Monday, February 28, 2011

Isu NCR diperbesarkan: KM


Ia peratusan kecil yang digambarkan pembangkang seolah-olah babitkan semua rakyat

MESRA: Taib, Ragad, Mawan dan pemimpin SPDP bersalaman dengan para perwakilan dan penyokong pada Perhimpunan Agung Tahunan SPDP Ke-8 di Dewan Suarah Bintulu semalam.

BINTULU: Isu berkaitan hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) cuma membabitkan antara dua dan tiga peratus penduduk Sarawak tetapi diperbesarkan pembangkang seolaholah keseluruhan rakyat negeri ini berhadapan masalah sama.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tindakan pembangkang melaga-lagakan kelompok kecil ini dengan kerajaan dikhuatiri menjejaskan peluang kirakira 97 peratus pemilik tanah NCR menikmati faedah pembangunan tanah.

Menurut beliau, mereka yang ingin memajukan tanah NCR sebagai ladang kelapa sawit diberi pilihan untuk menjalinkan usaha sama dengan Lembaga Pembangunan dan Perlindungan Tanah Sarawak (PELITA), Felda atau Felcra – menerusi konsep ladang Bumiputera.

Katanya, tanah terbiar disebabkan kesukaran untuk dibangunkan kerana kekurangan modal dan pengetahuan pertanian dapat diatasi dengan konsep usaha sama pemilik NCR dan organisasi tertentu.

Justeru, usaha pembangkang yang sengaja mengapiapikan rakyat agar menentang kerajaan disifatkan beliau sebagai membawa kepada kemunduran terhadap negeri ini.

“Ini menunjukkan pembangkang tidak serius membawa pembangunan kepada penduduk di luar bandar.

“Mereka cuba mencipta isu dan melaga-lagakan rakyat serta membantah kerajaan.

“Dengan cara demikian mereka (pembangkang) tidak membantu penduduk di luar bandar menyelesaikan masalah sebaliknya membawa golongan Bumiputera mundur 20 tahun ke belakang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Presiden SPDP Dato Sri William Mawan Ikom, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.

Taib berkata, jika tanah NCR tidak dibangunkan secara komersial ia tidak memberi manfaat dan sekali gus tidak menyumbang terhadap usaha meningkatkan pendapatan rakyat.

“Kalau demikian, Bumiputera di Sarawak hanya kaya tanah tetapi miskin pendapatan. Saya tidak izinkan keadaan ini berlaku,” katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan merangka formula baru pembangunan tanah agar situasi demikian tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan semakin ramai Bumiputera berada di bawah paras kemiskinan.

Katanya, jika masalah tanah tidak dibangunkan berterusan, semakin ramai belia akan berhijrah ke bandar apabila kawasan luar bandar tidak mampu memberi peluang pekerjaan.

Menurut beliau, bermula 1981 dan tiga tahun seterusnya, berlaku penurunan daripada jumlah pertumbuhan sektor pertanian.

Penurunan itu wujud apabila infrastruktur seperti jalan raya tidak ada bagi memasarkan produk pertanian serta para petani masih menggunakan cara tradisional mengerjakan tanah.

“Ini menunjukkan soal tanah dan pertanian tidak dapat diatasi melainkan dengan mencari formula bagi mengatasi masalah rakyat,” katanya.

Katanya, hasil formula baru pembangunan tanah NCR itu, Sarawak kini memiliki kira-kira sejuta hektar tanah dibangunkan dengan kelapa sawit.

“Jika tanah tidak dimanfaatkan sebaik mungkin ia merupakan penyebab kemiskinan di kalangan Bumiputera di luar bandar.

“Jika digunakan sebaik mungkin Bumiputera sekarang dapat keluar dari garis kemiskinan,” katanya.

by Saibi Gi.

Saturday, February 26, 2011

State BN raring to go — CM


Taib has list of candidates for all 71 seats but keeps names until opportune time By Peter Sibon

BELADIN (Betong): Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yesterday revealed that the State Barisan Nasional (BN) is ‘ready’ for the 10th state election.

He said he had already received the list of candidates for the 71 seats.

“We are ready. We already have the candidates but I cannot announce their names now,” he told reporters after opening the Al-Amin Beladin Mosque here.

He added that the BN would normally only announce the names before nomination day.

“For PBB, we have identified all candidates for the 35 state seats. But it is our party’s practice not to tell the media the identity of our candidates before the opportune time.”

He had told the media on numerous occasions previously that PBB would field at least 30 per cent or 10 new faces in the coming state election.

Earlier, in his speech, Taib said it was normal for many potential candidates to lobby for seats before elections, but called on those not picked to continue to support the party.

‘We want the best brain from each constituency’

“What we want is the best brain from each constituency to become the people’s elected representative, so they could plan the best way to develop the constituency,” he stressed.

