Monday, June 21, 2010

Jangan musnahkan kerajaan BN yang baik, kata Taib

BALINGIAN: “Jangan ke-rana bencikan pemimpin tertentu dek termakan hasutan pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baik hendak dimusnahkan,” tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

MULA: Taib melepaskan tembakan ke udara untuk memulakan Perlumbaan Bot Panjang 3.3 Kuasa Kuda 56 Kilogram Ke Atas Tertutup Akhir 3 Pusingan sempena Pesta Bederun di Balingian, semalam. Turut kelihatan ialah (dari kanan) Residen Mukah Saudi Narani, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie dan Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

MULA: Taib melepaskan tembakan ke udara untuk memulakan Perlumbaan Bot Panjang 3.3 Kuasa Kuda 56 Kilogram Ke Atas Tertutup Akhir 3 Pusingan sempena Pesta Bederun di Balingian, semalam. Turut kelihatan ialah (dari kanan) Residen Mukah Saudi Narani, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie dan Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu berkata, sepanjang 46 tahun menceburi dunia politik pelbagai ragam pembangkang beliau temui, namun realiti pemimpin yang baik tetap diterima rakyat tidak dapat di-sangkal.

“Bak kata pepatah ‘kerana gigitan seekor nyamuk, sebuah kelambu yang melindungi diri semasa tidur lena selama ini hendak dibakar’.

“Jika dibakar, apa lagi tempat berlindung daripada gigitan nyamuk selepas ini?

“Manusia tidak akan tahu erti puas apabila tidak ber-syukur. Tidak diberi, marah. Bila diberi, dikatakan tidak cukup. Bagaimanapun, saya percaya hanya sedikit yang tidak baik di kalangan kita. Bahkan, andai dicatat sekalipun (bilangan yang tidak baik),” ujarnya.

Berucap merasmikan Pesta Bederun di Tebingan Sungai Balingian, di sini petang semalam, beliau membidas pemimpin pembangkang yang berhujah di Dewan Undangan Negeri secara hentam keromo.

Menurut beliau, pembangkang kian ketandusan modal untuk menempelak wibawa kerajaan dengan hanya meng-utarakan tuduhan kerajaan negeri menyeleweng duit rakyat tetapi apabila diminta mengemukakan bukti me-reka berdiam diri.

“Saya tidak mengatakan sayalah pemimpin terbaik. Saya juga manusia biasa. Jika saya tidak baik kepada negeri ini, parti yang dipimpin dan rakyat keseluruhan, adakah saya akan kekal sebagai Ketua Menteri sehingga sekarang?

“Sama ada saya bertanding atau tidak dalam pilihan raya negeri akan datang bukan perkara pokok. Saya bersedia berpolitik untuk mempertahankan kerajaan BN yang baik ini. Saya sayangkan keharmonian negeri ini serta rakyat yang bersatu hati,” jelasnya.

Ucapan yang membayangkan beliau bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian dalam pilihan raya negeri akan datang itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 pengunjung Pesta Bederun.

Taib mengakui beliau mempunyai perancangan besar untuk pembangunan fizikal daerah kecil ini dengan memberikan gambaran bahawa anak-anak tempatan akan mengisi pelbagai jawatan kerja bergaji lumayan di sini menjelang 2030.

“Menyentuh permintaan untuk membina tembok di Tebingan Sungai Balingian ini, saya akan memperincikannya dahulu.

“Saya tidak mengatakan tidak dan tidak menjanjikan ya. Saya mahu kita sama-sama memikirkan apa jenis bandar yang sesuai dibina di sini.

“Dahulu saya lakukan pembangunan terancang sebegini di Kota Samarahan. Saya memerlukan pelan Rancangan Utama agar segala yang ada di Kota Samarahan turut boleh disaksikan di sini meskipun memakan masa,” tambahnya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, ADUN Jemoreng merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie serta Residen Mukah Saudi Narani.

No comments: