Sunday, July 22, 2012

DEBAT FATHUL BARI DAN NASRUDDIN TANTAWI SERLAHKAN KEJAHILAN PARA PENGIKUT PAS!!!


Saban masa para pengikut PAS akan berceloteh tentang debat agama tanpa mereka sedar, perdebatan melibatkan agama sebenarnya perlu melalui disiplin dan etika yang sangat ketat selain para pengujah memerlukan penguasaan ilmu dalam beberapa bidang terutama sekali tafsir al Quran mahupun sebagai ornag yang celik hadis.

Walaupun kebanyakan penceramah PAS gemar menggunakan ayat-ayat al Quran dan hadis di dalam hujah mereka guna menguatkan hujah, namun sedarkah, sebahagian daripada mereka sekadar memetik ayat dan hadis yang 'tidak adil' malahan yang paling teruk ialah apabila mereka yang sekadar menghafal ayat dan makna, menceramahkannya dengan penuh gaya dan yakin tetapi ayat yang dipilih untuk kuatkan hujah, hanyalah ayat sekerat seperti mana yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS sendiri dalam hujahnya tentang KEBANGSAAN dan ASSOBIYAH.

Dalam bahasa yang lebih tepat, sebahagian ayat dilindungi dan dengan sengaja disorok daripada orang ramai agar hanya bahagian yang dikehendaki sahaja dizahirkan, sedangkan penjelasan sebenarnya ditutup dan dilindungi.

Itulah yang berlaku kepada Nasrudin Tantawi ketika dia berdebat dengan Fathul Bari.

Apayang berlaku sebenarnya bukanlah kerana Nasrudin tidak cukup ilmu. Ilmunya Nasrudin tidak boleh disangsikan. Dia belajar dan dia mengetahuinya.

Malangnya hanya kerana dia adalah orang dan pemimpin PAS, Nasrudin Tantawi terpaksa menyembunyikan sebahagian dan hanya mengeluarkan sebahagian yang difikirkan memberi kelebihan kepadanya kerana itu adalah modus operandi biasa PAS. Tantawi menggunakan kesempatan yang ada semata-mata untuk memperkenalkan kesempitan pemikirannya iaitu MEMPROMOSI PAKATAN dan MEMPERKECIL-KECILKAN BARISAN NASIONAL.

Sayangnya, hujah yang dipenuhi dengan ayat-ayat al Quran, dengan hadis dan riwayat, akhirnya menjadi sempit kerana pemikiran yang sangat jumud melibatkan kepartian. Pendekatan debat yang diberikan, ternyata gagal dimanfaatkan oleh Tantawi untuk memperkenalkan kehebatan pemikiran anak-anak muda yang menyokong PAS, sebaliknya pemikiran yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS itu sangat terdesak untuk menang hujah dengan pelbagai gapaian yang tidak ada kena-mengena dengan Malaysia, sebaliknya sekadar ingin menyentuh perkara tentang korupsi, penyelewengan, lama berkuasa dan sebagainya yang seringkali telah digunakan sebagai persepsi oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Menariknya, Tantawi memetik ayat 26 Surah Ali Imran yang antara lain maksud ayat adalah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Menyebut dan membacakan ayat al Quran sebagai hiasan hujah, nyata digunakan oleh Tantawi dalam perdebatan ini. Kalau benar Tantawi menghayati dan fikirannya kosong daripada sifat-sifat kepartian, bahkan menjunjung al Quran dan Islam terlebih dahulu berbanding PAS dan Pakatan Rakyat, pastinya dia tidak akan berani lagi meneruskan hujahnya kerana KUASA MENJATUHKAN KERAJAAN ADALAH KUASA MUTLAK ALLAH TAALA berdasarkan maksud ayat di atas, bukannya KUASA ANAK MUDA yang mahukan anti korupsi, dan lain-lain sebagaimana yang dihujahkannya.

Dan selepas Allah Taala menaikkan sesebuah kerajaan atau memperbaharui kuasa kerajaan, adakah Tantawi, PAS dan sekalian yang mengaku beriman kepada Allah Taala dan al Quran akan menerima ketentuan tersebut atau mereka akan kembali menyatakan bahawa kerajaan yang mendapat mandat tersebut adalah Kerajaan Haram, dan pengecoh?

Bukan Tantawi tidak berilmu tetapi ilmunya tidak dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk jalan Allah Taala, sebaliknya digunakan hanya untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Anda mengakui ayat-ayat al Quran sebagai teras keimanan dan hukum, tetapi pada masa yang sama, anda menyanggah teras keimanan dan hukum berkenaan dengan pandangan yang disekutukan?

Masya-Allah!

Semoga-moga bukanlah dari golongan Tawhib si Tantawi ini...

Anda nampak bahaya bagi golongan yang menggunakan nafsu dan ilmunya disempitkan atau kecenderungan nafsu mengatasi akal apabila mereka menyalahgunakan ayat-ayat al Quran untuk berhujah sehingga akhirnya mereka tergelincir dan menentang ayat-ayat al Quran itu secara tanpa sedar?

No comments: