUKMEREKA MARAH TAK.