Monday, July 8, 2013

PILIHAN RAKYAT TETAP KEPADA BARISAN NASIONAL



Sekali lagi rakyat telah memilih Barisan Nasional menjadi kerajaan apabila menang dengan majoriti muda 133 kerusi. Barisan Nasional telah membentuk kerajaan Persekutuan dengan perlantikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Perlantikan barisan kabinet Malaysia dengan memperkenalkan muka baru dan muka lama bagi penyatuan pengalaman dan kebolehan bagi membentuk pasukan yang kuat dan  kukuh bagi kelangsungan pentadniran demi rakyat. 


Momokan oleh pihak pembangkang yang diketui oleh manusia bernama Anuwar Ibrahim bahawa pada PRU-13 pembangkang akan membentuk kerajaan sejurus selepas penguguman keputusan PRU adalah khabaran yang plastik dan hanya sendiwara untuk rakyat. Kebenaranya jelas bahawa kemenangan Barisan Nasional dengan majoriti mudah ini membolehkan Barisan Nasional menjadi kerajaan. Fakta dan angka telah membuktikan kemenangan ini dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kecuali diputuskan oleh maklamah. Anuwar dengan bangganya mahukan penyokongnya untuk menggulingkan kerajaan dengan membuat perhimpunan Balckout 505 yang telah diperjajakan diseluruh pelusuk tanah air bagi mencari jalan pintas untuk menjadi perdana menteri. Namun rakyat dengan bijaknya menolok keegoan manusia bernama Anuwar Ibrahim dan menerima keputusan kemenangan Barisan Nasional sebagai kerajaan.


Barisan Nasional telah memenangi 25 kerusi dari 30 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini membuktikan bahawa Sarawak merupakan "Fix Deposit" kepada kerajaan Barisan Nasional. Sebagai tanda terima kasih pimpinan tertinggi Barisan Nasional melantik  mempunyai 4 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sarawak. Tahniah dan syabas kepada yang telah dilantik. Namun tugas dan cabaran itu harus dipikul dengan ikhlas bagi membalas JASA rakyat di kawasan. 


No comments: