saya melihat semua blog pembangkang ada main kan isu kononnya mengatakan Dato Ibrahim Ali atau Tok Him lumpuh,ada juga yang mengatakan cepat mati lagi bagus...betul ker ???
semalam saya bersama Armand Ketua Wira Perkasa,serta Rakan-Rakan Blogger Wangsa Maju yang lain pergi ke rumah Tok Him untuk melihat sendiri adakah betul Tok Him lumpuh dan macam-macam lagi tuduhan yang di berikan pembangkang...blogger terkenal,The Flying Kick pun ikut serta sekali bersama kami
masa saya sampai hujan renyai-renyai,kami di sambut oleh P.A Tok Him dengan senyuman mesra dan bila saya masuk jer rumah tu saya terkejut dan saya berkata dalam hati '' diaorang kata Tok Him Tenat,aku tengok ok jer,sihat jer"rupa-rupanya Tok Him sihat dan senyum lebar nya menyambut kedatangan kami.
selepas itu kami salam dan bertanya khabar Tok Him.kami pun bersembang dengan Beliau.rupanya beliau ni peramah sangat.kami tak sempat nak tanya pasal soalan BONUS tu Beliau menjawab"saya dah dengar macam-macam semua tomahan dari pihak sana.saya pun terkejut.saya sihat Alhamdulillah"
macam-macam yang Tok Him cerita kan kepada kami,Tok Him masih mempersoalkan beberapa dasar kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan orang Melayu.
"Kampung Bharu bukan show-case."
"Apa kaitan Sun Yat Sen dengan sejarah Malaysia,sekalipun untuk produk pelancongan kerana produk pelancongan biasanya bercirikan tempatan ??? Tempatan sangat ke Sun Yat Sen."
"Mana muzium pahlawan-pahlawan Melayu ??? Mana muzium Mahajaralela Perak,mana muzium Tok Janggut Kelantan,mana muzium Mat Kilau Pahang,mana muzium Rosli Dhobi Sarawak, mana muzium Panglima Mat Salleh Sabah ???"
"Apa motif Koh Tsu Koon menghadiahkan RM150,000 untuk pembinaan Muzium Sun Yat Sen di Pulau Pinang ???"
dan isu yang lepas di Parlimen,apa yang berlaku tomahan dari YB Batu Sapi yang mengatakan beliau duduk dan tak menghormati Dewan Rakyat ada lah tidak benar.cerita sebenar nya ialah semasa tu Beliau tengah menjawab panggilan dari Isteri dan beliau tak dengar yang speaker panggil berdiri,sebelum tu Beliau mengaku,beliau sakit dada masa duduk serta kaki kebas,masa Ahli Parlimen berdiri,selepas menjawab panggilan tu sebenar nya beliau sudah berdiri.."tetapi,kenapa pulak pembangkang tak buka pekung sendiri ???ahli pembangkang terpekik terlolong.bahasa kurang ajar dan macam-macam lagi,tak ada sapa pulak yang nak buka cerita dari blog pembangkang sendiri.itu pun nak jadi isu".itulah cerita sebenar dari Beliau.
macam-macam lagi sebenar nya yang di ceritakan tapi kalau nak tulis panjang sangat.di akhir perbualan kami Tok Him berpesan
"Cakapkan kepada mereka,saya semakin sihat dan tidak lama lagi akan comeback.Jangan pula tak senang hati bila saya dah muncul kembali."
TUNGGU...TOK HIM AKAN BERAKSI KEMBALI PADA DISEMBER INI
Bak kata Dato' Seri Nazri Aziz,"Sunyi Tok Him tak ada di Parlimen".
terima kasih kepada Tok Him kerana sudi menerima kehadiran kami dengan senyuman mu..
saya nak jelas kan di sini supaya anda tidak terkeliru nanti.Perjuangan saya tetap bersama UMNO.saya akan tetap membantu PERKASA,demi keutuhan dan kekuatan Agama,Bangsa dan Negara.
POST BY WAYNE..
No comments:
Post a Comment