Friday, October 24, 2008

HINDRAF: Ambil Tindakan Segera

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta polis mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang telahpun diisytiharkan oleh kerajaan sebagai pertubuhan haram.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat pada masa sama perlu turut memahami tentang bentuk-bentuk tindakan yang sepatutnya dikenakan ke atas sesebuah pertubuhan haram seperti Hindraf.

"Tindakan yang akan kita ambil ini rakyat mesti faham (tentang) apakah (bentuk) tindakan yang patut sebab Hindraf merupakan satu pertubuhan haram, jadi terpulang kepada polis atau pihak berkuasa lain untuk ambil apa-apa tindakan," katanya.

Mendesak

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan prapelancaran program Jualan Penjimatan Malaysia 2008 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Najib diminta mengulas tindakan terbaru penyokong Hindraf mengadakan perhimpunan di bangunan Parlimen semalam bagi mendesak kerajaan mengembalikan pasport antarabangsa pemimpinnya, P. Waytha Moorthy sedangkan pertubuhan itu sudah diharamkan.

Ditanya persepsi kaum Melayu bahawa seperti wujudnya layanan dwistandard terhadap Hindraf, Najib menegaskan, kerajaan telah pun bertindak ke atas pemimpin pertubuhan itu

No comments: