Semalam tak dapat tidur nenyak. Telinga sakit. Mungkin sebab mandi kat Pool dua hari lepas. So, tidur pun tak selesa. Tapi masih ok lah.
Pasal cerita hangat semalam pastinya secara rasminya Barrack Obama jadi President USA ke-44. Maknanya berakhirnya era G. Bush iaitu 'President Perang'. Lakaran sejarah tercipta apabila Obama adalah berketurunan African-American dan berkulit black. Ramai mengharapkan agar Obama dapat mengatasi krisis ekonomi USA dan krisis perang di Timur Tengah. Mampu kah Obama??
Obama memegang jawatan itu selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 4 November tahun lalu selepas menewaskan John McCain dari parti Republikan. Ibu Obama adalah berkulit putih dari Kansas manakala bapanya berasal dari Kenya.
Apapun, harapan agar Obama dapat mentadbir USA dengan baik. Kalau dilihat banyak dasar negara yang USA buat mempengaruhi dunia. So, Malaysia tak boleh bergantung sepenuhnya kepada USA.
No comments:
Post a Comment