Tuesday, July 31, 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!!



1. ISU HUDUD

Sekali lagi isu mengenai Negara Islam dan perlaksanaan Hudud ditimbulkan dan mendapat liputan media.Dalam debat bersama Ustaz Fathul Bari,Ketua Dewan Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah menunjukkan sifat berlembut,mula memahami hasrat menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Tetapi observasi itu disanggah keras oleh Karpal Singh dengan menempelak Ustaz Nasrudin yang dianggapnya sebagai pimpinan muda dalam ranking yang agak rendah dalam hirarki kepimpinan PAS.Karpal mengulang beberapa kali bahawa beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS itu di mana PAS sememangnya telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuh Negara Islam dan melaksnakan Hudud seperti yang di dakwa oleh Karpal dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Pemerhati politik ragu dengan dakwaan Karpal tersebut. Mana mungkin PAS meninggalkan terus Negara Islamnya sebaliknya menganjurkan perlaksanaan negara berkebajikan.Mursyidul Am PAS nampaknya terus bertekad untuk melaksanakan Hudud di negeri Kelantan. Seperti yang diketahui,Karpal dan DAP juga menyanggah saranan tersebut.Terakhir Mursyidul Am PAS terus menyuarakan perkara yang sama.Persoalannya ialah,benarkah dakwaan Karpal Singh bahawa PAS telah sama sekali menggugurkan hasratnya untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Kedua-dua perkara ini sememangnya menjadi tonggak perjuangan PAS sejak parti Islam itu ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Ketua Penerangan PKR,Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan baru-baru ini bahawa perlaksanaan hudud tidak terdapat dalam Buku Jingga yang menjadi asas persetujuan bersama Pakatan Rakyat.Begitu juga,Ketua Angkatan Muda PKR,Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal Singh dan DAP yang tidak bersetuju dengan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud oleh PAS.Saya berpendapat pimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan :

a) Sama ada apa yang didakwa oleh DAP itu benar-benar menggambarkan apa yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu iaitu PAS tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud;

b) Adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam dan seterusnya akan menjadi agenda utama perjuangan PAS;

c) Adakah benar tindakan PAS menggugurkan agenda Negara Islam dan perlaksanaan Hudud itu telah diputuskan dengan persetujuan DAP dan PKR

Sebelum kita mendapat jawapan yang pasti daripada pimpinan tertinggi PAS,setakat apa yang dipaparkan di dalam media,jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak kira kedudukan mereka,tidak diizinkan sama sekali menimbulkan isu negara Islam dan perlaksanaan Hudud.Negara Islam dan Hudud,daripada muktamar yang lalu sudah menjadi taboo dan digantikan dengan negara berkebajikan yang beroperasi dalam kerangka negara sekular.Jika ini berlaku,saya amat khuatir Malaysia akan menjadi negara sekular yang memberi ruang luas kepada fahaman liberalisme, anti agama, suburnya budaya hedonisme dan terurainya sebarang ikatan agama dalam proses pembangunan negara dan umat.Saya tidak dapat menggambarkan ketika inipun masyarakat sudah konfius dan hilang arah tuju serta jatidiri.Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR.

Sehingga ini,tidak banyak respon daripada pimpinan PAS mengenai isu terbaru ini. Golongan parasit terus membisu.Tidak ada seorangpun di antara mereka,pemuda,muslimat atau pimpinan pusat yang tampil ke hadapan sekurang-kurangnya memberi sokongan moral kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang digasak oleh pengerusi DAP.Begitulah longgarnya ukhuwwah di kalangan pimpinan tertinggi parti Islam itu. Itulah juga bahananya ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit-parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya sahaja.Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti Islam itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU ke-13 menyebelahi Pakatan Rakyat.

2. ISU KENYATAAN AKHBAR PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Julai 2012 berkaitan PRU ke-13 atas tajuk “UNDILAH DENGAN BIJAK. UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG”.

Pada umumnya saya tidak ada banyak masalah dengan prinsip-prinsip bernegara seperti yang digariskan dalam kenyataan akhbar tersebut.Kenyataan tersebut merujuk kepada hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara di dalam dunia ini untuk mendapatkan pimpinan negara yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa keutamaan yang digariskan sebagai visi yang seharusnya dijadikan panduan dalam nation building.Prinsip akhir yang disarankan merujuk kepada kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang batasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.Prinsip ini walaupun diletakkan di akhir daripada 8 prinsip, namun bagi saya inilah satu-satunya tuntutan yang sifatnya keterlaluan dan di luar daripada lingkungan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sebelum kemerdekaan.

Saya beranggapan tuntutan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi lebih daripada itu ia akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah sama-sama dinikmati hingga setakat ini.Tuntutan sedemikian akan membuka lebih banyak lagi ruang-ruang tuntutan yang mungkin tidak munasabah yang akhirnya akan menghasilkan kekacauan, kehuru-haraan dan ketidakstabilan.Peristiwa hitam yang pernah berlaku mungkin akan berulang lagi.Oleh kerana perkara ini melibatkan kuasa memilih di dalam PRU ke 13 nanti, saya ingin melontarkan soalan berikut :

a) Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan yang ada tidak mampu memenuhi tuntutan mereka; atau

b) Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan.

Saya juga ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu.Sekiranya itulah yang akan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan : adakah PAS juga sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu yang antara implikasinya ialah pindaan perlembagaan yang akan mengakibatkan keadaan huru hara, ketidakstabilan dan menggugat keutuhan Islam sebagai agama Persekutuan.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
Kelab Sultan Sulaiman
Kg Bharu, KL

28 Julai, 2012

Sunday, July 22, 2012

DEBAT FATHUL BARI DAN NASRUDDIN TANTAWI SERLAHKAN KEJAHILAN PARA PENGIKUT PAS!!!


Saban masa para pengikut PAS akan berceloteh tentang debat agama tanpa mereka sedar, perdebatan melibatkan agama sebenarnya perlu melalui disiplin dan etika yang sangat ketat selain para pengujah memerlukan penguasaan ilmu dalam beberapa bidang terutama sekali tafsir al Quran mahupun sebagai ornag yang celik hadis.

Walaupun kebanyakan penceramah PAS gemar menggunakan ayat-ayat al Quran dan hadis di dalam hujah mereka guna menguatkan hujah, namun sedarkah, sebahagian daripada mereka sekadar memetik ayat dan hadis yang 'tidak adil' malahan yang paling teruk ialah apabila mereka yang sekadar menghafal ayat dan makna, menceramahkannya dengan penuh gaya dan yakin tetapi ayat yang dipilih untuk kuatkan hujah, hanyalah ayat sekerat seperti mana yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS sendiri dalam hujahnya tentang KEBANGSAAN dan ASSOBIYAH.

Dalam bahasa yang lebih tepat, sebahagian ayat dilindungi dan dengan sengaja disorok daripada orang ramai agar hanya bahagian yang dikehendaki sahaja dizahirkan, sedangkan penjelasan sebenarnya ditutup dan dilindungi.

Itulah yang berlaku kepada Nasrudin Tantawi ketika dia berdebat dengan Fathul Bari.

Apayang berlaku sebenarnya bukanlah kerana Nasrudin tidak cukup ilmu. Ilmunya Nasrudin tidak boleh disangsikan. Dia belajar dan dia mengetahuinya.

Malangnya hanya kerana dia adalah orang dan pemimpin PAS, Nasrudin Tantawi terpaksa menyembunyikan sebahagian dan hanya mengeluarkan sebahagian yang difikirkan memberi kelebihan kepadanya kerana itu adalah modus operandi biasa PAS. Tantawi menggunakan kesempatan yang ada semata-mata untuk memperkenalkan kesempitan pemikirannya iaitu MEMPROMOSI PAKATAN dan MEMPERKECIL-KECILKAN BARISAN NASIONAL.

Sayangnya, hujah yang dipenuhi dengan ayat-ayat al Quran, dengan hadis dan riwayat, akhirnya menjadi sempit kerana pemikiran yang sangat jumud melibatkan kepartian. Pendekatan debat yang diberikan, ternyata gagal dimanfaatkan oleh Tantawi untuk memperkenalkan kehebatan pemikiran anak-anak muda yang menyokong PAS, sebaliknya pemikiran yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS itu sangat terdesak untuk menang hujah dengan pelbagai gapaian yang tidak ada kena-mengena dengan Malaysia, sebaliknya sekadar ingin menyentuh perkara tentang korupsi, penyelewengan, lama berkuasa dan sebagainya yang seringkali telah digunakan sebagai persepsi oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Menariknya, Tantawi memetik ayat 26 Surah Ali Imran yang antara lain maksud ayat adalah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Menyebut dan membacakan ayat al Quran sebagai hiasan hujah, nyata digunakan oleh Tantawi dalam perdebatan ini. Kalau benar Tantawi menghayati dan fikirannya kosong daripada sifat-sifat kepartian, bahkan menjunjung al Quran dan Islam terlebih dahulu berbanding PAS dan Pakatan Rakyat, pastinya dia tidak akan berani lagi meneruskan hujahnya kerana KUASA MENJATUHKAN KERAJAAN ADALAH KUASA MUTLAK ALLAH TAALA berdasarkan maksud ayat di atas, bukannya KUASA ANAK MUDA yang mahukan anti korupsi, dan lain-lain sebagaimana yang dihujahkannya.

