Wednesday, May 16, 2012

DAP tidak beri ruang untuk perbezaan pendapat - Najib



LONDON 16 Mei - Peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam DAP menunjukkan bahawa parti itu, yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, beliau percaya Tunku Abdul Aziz adalah “seorang lelaki yang sangat berprinsip".Najib berkata, apabila prinsip yang dipegang itu tidak dihormati pihak tertentu iaitu DAP, tidak ada jalan lain baginya (Tunku Abdul Aziz) selain meletakkan jawatan."Pada kesudahannya, Tunku Abdul Aziz lebih mementingkan maruah dirinya kerana beliau merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya kepada wartawan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, Tunku Abdul Aziz mempunyai perbezaan pendapat berhubung demonstrasi jalanan yang beliau percaya boleh membawa kepada huru-hara dan kerosakan harta benda, dan kerana itulah beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian."Tapi nampaknya parti DAP tidak memberi ruang pada perbezaan pendapat dalam parti yang menggelarkan diri mereka parti demokratik," kata Najib.

Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP semalam.
Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP sebaik menyertai parti itu pada 2008.Tunku Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti itu. - BERNAM

Friday, May 4, 2012

Pastikan rakyat tidak dibebani kesan perubahan harga komoditi dunia



ROHANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengekalkan elemen subsidi supaya rakyat tidak dibebani dengan kesan perubahan harga komoditi dunia yang menyebabkan kenaikan harga yang terlalu mendadak, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ko-perasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengkaji serta menyemak harga barangan kawalan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga barangan tersebut selaras dengan peredaran masa dan perubahan harga bahan mentah komoditi di pasaran dunia.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk S. Nallakaruppan yang meminta kementerian menyatakan bentuk tindakan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga barangan kawalan.
Menurut Rohani, kementerian mengadakan beberapa program bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna agar mereka menjadi pengguna bijak, mengetahui hak-hak sebagai pengguna serta menjalankan tanggungjawab dan peranan me-reka.

“Kementerian mengalu-alukan aduan daripada orang ramai mengenai isu ini dan kami di kementerian juga sering melakukan pemantauan bagi mengekang peniaga yang menaikkan harga barangan kawalan sesuka hati yang boleh menyebabkan pembeli merungut tentang kenaikan harga,” katanya pada Persidangan Dewan Negara.

Beliau berkata kerajaan meng-adakan sesi perundingan dengan industri terlibat supaya tidak menaikkan harga produk keluaran mereka secara drastik malah kerajaan juga menubuhkan Kedai Rak-yat 1Malaysia (KR1M) dan memperkenalkan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).“Dengan adanya KR1M dan MR1M, kerajaan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat di negara ini,” katanya.

Menjawab satu lagi soalan senator yang sama, Rohani berkata harga barangan kawalan iaitu gula dinaikkan sebanyak empat kali sejak tahun 2010 hingga tahun ini, tepung gandum hanya sekali (Mei 2007) manakala minyak masak dinaik- kan pada 1997.Nallakaruppan ingin tahu jumlah kenaikan harga barangan asas serta barangan kawalan termasuk gula, tepung dan minyak masak sejak 2007 hingga kini.

Rohani berkata pada 1 Januari 2010 harga gula dinaikkan sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 se- kilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini.Menurut beliau lagi, tepung gandum pula hanya dinaikkan sekali iaitu pada Mei 2007 sebanyak RM0.15 sekilogram menjadikan harga runcit daripada RM1.20 kepada RM1.35 sekilogram manakala minyak masak pula, kenaikan harga terakhir pada 1997 iaitu 13 tahun lepas dan tiada kenaikan sehingga kini.

“Seperti yang kita sedia maklum, faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang,” katanya. Rohani menjelaskan lagi, antara langkah bijak yang diambil kerajaan bagi mengekalkan harga runcit gula di pasaran pada harga RM2.30 se-kilogram adalah dengan memeterai Kontrak Jangka Panjang (LTC) yang pada masa sama boleh membantu kerajaan untuk berjimat.