Taib, who is also Minister of Planning and Resource Management, said the government under BN gave priority to the overall development of the people. As such, he chided some western NGOs for being critical of Sarawak’s development plan.

“They said we should not cut our forests but they themselves have chopped off almost 99 per cent of their trees. They want us to preserve our trees for oxygen. Actually the amount of oxygen that our forest produced is more than enough for the 2.5 million people in Sarawak.

“And who are they to tell us what to do? We should not listen to them because we have got rid of our colonial masters more than 40 years ago. These people cannot bully me because I was trained by them,” he said.

Taib read law at the University of Adelaide, Australia, before joining politics in the early 60s.

The chief minister said if the state did not develop its resources, the people would remain poor and uneducated. He revealed that to-date the state had developed two million acres of land for palm oil to provide employment to the people.

Meanwhile, he urged the people to make full use of the mosque as a centre for acquiring knowledge and education.

At the function, Taib approved a RM100,000 allocation for the new mosque and another RM400,000 to complete the main mosque in Pusa.

The new Beladin Al-Amin mosque costing RM1.3 million, can accommodate 1,200 worshippers at any one time.

Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman and Beting-Maro assemblyman Datuk Bolhassan Di also spoke at the function.

Among those present were Taib’s wife Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi Taib, Deputy Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumer Affairs Datuk Rohani Karim, Assistant Minister of Housing and Urban Development Abdul Wahap Aziz, Lingga assemblywoman Simoi Peri and Saribas assemblyman Dr Wahbi Junaidi. BERNAMA

BN Sarawak Sudah Sedia Hadapi Pilihan Raya Ke-10, Kata Taib Mahmud

Posted: 25 Feb 2011 03:39 AM PST

BELADIN (SARAWAK), 25 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini.

Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.

Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.

Katanya BN tidak perlu melayan sebarang kritikan dari luar khasnya NGO kerana parti itu tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan rakyat Sarawak sendiri.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak.

Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk menghayati pendekatan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang.
-- BERNAMA

Thursday, February 24, 2011

Cuba elak kenaikan harga


K’jaan akan kaji semua opsyen bagi memastikan harga minyak tidak naik

Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan ke-rajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.

“Kita perlu ada keseimba-ngan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.

“Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewang-an sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat,” katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, semalam.

Hadir sama Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Ke-tua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu ke-rana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.

“Siapa kata RON95 nak naik… siapa cakap? Khabar angin?…jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).

Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lepas.

“Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaik-kannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan.

“…Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu,” katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.

Petrol RON95 telah diper-kenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara de-ngan harga RM1.90 seliter.

Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian per-sefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut. — Bernama

Tuesday, February 15, 2011

Saya dan Jabu sedia berundur jika ada pengganti: TAIB


by Jessica Jawing. Posted on February 11, 2011, Friday

BETONG: Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu bersedia untuk berundur sekiranya ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, bijak dan berpendidikan untuk menggantikan mereka berdua.

RASMI: Taib memerhatikan Jabu memukul salah satu peralatan muzik tradisional kaum Iban, ‘engkerumong’ semasa merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Sarawak Bahagian Betong di Betong, semalam.

“Jika ada mereka yang ingin menggantikan kami.., kami mahu tapi kami tidak akan melepaskan kuasa jika tiada jaminan seseorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak,” demikian tegas Taib.

Ini kerana katanya, dalam usaha memba-ngunkan sesebuah negeri terutama seperti Sarawak, ia amat memerlukan golongan yang berpendidikan dan bijak agar pembangunan negeri terlaksana dengan baik.

Justeru dalam perkembangan yang ber-kaitan beliau memberitahu Barisan Nasional (BN) Negeri dijangka akan menggantikan beberapa muka lama dengan calon-calon baru yang lebih muda dan berkaliber dalam membangunkan Sarawak, pada pilihan raya ne-geri yang akan datang.

Taib yang juga pengerusi BN Negeri Sara-wak menyatakan perkara itu semasa berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Sarawak Bahagian Betong di sini, semalam.

“Oleh sebab itu dalam pilihan raya negeri akan datang kita mungkin akan menukarkan calon-calon yang sudah lama dan diganti dengan yang baru dan lebih bijak atau pandai.

“Kita tidak nafikan hari ini hampir kesemua YB-YB (wakil rakyat) kita adalah graduan namun kini calon-calon yang kita cari bukan sahaja bergraduan tetapi mempunyai tingkah laku yang baik serta mempunyai kualiti kepimpinan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menjelaskan pertukaran orang dalam parti bukan satu masalah.

Malahan katanya ada antara wakil rakyat dari parti itu telahpun menyatakan hasrat untuk berundur dan mencari calon yang lebih bertenaga, muda dan bersedia untuk berkhidmat.

