Monday, June 21, 2010

Ke Mana Anwar Ibrahim Selepas Ini?



Ke Mana Anwar Ibrahim
Selepas Ini?


KUALA LUMPUR 20 Jun – DAP didakwa memulakan langkah untuk mencari pemimpin baru untuk memimpin pakatan pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin akan dihukum penjara kerana kes liwat. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, calon utama yang disokong serta dipromosikan oleh DAP sebagai Ketua Pembangkang yang baru ialah Datuk Zaid Ibrahim. Dakwa Zulkifli, ini kerana Zaid dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Anwar iaitu liberal serta tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya.

“Sebab itulah seorang pemimpin pakatan dari DAP mahukan seorang ahli Parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusinya.

“Dalam hal ini timbullah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berpendapat Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hilang kelayakan serta satu pilihan raya mesti diadakan.

“DAP melihat inilah peluang sekali lagi untuk menobatkan Zaid jika kerusi Parlimen Batu dikosongkan. Ini bagi memberi laluan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi ahli Parlimen,'' dakwanya dalam entri terbaru di dalam blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com. Dakwa Zulkifli, beliau juga mendapat maklumat, jika ada ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan, maka eloklah kerusi itu dikosongkan. Sebab itulah, dakwa Zulkifli lagi, Karpal mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Parlimen Batu mesti dikosongkan.

“Apakah Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya Gobalakrishnan juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai ahli Parlimen.

“Malah tersebar bisik-bisik di kalangan mereka kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid dan Khalid memberi tumpuan kepada Selangor,” dakwanya. Beliau mendakwa, DAP membuat perkara ini memandangkan mereka sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan liwat dan kali ini hukuman lebih lama dari tempoh enam tahun iaitu hukuman yang telah dijalani sebelum ini.

Dakwanya, DAP perlu menyokong Zaid memandangkan pakatan tidak mempunyai alternatif lain di mana Pas tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang yang mempunyai paling ramai ahli Parlimen iaitu 28 orang. Beliau turut mendakwa, DAP juga tidak boleh menerima sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau adapun alternatif ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali tetapi Pas dan DAP tidak pernah terfikir pun pakatan itu akan dipimpin oleh Azmin kerana usianya yang masih muda walaupun beliau berkaliber.

“Calon yang boleh diterima oleh DAP serta Pas ialah Zaid yang merupakan anak emas kepada DAP untuk menggantikan Anwar dan kehendak parti itu mesti dituruti kerana mereka yang dominan dalam pakatan sekarang,” dakwanya. Zulkifli juga mendakwa, memang menjadi stail kepimpinan pakatan terutama di kalangan firaun-firaun kecil yang mahu setiap masa ada isu demi survival politik dan dengan lebih banyak pilihan raya kecil lebih baik bagi mereka.


Ulasan Saya

1. Izinkan saya memberi sedikit pandangan yang mungkin agak berbeza dengan pandangan media arus perdana. Saya kurang bersetuju dakwaan kononnya Anwar Ibrahim akan dipenjara lebih lama daripada hukuman yang diterimanya sebelum ini. Marilah kita bertanya, berapakah umur Anwar Ibrahim sekarang? 40? 50? atau 60? - hakikatnya dengan umur beliau yang sudah pun menghampiri usia 70 tahun adalah mustahil beliau sanggup untuk sekali lagi dihumban ke penjara. Anwar tidak mungkin sanggup berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan beliau pasti akan mencari jalan lain untuk terus hidup sebagai hero dan juara rakyat.

2. Menurut hemat saya - Anwar Ibrahim akan cuba mendapat suaka politik, sama ada di Amerika Syarikat mahu pun di negara-negara yang bersimpati dengan nasibnya. Lupakah kita terhadap Raja Petra yang sehingga kini masih sukar dijejaki? Siapakah manusia yang begitu hebat sehingga berjaya menyorok pemilik laman web Malaysiakini itu daripada terus diburu oleh polis Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kecekapan dan ketangkasan selama ini. Hanya campur tangan Yahudi, CIA atau FBI sahaja yang berupaya meyembunyikan jejak Raja Petra daripada diketahui umum. Insan di Malaysia yang mempunyai pertalian rapat dengan CIA dan Yahudi hanyalah Anwar Ibarahim. Tidak mustahil Anwar Ibrahim terlibat sama dalam usaha menyembunyikan Raja Petra di luar negara!

3. Justeru itu, Anwar Ibrahim tidak akan sanggup ke penjara semula. Beliau akan melakukan apa-apa sahaja bagi menyelamatkan masa depan politiknya. Ke penjara sekali lagi - bermakna neraka untuk dirinya. Hati kecil saya tetap merasakan bahawa Anwar akan didapati bersalah kerana meliwat Saiful, namun demikian Anwar tidak akan berdiam diri dan menerima bulat-bulat hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya - beliau pasti akan melawan. Walau bagaimana pun cara beliau melawan, tidaklah sama dengan kaedah yang digunakannya 10 atau 15 tahun yang lalu. Kini, Anwar mempunyai rangkaian dan hubungan yang luas dengan organisasi perisikan yahudi antarabangsa, lantaran itu usaha beliau untuk melarikan diri ke luar negara adalah sangat mudah dan terancang.

4. Oleh yang demikian, saya mengingatkan pihak berkuasa Malaysia - bermula hari ini, kita perlu lebih berhati-hati. Saya yakin dan percaya - Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara demi menyelamatkan dirinya!

5. Berhubung usaha DAP untuk menjadikan Zaid Ibrahim sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim merupakan satu tindakan yang jelas dan bukti yang nyata, sesungguhnya Karpl Singh dan barisan peguam Anwar tahu akan hakikat kebenaran yang menyelubungi kisah antara beliau dengan Saiful Bukhari. Karpl Singh sudah tidak berupaya lagi untuk mempertahankan Anwar - segala ilmu putar alamnya sudah digunakan, namun demikian ia tetap gagal menyelamatkan Anwar. Cara terbaik untuk Anwar menyelamatkan diri hanyalah dengan cara melarikan diri ke luar negara! Itu sahaja. Wallahualam.

No comments: