Paling Anwar kesal, hujah pihak pembelaan - bahawa laporan perubatan semata, TANPA sebarang 'kemasukan zakar' tidak membawa fakta kes - tidak diterima. Makluman pihak tertentu, wujudnya DNA dua orang (dua orang?) di dalam kes ini akan menjadi asas kepada penolakan tersebut. Anwar kesal kerana, 'tiadanya maklumat kemasukan', atau dengan bahasa Anwar sendiri:-
Manakala mahkamah berpendirian lapuran perubatan sahaja tidak memadai, peguam bela saya berhujah pertuduhan harus membuktikan adanya kemasukan atau tembusan, kerana itu mahkamah perlu mempertimbangkan laporan pusrawi dan hospital kuala lumpur yang jelas menunjukkan tidak berlakunya fitnah liwat itu. Mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 Januari 2009. Peguam Karpal Singh menyebut Mahkamah Persekutuan belum memberikan keputusan bersabit permohonan kami memperolehi dokumen. Hakim Zabidin Mohd Diah dengan bersahaja menjawab "tidak perlu."
Anwar wajar menerima keputusan ini sebagai satu bentuk 'keadilan' kepada si mangsa (saiful) untuk diberikan ruang mengemukakan hujah dan pandangan. Janganlah ditolak. Face it like a real man Pak Sheikh.
Apa yang Anwar perlukan sekarang adalah satu lagi 'diversion' untuk membenarkan rakyat lupa sedikit dengan kes sodomi yang sedang berlangsung. Anwar amat memerlukan satu lagi benda yang boleh membuatkan rakyat lupa sedikit dengan isu peribadinya ini. Apa ya? BTN tak cukup kuat? Serangan kepada Najib - pun macam kurang berkesan?
Inilah masanya 'spin doctor' Anwar kena mencari ruang baru bagi memperbaiki imej Anwar yang calar teruk. Anwar nak harapkan PAS - PAS pun kecamuk lagi. Nak harapkan DAP; tak berapa bijak. Anwar nampaknya kena bersendirian lagi kali ini.
Kita juga mengharapkan keputusan mahkamah dapat dilakukan secara cukup adil. Akta DNA sudahpun diluluskan, elok juga agaknya kita gunakan DNA dalam menyelesaikan masalah dan isu kes sodomi ni. Sedang mayat yang dah tanam pun kita boleh bongkar, apa salahnya kita gunakan DNA dalam kes ni.
Apa yang Anwar perlukan ketika ini adalah mencari bantuan Pakar DNA Antarabangsa untuk diterbangkan ke Malaysia seberapa segera. Pakar inilah yang boleh membantu Anwar dalam kesnya nanti. Berapa bayarannya? Tak perlu. Banyak yayasan antarabangsa yang nak sponsor dan taja Anwar.
sumber - gelagat anwar
No comments:
Post a Comment