“Inilah cara kita dalam politik dan pembangunan politik yang betul kerana mereka memikirkan keupayaan pemimpin itu harus ditingkatkan dari semasa ke semasa,” tegasnya.

Beliau berkata dalam sesebuah parti mungkin mempunyai ramai ahli tetapi tidak semua berminat untuk dicalonkan dan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Situasi ini menurut beliau amat berbeza dengan parti pembangkang yang sering bersaing sesama sendiri dan amalan ini tidak ada dalam parti politik BN.

“Justeru saya menyeru agar apa yang dimiliki BN pada hari ini dijaga kerana kalau tidak ada pemimpin, termasuk (peringkat) akar umbi yang menjaganya ia akan musnah,” katanya lagi.

Hadir sama di majlis itu ialah isteri beliau, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi Taib, Tan Sri Jabu serta isteri Dato Sri Empiang Jabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem serta menteri-menteri muda yang lain

sumber : http://www.theborneopost.com/?p=92732

PM jumpa 152 Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengadakan pertemuan dengan 152 Ketua Bahagian UMNO bagi membincangkan masalah yang dihadapi dan kaedah untuk menyelesaikannya dengan segera.

Pertemuan itu bermula pada jam 8.30 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pertemuan 152 Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara itu tidak membabitkan Menteri Besar, Anggota Parlimen, Menteri dan Timbalan Menteri.

Beberapa ketua UMNO bahagian yang ditemui berkata mereka telah membincangkan masalah yang dihadapi dan membentangkan kepada Perdana Menteri yang kemudian menyarankan beberapa cadangan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Baling, Kedah, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pertemuan dengan Ketua Bahagian UMNO itu mencatatkan satu sejarah baru untuk UMNO.

“Pada pertemuan dengan Perdana Menteri, saya telah menceritakan kepada beliau masalah yang dihadapi rakyat di Baling, memberi cadangan apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk UMNO kembali menang pada setiap kawasan Parlimen di Kedah.

“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga telah mengumumkan akan memberi bantuan sebanyak RM500,000 kepada negeri Kedah untuk tujuan memperbaiki rumah penduduk yang rosak akibat banjir baru-baru ini dan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya,” katanya ketika ditemui pemberita di PWTC di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO bahagian Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula berkata perbincangan dengan Perdana Menteri banyak membabitkan berhubung usaha untuk menang dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

“Semua Ketua Bahagian UMNO Kedah telah memberi komitmen mereka untuk bekerja keras demi kemenangan UMNO pada pilihan raya akan datang dan saya memberitahu Perdana Menteri bahawa UMNO mempunyai peluang untuk menang di Kedah.

“Perdana Menteri telah menyatakan kepada anggota UMNO Kedah bahawa tumpuan harus diberi kepada golongan muda yang berusia 21 tahun dan ke atas dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri juga mahu senarai penduduk di seluruh kawasan di Kedah yang memerlukan bantuan memperbaiki rumah akibat banjir dan mahu UMNO Kedah menyelesaikan masalah dalaman di beberapa UMNO bahagian di Kedah.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah enggan mendedahkan UMNO bahagian mana yang menghadapi masalah dalaman tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata beliau telah berbincang mengenai masalah yang dihadapi Pulau Pinang dan kaedah yang perlu digunakan untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

“Perdana Menteri juga telah bertanya kepada UMNO Pulau Pinang mengenai status projek-projek yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang pada pilihan raya umum yang lepas,” katanya.

Secara keseluruhan, prestasi UMNO Pulau Pinang tidak menghadapi sebarang masalah kerana mereka selalu turun padang dan rakyat negeri itu kini telah sedar bahawa pemerintahan pembangkang jauh lebih buruk berbanding pemerintahan Barisan Nasional dahulu.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata perjumpaan anggota UMNO Selangor dengan Perdana Menteri banyak membincangkan mengenai perkembangan di kawasan masing-masing.

“UMNO Selangor kini sedang giat meningkatkan jumlah anggota UMNO sebagai pengundi, terutamanya di kalangan golongan muda di Selangor.

“Kita yakin dalam masa yang terdekat ini dengan kesungguhan yang sedia ada kita akan berjaya mendaftarkan ahli-ahli UMNO kita sebagai pemilih terutamanya ahli muda yang berusia 21 tahun dan ke atas,” katanya.

Ditanya sama ada UMNO Selangor menetapkan sebarang tempoh masa untuk mendaftarkan anggota-anggotanya sebagai pengundi, beliau berkata setakat ini tempoh masa ditetapkan tetapi ia akan dijalankan secepat mungkin dan diberi keutamaan oleh UMNO Selangor. — Bernama

PAS cuba lagi di Merlimau


KUALA LUMPUR: Berentetan sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Oktober 2009, Barisan Nasional kelihatan semakin mantap setelah menang lima daripada enam pilihan raya kecil yang diadakan.

