Thursday, July 1, 2010

PAS Kena Penampar Karpal 'Langkah Mayatku Dulu' Singh.

Dr Novandri Hasan Basri

PAS sekali lagi telah ditipu bulat-bulat oleh rakan sekatil mereka iaitu parti DAP. DAP sekali lagi menyatakan pendirian menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS jika pembangkang mengambil alih negara.

Kenyataan tersebut adalah daripada Karpal Singh, Pengerusi DAP baru-baru ini disebuah portal berita.

Yang menimbulkan rasa mual tentang isu ini ialah kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang menyarankan agar perkara itu tidak dibangkitkan kerana takut memberikan 'bpla tanggung' kepada pihak lawan.

Kenyataan Nasrudin itu sebenarnya lebih ke arah membohongi penyokong-penyokong parti PAS. Penulis berasa simpati kerana selama ini mereka telah dibuai dengan pelbagai jaminan daripada kepimpinan PAS. Tetapi hakikatnya, parti DAP telah membohongi ahli-ahli demgan lakonan mereka.

Yang memalukan ialah kepimpinan PAS sanggup menjadi pelakon tambahan dan 'menyapu isu fundamental ini dibawah karpet' dengan harapan ahli-ahli tidak tahu serta mempercayai lakonan mereka dan DAP.

Dan jangan haraplah Harakah dan portal PAS yang lain berani menyampaikan kenyataan Karpal Singh itu. Mereka pasti akan menyembunyikannya dam yang tertipu ialah penyokong PAS.

Penulis akan menulis satu artikel yang mendedahkan pembohongan Lim Gian Eng, tentang isu arca condong di Botanical Garden. Maklumat awal yang diterima amat memeranjatkan. Lim Gian Eng DAP memang penipu besar!

No comments: