Wednesday, September 24, 2008

ISA perlu dipertahankan.

ISA merupakan satu akta yang perlu dipertahankan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana:
1) menjaga keamanan negara dari unsur-unsur finah dan juga berbaur perkauman.
2) menjaga negara dari aspek keganasan.
3) menyekat mana-mana pihak yang cuba mengangu gugatkan kemanan negara.

Kalau takut ISA jangan buat perkara yang boleh melibatkan anda di ISAkan.

Thursday, September 18, 2008

Peralihan Kuasa Telah Bermula….

Pada hari ini kita telah melihat dan mendengar bahawa Pak Lah telah menyerahkan jawatan yang penting dalam kerajaan kepada orang nombor duanya iaitu jawatan Menteri Kewangan Pertama. Manakala portfolio Menteri Pertahanan telah di ambil alih sendiri oleh Pak Lah. Ini membuktikan bahawa peralihan kuasa itu akan bermula dari semasa ke semasa sehingga lah tahun 2010. Ini juga membuktikan bahawa Pak Lah benar-benar ikhlas dalam proses peralihan kuasa ini. Semua pihak tidak seharusnya mempersoalkan peralihan kuasa ini kerana ia telah diputuskan oleh Majlis Tertingi UMNO dan juga Kabinet. Isu ini tidak seharusnya dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang hanya menguntungkan pihak pembangkang. Sepatutnya pemimpin-pemimpin kerajaan harus memikirkan cara atau kaedah yang terbaik untuk mentadbir urus dan membaiki ekonomi Negara yang agak goyah akibat ketidakstabilan politik semasa dan kejatuhan saham-saham dunia.

TECK LEE BUAT HAL LAGI…

Selepas mengemparkan negara dengan kenyataan bahawa parti SAPP tidak percaya kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri, Teck Lee telah mengumumkan bahawa parti tersebut telah keluar dari Barisan Nasional. Bekas ketua menteri Sabah ini boleh disifatkan sebagai katak yang suka melompat untuk mencari makanan. Bila ada makanan mewah beliau akan melompat untuk berebut mangambil makanan tersebut walaupun terpaksa mengadaikan maruah dan memperjudikan nasib rakyat yang telah menaruh harapan kepada Barisan Nasional untuk memperjuangkan nasib mereka. Lihatlah dunia, betapa rakusnya manusia itu sehingga sanggup mengadaikan maruah untuk mencari keuntungan peribadi.

Wednesday, September 17, 2008

Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April

Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.

23 April

Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.

Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.

24 April

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".

25 April

Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.

28 Jun

Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.

3 Julai

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.

10 Julai

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.

31 Julai

Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

26 Ogos

Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.

8 September

Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.

12 September

Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.

15 September

Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

16 September

Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.

17 September

Anwar telah menjadi raja Pembohong Malaysia. Tahniah Anwar!!!!!!!!

Tuesday, September 16, 2008

Keday Makan d'N Selera Kpg Hilir


d' N Selera merupakan salah sebuah kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis lauk pauk untuk dinikmati. d'N Selera juga menyediakan kemudakan Catering untuk majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis kawin dan sebagainya. Untuk tempahan sila berhubung dengan En. Abg Norin bin Abg Norudin (0194387183)

waktu urusniaga : 5.00 petang-12.00 malam (Setiap hari)

Datanglah Beramai-Ramai........ nyaman eh.....

Angan Angan 16 September....



Suluruh Rakyat Malaysia....
Lihatlah angan-angan yang telah bertebangan,
Mencari suatu titik yang tidak kelihatan
Terus kabur dan semakin kabur,

Seluruh Rakyat Malaysia....
Lihatlah betapa angkuhnya manusia itu,
Mengaburi rakyat dengan janji janji yang kosong,
Menaburi rakyat dengan angan-angannya,
Dan hari ini 16 September , kebenaran terbukti jua,
Janji terus tinggal janji....

Seluruh Rakyat Malaysia....
Bangunlah dari angan-angan yang tidak kesampaian itu,
Bangkitlah untuk bersama-sama bersatu padu demi negara yang tercinta,
Menghapuskan fitnah dan omongan kosong manusia itu.