Dan selepas Allah Taala menaikkan sesebuah kerajaan atau memperbaharui kuasa kerajaan, adakah Tantawi, PAS dan sekalian yang mengaku beriman kepada Allah Taala dan al Quran akan menerima ketentuan tersebut atau mereka akan kembali menyatakan bahawa kerajaan yang mendapat mandat tersebut adalah Kerajaan Haram, dan pengecoh?

Bukan Tantawi tidak berilmu tetapi ilmunya tidak dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk jalan Allah Taala, sebaliknya digunakan hanya untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Anda mengakui ayat-ayat al Quran sebagai teras keimanan dan hukum, tetapi pada masa yang sama, anda menyanggah teras keimanan dan hukum berkenaan dengan pandangan yang disekutukan?

Masya-Allah!

Semoga-moga bukanlah dari golongan Tawhib si Tantawi ini...

Anda nampak bahaya bagi golongan yang menggunakan nafsu dan ilmunya disempitkan atau kecenderungan nafsu mengatasi akal apabila mereka menyalahgunakan ayat-ayat al Quran untuk berhujah sehingga akhirnya mereka tergelincir dan menentang ayat-ayat al Quran itu secara tanpa sedar?

Krisis air boleh tumbangkan kerajaan PR Selangor


Gambaran yang diberikan oleh media propemerintah kebelakangan ini memberi tanda-tanda potensi berlaku krisis air di Lembah Kelang. Pertengkaran terbuka melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Syabas, dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat liputan media setiap hari.

Isu ini kelihatan telah mencetuskan kekeliruan disebabkan sisi politiknyayang jelas dan penglibatan banyak pihak yang berkepentingan.  Satu gambaran yang paling jelas diberikan oleh Syabas yang dilihat masih dikuasai Barisan Nasional ialah kemungkinan berlaku kekurangan air di Selangor dan juga Lembah Kelang yang mendapat bekalan air daripada Syabas, didakwa akibat sikap tidak bekerjasama menteri besar. 

Sekiranya krisis ini berlaku, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh dijangka akan menanggung kos politik yang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, yang negeri Selangor menjadi medan persaingan utama antara BN dengan PR.Walaupun penyokong PR mungkin boleh melihat kemungkinan permainan politik pihak Umno dan sekutu, satu jumlah besar rakyat dan pengundi mungkin tidak akan melihat dari sudut yang sama, dan mempersalahkan kerajaan pimpinan Abdul Khalid.

Pemerintah negeri Selangor dipersalahkan - sama ada betul atau tidak kerajaan PR boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya - boleh dijangka berlaku ekoran permainan media pemerintah dan kaitan lebih mudah kerajaan negeri dengan krisis di negeri terbabit.Sekiranya krisis berlaku tidak lama atau sekitar masa pilihan raya, kempen negatif terhadap kerajaan negeri akan dapat dijalankan dengan lebih mudah, dengan manfaat segera, termasuk dalam bentuk undi kepada Umno dan BN, lawan kepada PR.

Satu kes yang hampir sama dari segi kesan politiknya pernah berlaku di California, Amerika Syarikat pada awal dekad lalu, bermula tahun 2000, apabila krisis elektrik di negeri berpenduduk terbesar di negara itu tercetus.Walaupun perinciannya jauh lebih kompleks, kerajaan negeri Demokrat pimpinan Gabenor Gray Davis akhirnya menanggung kos politik kesan langsung daripada krisis itu, yang akhirnya menjatuhkan beliau dan menaikkan gabenor baharu yang popular, Arnold Schwarzenegger.
Syarikat yang bertanggungjawab dalam kes tenaga elektrik di California, Enron, lebih mudah dikaitkan dengan kerajaan persekutuan Republikan di bawah Presiden George W Bush disebabkan individu-individu yang mempunyai hubungan rapat dengan syarikat itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri lebih mudah dipersalahkan dan pengundi yang dilakukan selepas itu membuktikan kesan politik utama akhirnya ditanggung oleh pihak Parti Demokratik.
Berdasarkan kempen negatif terhadap kerajaan PR Selangor sejak merampas negeri ini pada Mac 2008, sentimen negatif terhadap kerajaan PR sehingga menjejaskan undi mempunyai potensi untuk berlaku, tambahan pula isu-isu lain yang digunakan untuk menarik pengundi pertengahan terus dijalankan oleh pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Mayat dua mangsa ditemui



