Thursday, June 4, 2009

PAS tidak ada niatbersama UMNO, BN tetapi rela di BACULKAN oleh DAP dan PKR

KUALA LUMPUR 3 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan pucuk pimpinan parti itu tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk membawa Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya beliau berkata, Pas akan terus dipertahankan daripada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keutuhan dan perpaduan parti.

''Saya ambil kesempatan di sini untuk sekian kalinya menegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk masuk UMNO dan BN.

''Saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda Pas bersama-sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini daripada sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jemaah kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor, Markaz Tarbiyyah Pas Taman Melewar dekat sini malam ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub; barisan exco serta 1000 hadirin yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.

Kenyataan Nasharudin itu merupakan reaksi pertama beliau apabila ada pihak yang menuduhnya terlalu liberal dengan UMNO.

Sejak dikaitkan dengan dakwaan tersebut, Nasharudin tidak pernah sekali membuat kenyataan, sebaliknya mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Nasharudin dalam ucapannya turut mengajak golongan muda dalam Pas menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran kerana parti itu terbentuk atas dasar yang ditetapkan oleh kedua-dua sumber utama dalam Islam itu.

''Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya daripada al-Quran dan as-Sunnah dan al-Quran dan as-Sunnahlah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh, siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana kita hendak berdamai," katanya.

Selain berperanan sebagai satu parti politik, beliau juga menyentuh fungsi Pas sebagai satu badan dakwah yang perlu menjalankan kerja-kerja dakwah.

''Kita sebagai dai (pendakwah) yang bertanggungjawab ke atas mad'u (pihak yang didakwah). Bila sebut mad'u semua yang di luar sana adalah mad'u kita.

''Kita harus mengajak mereka bersama kita berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi atau kefahaman apa pun yang mereka miliki," katanya.

Beliau juga berpesan supaya tidak berlaku laga melaga antara satu sama lain, berdusta hingga membongkarkan rahsia dan menjaga adab- adab berjemaah.

Dalam pada itu, beliau mahu semua pihak sedar bahawa kepimpinan merupakan amanah paling berat dan ia wajib diuruskan dengan cara yang betul dan benar.

Beliau berkata, walau diuji dengan pelbagai cabaran tidak terduga, pemimpin harus mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipertahankan.

''Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah objektif yang telah ditetapkan. Alhamdulillah Pas mempunyai produk Islam untuk disampaikan dan ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam,'' ujarnya.

Renungan : PAS lebih rela dibaculkan oleh DAP dan PKR dari menyertai BN. Mereka berfikiran bahawa BN adalah Kafir.

No comments: