* klik pada keratan akhbar Utusan Borneo
Ulasan dan Renugan : Fenomena tsunami politik negara pada pilihanraya umum yang lepas telah banyak mengubah corak politik negara. Persidangan Dewan Rakyat telah menjadi gelanggang untuk Pakatan Rakyat untuk menjerit dan melemparkan tuduhan kepada kerajaan. Mereka mengkritik dasar-dasar kerajaan. Semuanya dikatakan tidak bagus dan tidak mendatangkan kepentingan kepada rakyat. Adakah mereka sedar yang dasar-dasar itu dibuat khusus untuk rakyat. Mereka hanya tahu mengkritik, tetapi bila mereka mentadbir, semua hampeh.... Tengok kat Pulau Pinang, kat Kedah, kat Perak dan kat Selangor. Paling banyak masalah ialah Selangor. Dewan Rakyat akan bertukar menjadi Pasar Ikan dengan jeritan Pakatan Rakyat mengkritik kerajaan dan Barisan Nasional. Namun hakikatnya kita perlu sedar, Barisan Nasional tetap memerintah negara. Barisan Nasional tetap berkhidmat untuk Rakyat. Harapan kita agar landskap politik yang tidak seimbang ini akan berubah wajah pada 2009. Begitu juga dengan masalah ekonomi, diharap ia tidak berpanjangan dan akan terus pulih sepanjang tahun 2009. Malayasia terus Maju di Bawah Kerajaan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment