Monday, September 8, 2014

PAS di Serang Oleh PKR dan DAP

KUALA LUMPUR 7 Sept. - DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor

Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah.

Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi.Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasio-nal (BN) berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri.

Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang mengarahkan Pre-siden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.

Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan Pas selain daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden Pas tersebut yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan Abdul Hadi keseo-rangan.

Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal.

"Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini.

Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak mempersoal kewibawaan Wan Azizah.

"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan beliau," katanya sinis.

Sementara itu, seperti juga Nik Nazmi, Ketua Penerangan Wani-ta PKR, Azura Aziz juga tampil mengecam Abdul Hadi tetapi beliau bertindak lebih jauh apabila menyifatkan Presiden Pas tersebut sebagai mengkhianati pakatan pembangkang.
"Siapa dia untuk mengatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu? Dia cuba meletakkan tiga nama daripada Pas dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat pakatan rakyat. Jika dia tidak berpuas hati dengan gabung-an pakatan, dia harus meninggalkan parti," katanya.



Thursday, September 4, 2014

AKTA HASUTAN MASIH RELEVEN


Portal yang kononnya "transparent" tapi lebih condong pada parti tertentu, Malaysiakini, semalam menyiarkan sebuah artikel tulisan Naib Pengerusi PKR, Hassan Karim, yang menulis atas tajuk "Merdeka tanpa Akta Hasutan".

Menulis panjang lebar, Hassan memberikan pelbagai alasan untuk menggesa supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan sama sekali dari negara berbilang agama, bangsa dan budaya ini.

Antara alasannya ialah akta berkenaan digubal di zaman penjajah, kononnya ia digunakan bagi menghukum kebangkitan orang Melayu yang menentang penjajahan British di zaman itu. Atas alasan itu, Hassan mendakwa Malaysia hanya akan benar-benar "merdeka" sekiranya akta tersebut dimansuhkan sama sekali di negara ini.

Persoalannya, adakah pandangan itu tepat dan Akta Hasutan 1948 itu wajar dihapuskan atas alasan kini dia digubal di zaman penjajah dan tidak relevan digunakan di zaman ini? Apakah sesuai akta itu dihapuskan di sebuah negara berbilang agama, bangsa dan budaya ini?

Apatah lagi dengan keadaan terkini di mana hasutan, fitnah, tohmahan dan provokasi semakin menjadi-jadi khususnya menerusi laman-laman sosial, apakah akta berkenaan wajar dihapuskan? Sekiranya akta tersebut dihapuskan, apakah mekanisma perundangan yang ada sekiranya ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk menghasut tentang isu yang mengugat keharmonian agama, bangsa dan budaya di Malaysia?
Misalnya, setelah ISA dihapuskan Kerajaan atas kehendak pihak parti pembangkang sebelum ini, maka banyak jenayah terancang, provokasi melampau, aktiviti militan dan pelbagai jenayah makin banyak berlaku secara terang-terangan, termasuk jenayah geng kongsi gelap.

Apabila pihak berkuasa agak sukar untuk mengekang kegiatan jenayah seperti itu dengan akta baru, SOSMA yang menggantikan ISA, pihak pembangkang menangguk di air yang keruh dengan menyalahkan pihak kerajaan. Dari tindak-tanduk dan analisis yang berlaku, jelaslah bahawa parti politik tertentu sengaja memperjudi dan menggadai keselamatan negara semata-mata untuk kepentingan politik mereka sahaja sedangkan keselamatan rakyat kini agak terancam, bukan?

Justeru, apakah kerajaan wajar menurut kehendak Hassan dan parti pembangkang yang mahu Akta Hasutan itu dimansuhkan segera? Untuk rekod, Hassan baru saja dibebaskan dari tahanan polis setelah diikat jamin atas dakwaan yang membabitkan Akta Hasutan.

Hassan telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menghina Sultan Selangor dalam satu kenyataannya di akaun laman sosial miliknya.

"Sultan jenis apa dia ni? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri dan kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram", kata Hassan yang dipetik dari akaun Twitternya sebelum itu.

Mungkin kerana itulah Hassan bermati-matian mahu Akta Hasutan dihapuskan agar dia terselamat atas pertuduhan tersebut dan seterusnya dibebaskan dari hukuman mahkamah? Islam juga melarang umatnya dari menghasut, bukan? Selalunya, hanya pencuri sahaja yang takut pada akta yang akan menghukum mereka. Adakah wajar kita hapuskan akta yang menghukum pencuri?Seperkara yang perlu diingat, hanya penghasut yang mahu Akta Hasutan dihapuskan, bukan? Wallahua'alam.


Sumber : KedahNews.com