Takziah Atas Kematian Isteri YAB Ketua Menteri Sarawak Pada 29 Mei 2009.
SEMOGA ROHNYA DI TEMPATKAN DISISI ORANG YANG BERIMAN
....AMIN.....
....AMIN.....
Rakyat Pulau Pinang yang terlena dibuai angin bayu sambil disuap dengan 1000 janji manis Pakatan Rakyat terpaksa akur dan menelan kepahitan dek janji yang tak mampu ditunai. Malah rakyat terpaksa pula kini berdepan dengan pelbagai karenah dan tindakan yang menggila dari kerajaan negeri seperti saman, cukai dan banyak lagi disebabkan kerajaan negeri yang semakin ketandusan sumber kewangan. Adakalanya rakyat mula terfikir alangkah baiknya kerajaan terdahulu. Walaupun mereka ada makan duit tetapi hal kebajikan rakyat tidak pernah dipinggir. Bahkan lebih banyak peruntukan, pembangunan dan pelbagai wang ehsan telah dihulur kepada rakyat berbanding apa yang dinikmati rakyat. Mungkin kerajaan sekarang hanya mementingkan publisiti media dalam melaksanakan sesuatu aktiviti hinggakan sumbangan RM 50 pun digah ke seluruh dunia. Walau apa pun, rakyat sudah pun memutuskan siapa yang berhak mentadbir negeri selama tempoh sepenggal ini dalam PRU12 yang lalu. Suka atau tidak, rakyat perlu tunggu hingga PRU13 samada masih ingin kekal dengan kerajaan sedia ada atau sudah tidak tertanggung keperitan hidup di bawah tangan Pakatan Rakyat.| |
| NAJIB Tun Razak singgah minum di sebuah gerai makan semasa membuat tinjauan di Hentian Puduraya, di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, M.Saravanan (dua, kanan) dan Ahmad Fuad Ismail (dua, kiri). Terdahulu, Najib turut melawat sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. – BERNAMA |
Beliau kurang senang dengan kesesakan itu dan ketidakcekapan kemudahan awam semasa melakukan tinjauan selama sejam, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Najib, yang berpakaian kasual berkemeja warna perang dan seluar berwarna kuning air, tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat Semua House pada 3.20 petang, diiringi oleh Raja Nong Chik, timbalannya, Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.
Di Jalan TAR, yang terkenal dengan kedai-kedai tekstil dan barang kemas, Najib diberi taklimat oleh Ahmad Fuad mengenai cadangan tempat meletak kenderaan bertingkat berhampiran Semua House dan beberapa rancangan menaik taraf lain di situ.
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan di sepanjang lorong berkenaan sambil berhenti berbual dengan peniaga dan orang ramai.
Perdana Menteri kemudiannya menaiki perkhidmatan LRT yang penuh sesak ketika itu. Beliau terpaksa berdiri dari stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki ke Hentian Bas Puduraya yang juga sesak.
Najib turut berhenti di salah sebuah gerai di bangunan itu bagi mendapatkan minuman sejuk.
Beliau yang diiringi pegawainya, menarik perhatian orang ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan Perdana Menteri.
Seorang wanita yang ternampak kelibat Najib lantas memboloskan diri di tengah-tengah kumpulan orang ramai sambil berteriak: “Saya mahu ambil gambar Perdana Menteri saya”.
Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang.
Raja Nong Chik berkata, Perdana Menteri menyatakan pandangan berat tentang kurangnya fasiliti dan kesesakan di tempat-tempat tertentu dan mahukan penambahbaikan dilakukan segera.
“Beliau mengalami sendiri, dengan berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai, apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari, seperti kesesakan dan pelbagai kesulitan lain, di kawasan sesak.
“Beliau berkata masalah seumpama itu bukan petanda baik buat negara kita yang berusaha menjadi negara maju menjelang 2020.
“Beliau telah mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kementerian lain yang berkaitan menentukan kemudahan berkenaan dipertingkatkan demi faedah orang ramai,” katanya.
Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahu pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.
“Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain,’’ ujarnya.
“Beliau mahukan projek itu dijalankan semula secepat mungkin,” kata Raja Nong Chik.
Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.
Plaza Rakyat dirancang mempunyai tiga bangunan - 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 tingkat untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah.
Mengenai rancangan menaik taraf kemudahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan di Jalan TAR, Ahmad Fuad berkata, projek itu ialah tempat letak kereta bertingkat yang sudahpun bermula.
“Ia bangunan 13 tingkat dan dianggarkan menelan kos RM50 juta. Ia akan menempatkan tempat letak kereta bertingkat, pusat penjaja dan peniaga, dewan pelbagai guna dan ruang pejabat,” jelasnya.
sumber : BERNAMA
| |
| Rais Yatim (kiri) menyerahkan tugasnya kepada Menteri Luar yang baru, Anifah Aman di Wisma Putra, Putrajaya, semalam. |
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ingatan kali kedua itu mengukuhkan hujah bahawa institusi raja perlu mengikuti tahap tradisinya dan kepentingan Perlembagaan Persekutuan.
''Apabila bercakap tentang Satu Malaysia, institusi raja Melayu tidak boleh diketepikan kerana ia merupakan tonggak dan tiang seri kepada kenegaraan atau kerajaan itu sendiri.
''Ahli politik harus menerimanya dengan jelas terutama pihak-pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat sama ada melalui ucapan, blog atau media yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dokumen Serah Tugas kepada Menteri Luar yang baru, Datuk Anifah Aman di sini hari ini.
Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam.'
Sehubungan itu, Rais memberitahu, pihak beliau akan memberi penerangan tentang kedudukan institusi raja Melayu dalam masyarakat majmuk secepat mungkin.
''Kami akan mengusulkan titah Sultan Perak itu supaya kita dapat menghuraikan dari segi fahaman, penerimaan dan pelaksanaan kedudukan raja Melayu dalam masyarakat majmuk di negara ini," katanya.
-Utusan Malaysia 21.04.09-