3 Sungey... Sri Aman

Kami Juara Futsal Sri Aman 2008



Pasukan D'N FC Sri Aman. Juara Futsal Bahagian Sri Aman dan Hari Belia 2008. Pengurus Pasukan is myself....

Perasmian MPUB Bahagian Sri Aman 2007



Perasmian MPUB Sri Aman telah berlangsung di Tapak Ekspo MPUB Sri Aman.

Pembentukan Malaysia

Hari ini merupakan hari bersejarah kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana pada hari ini lahirnya negara yang dinamakan MALAYSIA. Penyertaan Sarawak dan Sabah dalam pembentukan ini telah mengubah corak ekonomi dan sosial pribumi masyarakatnya. Banyak pembangunan telah dibawa masuk ke Sarawak dan Sabah. Any comment.................

Monday, September 15, 2008

Perletakan Jawatan Menteri Kabinet

Perletakan jawatan oleh Datuk Zaid sebagai menteri kabinet adalah langkah yang berani dan bertanggungjawab terhadap kenyataan beliau yang menentang penggunaan ISA terhadap mereka yang membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan juga isu agama. Tegasnya, tindakan itu hanya boleh digunakan ketika menghadapi ancaman penganas. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa isu yang dimainkan itu juga boleh mengancam ketenteraman negara dan akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan. Natijahnya, rakyat akan hidup dalam ketakutan dan perkara ini perlulah di hentikan dengan segera. Berani buat, Berani Tanggung. Sediri Tebang, Sendiri Pikul...

16 September

Adalah 16 September yang diwar-warkan oleh DSAI akan menjadi kenyataan atau terus menjadi angan-angan yang tidak mungkin kesampaian. Biarlah DSAI terus berangan-angan tetapi rakyat malaysia harus bangun dari mimpi ciptaan DSAI ini.

Friday, September 12, 2008

Program Penghayatan Kemerdekaan


Gambar Kenangan dengan Pengarah JASA Negeri Sarawak semasa program penghayatan kemerdekaan yang ke 51 di Dewan Suarah pada 26 Ogos 2008.

Bajet 2009

Selepas pembantengan Bajet 2009 pada 26 Ogos yang lalu, terdapat desas desus yang mengatakan bahawa bajet itu tidak mendapat tempat di hati pengguna (masyarakat). Bajet itu disifatkan lemah dan juga berunsurkan politik. Mereka juga melebelkan bajet itu sebagai membazirkan wang kerajaan untuk tujuan yang belum tentu mandatangkan keuntungan dan keberkesanan. Itu adalah dakwaan sesetengah pihak yang mana mereka belum dapat memahami sepenuhnya apa yang terkandung dan tersirat dalam bajet tersebut. Namun sebagai anak Malaysia yang prihatin, saya melihat Bajet 2009 itu adalah bajet yang begitu menekankan aspek bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah yang sememangnya begitu tertekan dengan krisis makanan dan juga kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Antara intipati dalam bajet tersebut adalah meningkatkan mutu perkhidmatan awan, membantu golongan yang berpendapatan rendah dengan penghapusan cukai-cukai, meningkatkan mutu jaringan pengangkutan antara luar bandar, kampung dan kawasan pendalaman, bantuan kepada petani dan juga menbantu golongan peniaga. Bagi saya ini adalah untuk kesenangan dan kemudahan rakyat dan bukannya membazir wang kerajaan.
Saya berharap agar pihak yang berkenaan perlu berani menerima ketelusan pihak kerajaan dalam menjalankan amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara. Bajet ini juga merupakan hadiah kerajaan kepada rakyat selepasa negara mencapai kemerdekaan yang ke-51.

Asalamualaikum....

Selamat datang ke Blog 3 Sungey..... Bersama-samalah kita menghadapi Perang Maklumat melalui blog ini dengan memberi komen-komen yang membina dan bukannya menghina... Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.....