Selepas pembantengan Bajet 2009 pada 26 Ogos yang lalu, terdapat desas desus yang mengatakan bahawa bajet itu tidak mendapat tempat di hati pengguna (masyarakat). Bajet itu disifatkan lemah dan juga berunsurkan politik. Mereka juga melebelkan bajet itu sebagai membazirkan wang kerajaan untuk tujuan yang belum tentu mandatangkan keuntungan dan keberkesanan. Itu adalah dakwaan sesetengah pihak yang mana mereka belum dapat memahami sepenuhnya apa yang terkandung dan tersirat dalam bajet tersebut. Namun sebagai anak Malaysia yang prihatin, saya melihat Bajet 2009 itu adalah bajet yang begitu menekankan aspek bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah yang sememangnya begitu tertekan dengan krisis makanan dan juga kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Antara intipati dalam bajet tersebut adalah meningkatkan mutu perkhidmatan awan, membantu golongan yang berpendapatan rendah dengan penghapusan cukai-cukai, meningkatkan mutu jaringan pengangkutan antara luar bandar, kampung dan kawasan pendalaman, bantuan kepada petani dan juga menbantu golongan peniaga. Bagi saya ini adalah untuk kesenangan dan kemudahan rakyat dan bukannya membazir wang kerajaan.
Saya berharap agar pihak yang berkenaan perlu berani menerima ketelusan pihak kerajaan dalam menjalankan amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara. Bajet ini juga merupakan hadiah kerajaan kepada rakyat selepasa negara mencapai kemerdekaan yang ke-51.

2 comments:
tahniah! anda telah berjaya
(den2020)
tahniah,anda telah berjaya
Post a Comment