“LTC ini boleh menjamin be- kalan gula bertapis yang berterusan bagi memenuhi keperluan negara memandangkan bekalan gula mentah banyak dipengaruhi keadaan cuaca.“Ia juga memudahkan kerajaan melaksanakan kawalan harga ke atas gula bertapis serta menjadikan harga gula mentah di bawah LTC stabil dan berpotensi untuk menyumbang kepada harga gula bertapis yang kompetitif untuk dinikmati rakyat dan industri,” katanya.

Pembelian gula mentah pada harga tetap AS$0.175 sepaun melalui LTC bagi tempoh tiga tahun ber-akhir 2011 telah menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan ne-gara sebanyak RM2 bilion. Sehubungan itu, katanya kepu-tusan kerajaan untuk menanda- tangani LTC 2012-2014 pada harga AS$0.26 sepaun adalah sesuai dan berpatutan memandangkan harganya sukar diramal dan dijangka meningkat pada masa hada- pan. — Bernama



PEMUDA PBB SERAHKAN KEPADA PRESIDEN PBB TENTUKAN CALON


Ketua Pemuda PBB menyerahkan keputusan untuk pemilihan calon kepada Presiden PBB. Sudah menjadi kebiasaan dalam parti untuk membiarkan proses pemilihan dilakukan oleh golongan yang pakar dalam percaturan politik di Sarawak! 


Namun Ketua Pemuda juga berharap terdapat muka baru yang bakal dicalonkan daripada kalangan Pergerakan Pemuda PBB. Tidak dinafikan setiap PRU memang ada kerusi yang diperuntukkan untuk Pemuda PBB seperti Kota Samarahan dan Limbang pada PRU12!

Sehubungan itu juga, ketika diminta untuk mengulas mengenai harapan Setiausaha Pemuda PBB, beliau menegaskan bahawa asas sebenar perjuangan Pemuda PBB adalah berkhidmat untuk rakyat dan bukan dicalonkan sebagai wakil rakyat!?!? Biarlah Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang menentukan calon terbaik di kawasan BN.


Cybertroopers BERSIH tension, kantoi spin siapa yang pukul polis !





Inilah gambar yang sangat popular di blog-blog serta wall Facebook puak-puak Pakatan Rakyat. Kata puak-puak Pakatan, ini adalah bukti yang kekecohan serta kekacauan di Kuala Lumpur dalam acara BERSIH 3.0 telah dimulakan oleh pihak polis. Konon-kononnya anggota polis dan HARAMJADAH yang menendang belakang anggota polis trafik yang motosikalnya telah dibakar sebagai ORANG YANG SAMA.

 Tengok gambar-gambar di atas dan anda sendiri boleh membuat keputusan, sama ada individu berkenaan adalah orang yang sama, atau sebenarnya hanya mempunyai persamaan pada bibir yang diketap! Bagaimanapun, di wall Pakatan Rakyat yang bersungguh-sungguh nak bagitahu kononnya ini adalah orang yang sama, lebih ramai yang tidak percaya berbanding percaya memandangkan wajah yang terdapat dalam gambar di atas adalah dua orang individu yang berbeza sama sekali.

 Anda boleh baca sendiri di SINI bagaimana puak-puak Pakatan tidak dapat menjelaskan tentang perbezaan wajah kedua-dua individu walaupun mereka juga yang mengatakan kedua-duanya adalah individu yang sama.

Thursday, May 3, 2012


Anwar tidak hirau perasaan orang Melayu, umat Islam

GUA MUSANG 3 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak lagi menghiraukan orang Melayu dan umat Islam semata-mata untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan DAP.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, orang Melayu dan Islam harus menilai secara mendalam sikap Anwar bagi mengelak tragedi yang lebih buruk berlaku di negara ini.
Beliau berkata, ini disebabkan sikap DAP yang terang-terangan menolak Islam dan raja-raja Melayu serta memperjuangkan hak kesaksamaan dalam dasar perjuangan mereka.
"Sudah jelas kenyataan Anwar tidak lagi menghiraukan siapa Melayu dan Islam semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri dan bererti tidak apa apa asalkan dapat menjadi Perdana Menteri, semuanya halal.
"Perangai seperti ini orang Melayu dan Islam perlu beri penilaian, saya dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh kenal siapa DAP dan bagaimana hubungan mereka dengan sultan, bahasa dan budaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau raptai penuh Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan yang akan diadakan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.