Tuesday, December 7, 2010

Rasionalisasi Subsidi, Defisit Kerajaan Kurang

Rasionalisasi Subsidi, Defisit Kerajaan Kurang

Semalam kerajaan umumkan pengurangan subsidi untuk petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula. Yang tentu memberi lebih kesan ialah kenaikan harga minyak lanjutan daripada pengurangan subsidi ini sebanyak 5 sen. Penulis tidak mahu untuk membincangkan rasional pengurangan subsidi ini kerana semua pun sudah sedia maklum tiada subsidi yang akan kekal selamanya disamping pengurangan sumber yang sedang berlaku di mana-mana negara di dalam dunia, tidak terkecuali turun naik harga pasaran dunia. Penulis berminat membicarakan hal ini dari segi impak kepada politik dan kehidupan rakyat.

Seperti mana biasa, pengumuman sebegini akan menjadi rahmat yang tidak ternilai kepada pembangkang. Segala putar belit isu dalam nak menunjukkan kelemahan kerajaan memerintah akan digunakan, seolahnya kalau mereka memerintah keadaan akan jadi lebih baik. Kalau negeri-negeri yang dikuasai mereka dijadikan contoh, tiada apa yang berbeza pun malah ada diantaranya menjadi lebih teruk lagi. Dikhabarkan ada perhimpunan yang akan diadakan untuk membantah kenaikan terbaru ini. Bila harga minyak diturunkan beberapa kali pada satu ketika, tidak pula pembangkang nak mengadakan perhimpunan memuja muji kerajaan.

Tetapi itulah mereka, bangkang selagi boleh walaupun tiada asas kepada bangkangan tersebut kerana ada rasional yang menyebabkannya. Tidak mustahil kalau Anwar sekali lagi mengeluarkan kenyataan “kalau hari ini Pakatan Rakyat jadi kerajaan, harga petrol akan turun kesekian sekian”. Ini memang biasa sebab Anwar memang begitu, suka manipulasi keadaan semasa untuk kepentingan politik peribadinya.

Cakap pasal putar belit, sudah ada media pembelit pembangkang yang mengaitkan pembinaan Menara Warisan ( dibina oleh PNB) dengan penjimatan subsidi yang dilakukan kerajaan!! Apa yang berkaitan pun kita tidak tahu tapi begitulah pembangkang, hidup atas putar belit.

Bila perbelanjaan kerajaan defisit, pembangkang akan tuduh kerajaan tidak bijak menguruskan kewangan dan membebankan rakyat. Bila kerajaan menyelaraskan subsidi untuk mengurangkan defisit, pembangkang akan buka cerita lain pula. Sekurang-kurangnya kerajaan berterus terang dengan rakyat akan rasional pengurangan subsidi, tidak seperti satu kerajaan pembangkang sebuah negeri di utara tanah air yang banyak bercakap tentang nasib rakyat sana sini tapi dalam masa yang sama harga rumah di negeri tersebut melambung tinggi melebihi taraf hidup sesetengah tempat yang jauh lebih maju seperti Kuala Lumpur.

Walaupun kenaikan yang berlaku terutama kenaikan harga petrol RON 95 adalah kecil nilainya iaitu sebanyak RM 0.05 sen seliter, kerajaan perlu memastikan bahawa kesan kenaikan ini tidak membebankan rakyat secara keseluruhannya. Sudah menjadi lumrah harga perkhidmatan dan barangan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kenaikan harga kos bahan api walaupun untuk sayur kangkung yang dikutip di tepi jalan.

Kementerian berkaitan seperti KPDNHEP perlulah menjalankan tugas pemantauan yang lebih kerap untuk memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan. Kita tidak mahu peniaga dengan mudah menjadikan kenaikan harga bahan api sebagai alasan untuk menaikkan harga barang sedangkan ketika harga minyak turun, harga barangan dan perkhidmatan tidak pun turun sebanyak mana dan ketika itu alasan lain pulak yang diberikan. Lebih lagi bila harga diesel yang banyak digunakan kenderaan berat dalam penghantaran barangan, turut sama dinaikkan.

Cuma yang agak menjadikan penulis sedikit terkilan ialah pengumuman itu dibuat disaat ibu bapa sedang sibuk membuat persediaan anak-anak yang bersekolah. Walaupun sebahagian kita boleh faham akan rasional pengurangan subsidi itu, ia mampu memberi impak (walaupun tidak begitu besar) kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kalau kurang pemantauan, perbandingan harga kelengkapan sekolah akan menjadi alasan terkuat pembangkang untuk menyalahkan kerajaan dalam segala hal.

Apa pun yang disebut mengenai subsidi ini, ia tetap memberi pengaruh besar kepada rakyat kerana sejak sekian lama kita sudah terbiasa dengannya dan ramai diantara kita membesar dengan subsidi.

1 comment:

d said...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Kita akan pastikan BN akan terus menerajui Kerajaan Negeri Sarawak.. Saya akan turut membantu blogger2 Politik di sana bagi meyakinkan rakyat Sarawak terhadap kecemerlangan Kepimpinan BN Sarawak.

Blog GR tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan khas iaitu 'Gelombang Transformasi Sarawak' di blog saya..

Di harap pihak Tuan dapat membantu untuk mempromosi blog saya..

SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/