Pertandingan tiga penjuru PRK Parlimen Sibu
08/05/2010 12:18pm
SIBU 8 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu P.212 yang akan diadakan pada 16 Mei ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron.
Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sibu, Wong See Meng mengumumkan perkara itu sebaik sahaja tamat tempoh bantahan pada pukul 11 pagi.
"Terdapat satu bantahan diterima ketika tempoh bantahan tetapi tiada calon ditolak kertas penamaannya,'' katanya di Dewan Suarah Sibu, di sini hari ini. - Utusan
1 comment:
Salam bro, syabas..... calon BN akan mencapai kemenangan..... Tapi calon Bebas tu datang dari mana ? kalau nak menang dari pengundi2 bukan Melayu Islam rasanya jauhlah....nak harapkan pengundi2 Cina muka tak dapat... sengaja nak rosakkan undi kot..... atau pun memang tajaan PKR....
Post a Comment