Mengamuk betul nampaknya Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan, yang banyak kuat berlakon pada ketika dahulu, dekat Ketua Pembangkangnya, Anwar. Dahulu menghempas pulas nak kelentong rakyat dengan lakonan hebat yang dibuat semasa ditahan pihak Polis kerana buat ribut dan kelam-kabut.
Sekarang ni Gobalakrishnan nak Setiausaha Agung Parti, Saifuddin Nasution merujuk Anwar ke Jawatankuasa Disiplin pula. Hebat betul Gobala ni nak mengheret Ketua Pembangkang, Anwar ke Jawatankuasa disiplin kerana kurang memberi perhatian terhadap kaum India katanya.
Naik Angin betul Gobalakrishnan kerana setelah 12 tahun beliau serta pimpinan parti yang lain bekerja keras dalam perjuangan parti akhirnya di persia-siakan oleh Ketua Pembangkangnya, Anwar. Tidak cukup dengan mengheret Anwar ke Jawatankuasa Displin, Gobalakrishnan menghentam, mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan Timbalan Presiden baru PKR, Amin Ali dalam akaun Twitternya.
Gobalakrishnan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar, pernah mencabar beliau untuk keluar parti dan menyertai Barisan Nasional. Gobalakrishnan dengan lakonan terbarunya pula mengatakan yang beliau tidak akan keluar parti dan tidak akan lari dari masalah dalaman parti yang didakwa hanya memberi kebaikan terhadap Anwar sahaja dan bukannya ahli parti PKR.
Gobalakrishnan mendakwa juga penglibatan Kaum India meliputi 40 peratus ahli dalam PKR tetapi kurang memberi perhatian terhadap kaum India katanya. Bekas calon Naib Presiden, Gobalakrishnan tetap tidak puas hati kerana hanya mereka yang rapat dengan Anwar sahaja dilantik mengisi jawatan-jawatan dalam parti katanya.
Baru dia kena buku dengan ruas....!!!! Terlibat dengan parti masalah....jadi masalah la...!!!
No comments:
Post a Comment