Sunday, January 18, 2009

Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN

1) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

2) “Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” . Calon yang diketengahkan itu dilihat oleh rakyat KT sebagai seorang yang tidak peramah, kurang mesra rakyat dan personaliti yang agak sombong. Sikapnya jauh berbeza dengan bekas MP Allayarham Datuk Razali yang begitu disenangai oleh rakyat KT.

3) Kekalahan ini juga signal yang jelas kepada BN supaya mereka mengubah tektik berkempen dan lebih menekankan kepada konsep mesra rakyat. Sikap sesetengah pemimpin di peringkat bahagian juga perlu diambil kira oleh Parti BN agar calon yang bertanding mendapat sokongan menyeluruh rakyat.

4) Biarlah kekalahan ini menjadi tauladan kepada BN supaya mereka dapat mencari iktibar dan kelemahan dalam parti bagi melonjakkan lagi BN di mata masyarakat. Saya ingin mengucapkan syabas kepada YB Datuk Sri Najib dan seluruh team BN di KT kerana telah bekerja keras untuk mengekalkan kerusi BN di KT. Mungkin ALLAH mahu menguji sejauh mana keikhlasan BN dalam membawa kemajuan kepada rakyat. Itu adalah Takdir dan kita tidak boleh mengubahnya.

1 comment:

rantong said...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".