SYABAS BLOGGER RAJAHMAS....
Baru-baru ini Blogger Ternama Sarawak seperti HORNBILL UNLEASHED, DAYAKBARU, SARAWAK HEADHUNTER, Zulhaidah dan beberapa blogger lain membangkitkan isu protest masyarakat Luar Negara terhadap Ketua Menteri Sarawak di Oxford UK berkenaan masalah kaum Penan oleh Kerajaan Negeri.
Kebanggaan blogger pembangkang Sarawak ini dapat dijelaskan dengan penulisan yang memperincikan keadaan protes serta campurtangan ahli Parlimen Inggeris, Horwood Martin yang menulis surat kepada Peihin Sri Taib Mahmud ketika kunjungan Ketua Menteri itu di sana.
Mr Horwood juga mendesak Ketua Menteri untuk 'menghentikan penebangan dan pembangunan lain di tanah Penan tanpa persetujuan mereka, diinformasikan mengikut undang-undang antarabangsa dan memastikan bahawa wanita Penan serta anak mereka terpelihara dari kekerasan seksual dan sesiapa yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.
Antara lain disenaraikan bentuk pencabulan terhadap kepentingan masyarakat Dayak oleh Kerajaan Negeri dalam (salah satu contoh - blog Dayakbaru) seperti berikut;

- Perampasan Tanah Adat atau NCR.
- Pencabulan/merampas hak kependudukan dan kebebasan untuk bermastautin.
- Merampas hasil hutan serta keluarannya.
- Merampas kehidupan masa depan masyarakat Dayak serta kaum keluarga mereka.
- Juga merampas kehidupan anak cucu serta keturuanan mereka.
Terima kasih diucapkan kepada penulis blog yang bertaraf Doktor ini. Keprihatinan serta usaha yang dibantu benar-benar dapat dilihatkan kesungguhannya dalam artikel-artikelnya yang lain. Malangnya, kapasiti beliau sebagai pembangkang menunjukkan dirinya tidak terlepas dari kepentingan dan agenda tersendiri membelakangi fakta dan hakikat sebenar, apa yang diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri Sarawak yang berjaya.
Kecacatan perjuangannya terlalu jelas, pandangannya cukup bernas tetapi terlalu jumud kepada satu kaum sahaja di Sarawak seolah-olah negeri ini tidak didiami oleh kaum lain. Begitu juga dengan penulis blog politik Sarawak lain yang 'terkenal'. Tidak wujudkah masyarakat lain dalam kotak pemikiran mereka ini? Perjuangan ala 'Handycapped minded' ini hanya akan merosakkan Sarawak serta membawa perpecahan sekaligus membawa kepada keterencatan pembangunan sosial dan ekonomi negeri Sarawak.

Merosakkan! Ikon pelancongan negeri Sarawak yang dieksploitasikan menjadi Ikon kebebasan Politik di Sarawak.
Ketua Menteri menjadi sasaran dan mangsa politik ketika lawatannya. Siapa yang menghasut dan merosakkan imej pemimpin sendiri jika bukan kalangan pembangkang ini?
Budaya 'Fight for Human Rights'. Menuduh pemimpin kita sebagai pencuri dan perampas. Mereka ini tidak tahu-menahu tentang apa sebenarnya berlaku di Sarawak.
Inilah satu contoh Badut Eropah yang membuat demonstrasi berdasarkan apa yang mereka dengar memalui pandangan satu pihak sahaja. Kononnya mereka inilah pejuang untuk kaum Penan yang tertindas di Sarawak.
Tidak pernahkan kita melihat kepada Sejarah bahawa mereka inilah keturunan Penjajah Inggeris dan Perampas hak masyarakat Pribumi YANG SEBENAR semasa Sarawak di bawah jajahan Rajah Brooke dulu?
Inilah idola para pembangkang Sarawak kini...
Campurtangan ahli politik Barat atau mana-mana pihak daripada luar negara tentang isu politik itu sendiri adalah pencabulan terhadap hak pentadbiran mana-mana negeri dalam Malaysia. Bagaimana mereka boleh mencampuri urusan yang menjadi hak Kerajaan Negeri sedangkan mereka tidak dipertanggungjawabkan sedikitpun dalam isu yang dibangkitkan?
Apakah jika Dayakbaru, Sarawak Headhunter, Zulhaidah serta lain-lainnya menyokong perlakuan demonstrasi oleh Barat, mereka juga akan turut bersetuju jika Barat mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri? Itulah niat sebenarnya, supaya Barat terus memberi tekanan kepada pemimpin kita sendiri agar tunduk dan patuh kepada desakan mereka.

Inilah budaya politik yang tidak sihat. Jangan jadikan perancangan pembangunan dan ekonomi negeri balik ke arah 50 tahun lepas. Bukan mudah untuk mentadbir satu kerajaan yang besar menyamai hampir seluruh semenanjung Malaysia. Juga bukan satu tugas mudah untuk membawa kemajuan di Sarawak hampir seiring dengan negeri-negeri maju di Semenanjung Malaysia lain.
Percaturan politik berasaskan kepentingan untuk satu kaum sahaja tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kerajaan Negeri telah merancangkan pelan ekonomi kepada seluruh rakyat di Sarawak tanpa mengira kaum dan agama. Buktinya, keadaan politik di Sarawak adalah yang paling stabil di Malaysia dan tiada konflik politik seperti yang berlaku di sesetengah negeri yang lain.
Benarkah perjuangan blogger serta pemimpin Pembangkang yang lainnya menjurus kearah kemajuan yang lebih baik berbanding Kerajaan Negeri memadai dengan mempolitikkan isu dan memainkan sentimen terhadap kerajaan negeri? Apakah kita patut meletakkan kepercayaan mentadbir sebuah kerajaan dengan hanya bergantung kepada spekulasi pembangkang?

Kita tahu buruk baiknya sesuatu yang dinamakan pembangunan. Ianya tidak akan dapat dicapai jika pokok tidak ditebang, tanah tidak diusik dan penduduk tidak dialihkan ke penempatan lain. Ironinya, dalam keadaan para pembangkang Sarawak ini yang begitu banyak menuntut hak keseimbangan dan pengagihan yang adil dalam pembangunan seperti yang dikecapi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, mempersoalkan perancangan ekonomi Kerajaan Negeri, mereka juga mempersoalkan ke mana hasilnya dan untuk apa ia telah dibelanjakan...
Jika pada masa yang sama mereka menentang 'pencabulan tanah adat', 'pencabulan hak pribumi Sarawak', 'pencabulan terhadap keturunan pribumi Sarawak', jelaskanlah satu persatu, apakah tindakan yang sepatutnya dibuat untuk memajukan Sarawak yang 75% masih lagi hutan? Apakah baik jika dibiarkan keadaan dan persekitaran kita kekal seperti puak nomad selama-lamanya?

Rajahmas bukan perjuangkan kepentingan pemimpin tertentu tetapi membela sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin Kerajaan Negeri. Janganlah sehingga memalukan diri sendiri dengan menyokong usaha mengaibkan pemimpin kita. Siapa Ketua Menteri Sarawak kepada masyarakat dunia jika bukan kita yang memilihnya?
No comments:
Post a Comment