Thursday, May 3, 2012


Anwar tidak hirau perasaan orang Melayu, umat Islam

GUA MUSANG 3 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak lagi menghiraukan orang Melayu dan umat Islam semata-mata untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan DAP.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, orang Melayu dan Islam harus menilai secara mendalam sikap Anwar bagi mengelak tragedi yang lebih buruk berlaku di negara ini.
Beliau berkata, ini disebabkan sikap DAP yang terang-terangan menolak Islam dan raja-raja Melayu serta memperjuangkan hak kesaksamaan dalam dasar perjuangan mereka.
"Sudah jelas kenyataan Anwar tidak lagi menghiraukan siapa Melayu dan Islam semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri dan bererti tidak apa apa asalkan dapat menjadi Perdana Menteri, semuanya halal.
"Perangai seperti ini orang Melayu dan Islam perlu beri penilaian, saya dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh kenal siapa DAP dan bagaimana hubungan mereka dengan sultan, bahasa dan budaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau raptai penuh Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan yang akan diadakan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini. 

No comments: