KUALA
LUMPUR 3 Julai - Bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap, 28, hari ini rasmi
menjadi seorang Islam selepas mengucap kalimah syahadah dalam satu majlis yang
dirahsiakan daripada pihak media.
Felixia
yang sudah tujuh bulan berhijab memilih hari ini untuk memeluk agama Islam
kerana bersamaan dengan hari kelahirannya yang kebetulan jatuh pada 5 Ramadan.
Pada
hari ini juga Felixia menerusi laman rasmi felixiayeap.blogspot.com turut
memuatkan luahan hatinya untuk dikongsi bersama-sama orang ramai.
Berikut
adalah petikan penuh daripada laman rasmi Felixia.
Assalamualaikum.
Sejak
beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab
walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai,
sekarang pukul 6 pagi baru lepas sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma
tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan empat orang
saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
Bantahan.
makian. sindiran. fitnah. penyisihan. tekanan.
Tetapi
syukur alhamdulillah... saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang
menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada
saya untuk terus beristiqamah.
Dan
saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya
.
Terkenal
juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.
Ya...saya
mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang
negatif dan kasar terhadap saya.Namun,
saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.
Saya
tetap teruskan perjalanan.
Saya
bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk
membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah
apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang
agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali
disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke
muka depan surat khabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui
keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari
tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu
kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu
kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam
dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui
keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai
jor hou dor."
Ibu
saya senyum dan saya menahan air mata.
Rata-rata,
ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan
yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka
sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang
keluarga dan disisihkan.
Saya
mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara
yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Mungkin
ini juga salah satu hikmah daripada penceraian ibu dan ayah.
(Ibu
saya jauh lebih bahagia sekarang juga, alhamdulillah)
Ia
memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib
seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar
di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Apabila
sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak
ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau
yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya
perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai
yurannya.