Laporan media mengenai beberapa pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah tentunya menimbulkan pelbagai spekulasi politik.
Bagi diri penulis, isu di atas menimbulkan satu harapan yang positif ke arah mewujudkan parti UMNO yang lebih menyakinkan dan lebih bersih.
Jika kita amati perlembagaan dan perjuangan UMNO, parti ini merupakan satu parti yang perjuangannya adalah terbaik untuk disokong oleh setiap Melayu dan orang Islam.
Natijah perjuangannya juga wujud di atas kesedaran yang suci dan mulia untuk mempertabatkan negara sebagai negara yang berdaulat dan melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu.
Parti-parti lain yang ditubuhkan adalah parti yang berdasarkan kepada kekecewaan dan kalah semasa pemilihan pemimpin UMNO.
Parti UMNO tidak bersalah. Begitu juga dengan perlembagaan dan perjuangannya. Yang merosakkan imej parti UMNO adalah disebabkan oleh beberapa pemimpin dan ahli UMNO. Merekalah yang bertanggungjawab dan mereka itu perlu dihukum agar parti UMNO bersih dan bertambah mantap daripada dulu.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ungkapan ini amat tepat apabila kita mengikuti perkembangan politik parti UMNO selama ini. Dan 'nila' ini perlu dibuang jauh-jauh agar tidak rosak lagi susu di dalam belanga itu.
Makanya seperti kata penulis, isu pendakwaan beberapa pemimpin dan ahli UMNO membawa harapan yang positif. Akan tetapi, penulis juga ingin menyarankan agar mereka yang didakwa itu bukan hanya 'ikan-ikan bilis' di dalam UMNO. Yang sama pentingnya ialah 'jerung-jerung besar' juga patut didakwa tanpa rasa takut!
Barulah UMNO benar-benar akan dapat diubah.
Barulah UMNO benar-benar akan dapat diubah.
No comments:
Post a Comment