KUCHING: Mayat dua daripada tiga penumpang helikopter milik Sebiro Holdings yang terhempas di Sungai Triso, Sri Aman kelmarin telah ditemui semalam. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soong, kedua-dua mayat tersebut yang dikenal pasti Siti Khuzaimah Anwar, 27, dan Peter Ato Mayau, 53, ditemui dalam gerakan mencari dan menyelamat di dua lokasi berlainan.

“Mayat Khuzaimah telah ditemui terapung di kawasan perairan dekat Meludam sekitar jam 11.15 pagi, manakala mayat Peter pula ditemui selang beberapa jam kemudian berdekatan Kampung Tebelu, Sebuyau pada kira-kira jam 2.30 petang.

“Kedua-dua mayat ditemui lengkap berpakaian tanpa jaket keselamatan di tubuh,” katanya sambil menambah, beliau tidak menolak kemungkinan helikopter tersebut tidak memiliki jaket keselamatan.Kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Simunjan terlebih dahulu sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.
Gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi penumpang, Henry Loh yang belum ditemui masih diteruskan semalam.

Ketiga-tiga mangsa semasa kejadian dikatakan menaiki sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang diterbangkan oleh seorang lelaki warga Jerman iaitu Rico Steger, 35.
Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sebuah sekolah di Nanga Merit, Kapit.

Dalam insiden tersebut, Rico berjaya menyelamatkan dirinya dengan berenang selama lebih empat jam merentasi arus sungai tersebut sebelum tiba di jeti Kampung Tebelu sekitar jam 12.30 pada hari kejadian. Menurut laporan akhbar tempatan semalam, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada keadaan cuaca serta masalah teknikal.

Operasi mencari dan menyelamat tersebut telah disertai Polis, Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta penduduk tempatan


Friday, July 6, 2012

Anwar tahu Pakatan Rakyat tak boleh tawan Putrajaya .


Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau bersedia untuk 'bersara' daripada politik jika pembangkang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13, menunjukkan Ketua Pembangkang itu sedar pakatan tidak akan mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN).
Justeru jelas Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, 'tawaran' tersebut hanya bertujuan meraih simpati rakyat dan pada masa sama Ketua Pembangkang itu mahu menguji kesetiaan para pengikutnya. Katanya, jika Anwar benar-benar ikhlas mahu bersara beliau tidak akan membuat kenyataan awal dalam akhbar Financial Times, sebaliknya bertindak seperti yang pernah dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat pengumuman mengejut.
"Beliau memang sedar sekarang ini sokongan padu rakyat memihak kepada BN selepas pelbagai transformasi dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar gagal menyaingi kehebatan Najib maka sebab itu beliau membuat kenyataan begitu."Anwar mahu meraih simpati rakyat dan juga untuk menguji kesetiaan pengikutnya. Beliau sedar hanya dengan simpati rakyat akan memberi sedikit sokongan kepada pembangkang kerana dari segi idea, Najib lebih hebat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam wawancara dengan Financial Times, Selasa lalu, Anwar membayangkan beliau mungkin bersara daripada politik tanah air dan menjadi pensyarah sekiranya pembangkang tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.Sementara itu, Muhammad Zahid berkata, tindakan Anwar membayangkan mahu bersara juga sebenarnya bagi mengalih isu penghakiman penuh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan berlaku penetrasi ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat.
Jelasnya, Ketua Pembangkang itu ketika ini berada dalam keadaan amat tertekan kerana penghakiman penuh tersebut jelas membuktikan liwat ke atas Mohd. Saiful berlaku dan beliau sekarang adalah liabiliti kepada pembangkang, bukannya aset seperti didakwa," katanya."Tetapi jika itulah hasrat Anwar, saya menggesa seluruh rakyat menunaikan hasratnya kerana TIBAI menganggap kehadiran beliau yang penuh dengan isu moral dalam politik seperti melukut di tepi gantang, masuk tak tambah, keluar tak kurang tetapi lebih baik tiada," katanya