PUTRAJAYA 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya ada mana-mana pihak cuba menggugat keamanan, keselamatan dan keharmonian negara.
Serentak itu, Perdana Menteri menggesa semua pihak agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan kestabilan di negara ini.
Menurutnya, ini kerana keamanan dan ketenteraman sudah sekian lama dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan ia tidak seharusnya diganggu-gugat.
''Apa-apa pun kita jangan keruhkan suasana, saya tidak kata ia baik atau tak baik yang penting sekarang ini kita mesti jaga keharmonian dan keamanan dalam negara kita.
''Kerajaan tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang cuba menggugat keamanan, keselamatan dan keharmonian negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan di sini.
Najib mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cubaan melatih kumpulan para militan di negara ini.
Dakwaan tersebut dibuat ekoran briged tersebut diberikan latihan oleh Ikatan Relawan Rakyat (Rela)