Tidak mustahil juga ia bakal mengaut dua lagi kemenangan iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Merlimau di Melaka dan juga di Kerdau, Pahang, ekoran kematian penyandang kerusi itu Datuk Zaharuddin Abu Kassim malam Sabtu.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Merlimau, iaitu pilihanraya kecil ke-15 selepas pilihan raya umum 2008, ditetapkan pada 26 Feb dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Jika berjaya di Merlimau dan juga di Kerdau, BN sepatutnya bakal mencatat tujuh kemenangan berturut-turut sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang, jika tidak kalah kepada DAP pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei 2010.

Daripada 14 pilihan raya kecil, BN menang dua kerusi Parlimen (Hulu Selangor dan Batu Sapi) manakala selebihnya dimenangi Parti Keadilan Rakyat (Permatang Pauh), PAS (Kuala Terengganu dan Bukit Gantang) dan DAP (Sibu).

Bagi pilihan raya kecil kerusi DUN, BN setakat ini menang di Batang Ai, Bagan Pinang, Galas dan Tenang, selebihnya PKR (Bukit Selambau dan Penanti), PAS (Manek Urai dan Permatang Pasir).

Bagi pilihan raya kecil Merlimau, jentera BN di Melaka pantas membuat persiapan dengan meneliti senarai calon “boleh menang” seperti yang dihasratkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sebaliknya pakatan pembangkang sebelum ini bagaikan tidak sepakat apabila PKR dikatakan mahu meletakkan Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagaimanapun, pada mesyuarat Isnin lepas antara PKR, PAS dan DAP, diputuskan calon PAS diletakkan di kawasan itu.

Pemerhati politik berpendapat antara sebab keputusan itu ialah PAS mahu berusaha memperbaiki imej yang sudah tercalar selepas dua kekalahan sebelum ini iaitu Galas dan Tenang, selain mahu terus mencuba mempengaruhi pengundi Melayu yang merupakan majoriti di Merlimau.

PKR sebalikya dikatakan tidak mahu terjun ke “lembah kekalahan” memandangkan Merlimau adalah kubu BN.

Tambahan pula, pelbagai krisis dalaman PKR yang menyaksikan peletakan jawatan beberapa pemimpin tertinggi termasuk, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan, yang juga Naib Presiden.

Beberapa pemimpin negeri terutama di Selangor juga mula meninggalkan parti serta peletakan jawatan ketua perhubungan PKR Sabah Pajudin Nordin. PKR juga berdepan dengan masalah kredibiliti di Selangor ekoran tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pelantikan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi walaupun pelantikan itu diperkenankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terbaru ialah isu derhaka ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei dan sudahpun didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung pelantikan Mohamad Khusrin.

Bagi BN, kesungguhan kerajaan bersama rakyat menghadapi bencana banjir dan membantu membawa keluar ribuan pelajar Malaysia di Mesir dijangka memberi kelebihan kepada parti pemerintah itu.

Usaha kerajaan yang turut mengembleng bantuan swasta dan hubungan diplomatik dengan Mesir dan Arab Saudi sememangnya harus dipuji.

Sebaliknya PKR yang sedar kelebihan kepada BN ekoran usaha itu cuba mencemuh apabila timbalan presidennya Azmin Ali mendakwa kedutaan Malaysia di Kaherah lambat bertindak, dan kononnya ia tidak dapat menghidu keadaan politik semasa di Mesir yang mahukan Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

PAS pula berdemonstrasi di depan Kedutaan Mesir di ibu kota serta memberikan RM120,000 untuk 1,281 pelajar Malaysia di sana.

Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berpendapat keputusan meletakkan calon Pas bertanding pada pilihan raya kecil Merlimau menunjukkan betapa PAS dan DAP tidak yakin terhadap kemampuan calon PKR.

“PAS dan DAP nampak perkara itu. PKR hanya mungkin dapat memberi alasan bahawa PAS sudah dua kali kalah sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

PAS pula, katanya, hanya mahu meletakkan calon, bertanding atas sebab mahu mempengaruhi pengundi Merlimau yang majoritinya adalah Melayu.

Beliau berkata DAP juga sedar calon PAS lebih baik daripada PKR kerana sokongan kepada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada orang Melayu terjejas sejak akhir-akhir ini.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya 2008 lalu Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar, iaitu sebanyak 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Ia merangkumi sebanyak 64.69 peratus pengundi Melayu, Cina (21.11 peratus), India (14.16 peratus) dan lain-lain (0.04 peratus). — Bernama