Monday, December 27, 2010

Blogger dibayar RM30.000, Anda berminat?



Saya tak fikir PBB terlalu bodoh sehingga berbelanja berjuta-juta ringgit, Kalau sekadar untuk berperang dengan maklumat anonymous dari Sarawak Report atau Radio Free Sarawak (RFS). Itulah dakwaan blogger PKR Sarawak yang hauskan perhatian, kononnya PBB ketakutan dengan RFS dan Sarawak Report, hingga sanggup mengupah ribuan ringgit untuk blogger menjawab isu yang telah ditimbulkan. Alangkah dangkalnya tafsiran itu.

Jika PBB mengupah blogger untuk menulis blog, tentunya bukan untuk membuang masa dengan Sarawak Report dan RFS. Ada banyak isu lain yang boleh ditulis dan perlu diberi perhatian...

Jika PKR benar-benar memiliki bukti yang kukuh, silakan buat laporan sendiri dan press conference. Baru Bian pasti faham proses siasatan dan pengadilan, bukan sekadar mengutip maklumat yang anonymous. Baru Bian juga perlu rasional, jika isu melibatkan undang-undang bukanlah untuk dibahaskan oleh para blogger demi menentukan siapa benar, siapa salah.

Siapakah yang cukup waktu untuk dibuang begitu saja, jika sekadar berbahas dan berperang dengan blog anonymous seperti Sarawak Report. Apakah keputusan undang-undang perlu ditentukan oleh blogger? Namun itulah permintaan tolol yang dicabar oleh blogger PKR Sarawak.

Penyokong PKR mengatakan mahkamah dikawal oleh Taib Mahmud. Ironisnya Baru Bian telah menang beberapa kes tuntutan terhadap kerajaan negeri. Jika benar mahkamah dikawal oleh Taib Mahmud, ertinya kemenangan kes tuntutan NCR bukanlah sebab Baru Bian, tapi Taib Mahmud sengaja memberi tanah-tanah tersebut kepada plaintiff. Anda pasti tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi anda boleh fikirkan sendiri.

Saya kutip maklumat dibawah, sebagai contoh. Apakah kita boleh percaya sumber seperti ini? Perlukah laporan dan siasatan dibuat jika maklumat anonymous dibawah berupa tuduhan atau unsur jenayah?

Jika benar, saya dan rakan-rakan pasti berbaris di hadapan pejabat PBB...


No comments: