Friday, January 30, 2009

Kerja mereka memujuk ADUN bukan membela rakyat : Perbuatan yang takut dan pengecut dari PKR

Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim berjaya dipujuk untuk melompat parti daripada UMNO kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), seorang lagi ADUN UMNO kini menjadi perhatian mereka.

ADUN Kamunting, Mohammad Zahir Abdul Khalid ketika dihubungi mengaku bahawa beberapa pemimpin parti terbabit telah datang menemui beliau semalam untuk mengajaknya menuruti langkah Nasaruddin. ”Semalam ada beberapa pemimpin PKR datang menemui saya. Justifikasinya ialah untuk menguatkan suara Melayu dalam Pakatan Rakyat sebab menganggap suara Melayu kurang mencukupi,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Mohammad Zahir, beliau belum terfikir untuk bersikap ‘berpaling tadah’ kerana masih yakin dengan perjuangan UMNO untuk orang Melayu. ”Saya percaya dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Saya percaya UMNO dan BN masih berada di landasan yang betul,” katanya lagi.

RENUNGAN : PKR adalah sebuah parti yang takut dan pengecut. Mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Cara yang paling senang adalah dengan memujuk ahli UMNO untuk melompat parti. Bagi sesiapa Ahli UMNO yang cuba melompat parti mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara.

Sambil menegaskan beliau tidak akan lari daripada perjuangan parti, Mohammad Zahir yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Taiping berkata, apa yang penting ialah UMNO Perak melakukan revolusi bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat. ”Saya tidak akan lari daripada perjuangan parti tetapi parti mestilah melalui perubahan supaya perjuangan tetap relevan untuk rakyat dan negara,” katanya.

Perak kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada enam Exco mewakili DAP, PKR (tiga orang) dan Pas (Menteri Besar dan seorang Exco lain). Khabarnya, Anwar Ibrahim sendiri ada menemui seorang YB Wanita untuk memujuk YB berkenaan untuk menyertai PKR tetapi pulang dengan kehampaan apabila YB berkenaan telah memberikan jawapan yang nagatif dan telah menempelak Anwar kembali. Di katakan Anwar pulang dengan perasaan malu.

No comments: