|
|
Pengumuman dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 8,000 penyokong Pas di Stadium Negeri di sini, malam ini.
Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid, 52, yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 dan ia mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Menurutnya, dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).
“Sangat susah pilih calon Pas kerana calon-calon yang diketengahkan semuanya baik-baik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat pengumuman itu, Abdul Hadi berkata, Mohd. Abdul Wahid yang juga Bendahari Pas negeri dipilih berdasarkan kepada ketokohannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam selama lima penggal.
Katanya, sebagai Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri semasa Pas memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2003, Mohd. Abdul Wahid dilihat mampu menarik sokongan pengundi dari setiap lapisan masyarakat.
Ulasan dan Renugan : Pemilihan calon PAS ini dilihat sebagai satu langkah selamat yang mana mereka mencalonkan ADUN Wakaf Mempelam sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Adakah mereka sudah tahu yang mereka akan kecundang? Terpulanglah kepada rakyat Kuala Terengganu untuk membuat pilihan.
No comments:
Post a Comment