Alahai Wan Azizah! sanggup kau kata Anwar Ibrahim adalah "anugerah tuhan" kepada rakyat? Bila kau kata begitu aku terus teringatkan isteri-isteri Ayah Pin. Aku juga teringatkan Khadijah Am, isteri allahyarham ustaz Ashaari Muhammad. Kau dah kelihatan serupa dengan mereka. Isteri-isteri yang bukan sekadar terlalu kasih dan sayang tetapi terlalu taksub terhadap suami. Kemudian kau juga mahu agar ketaksuban itu turut dikongsi dan dirasai oleh pengikut PKR. Dulu, keempat-empat isteri Ayah Pin juga percaya Ayah Pin adalah "anugerah tuhan" untuk memiliki 'kerajaan langit'. Ayah Pin is the chosen one, kata mereka. Ayah Pin mempunyaidirect contact dengan syurga. Ayah Pin adalah jelmaan nabi Isa, buddha, shiva dan nabi Muhammad.Dulu, Khadijah Am juga kata begitu. Suaminya ust. Ashaari adalah "anugerah tuhan". Yang dipersiapkan tuhan sebagai pemuda Bani Tamim yang akan menjadi mujaddid akhir zaman. Dia juga yakin Abuya dianugerah karamah dan mendapat ilmu dari ilham dan isyarat ghaib. Dia juga adalah orang yang terpilih yang boleh berdialog dengan Rasulullah.
Sekadar mengingatkan.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
.....terutama kepada manusia yang bernama lelaki dan suami.
No comments:
Post a Comment