Tuesday, April 28, 2009

Ramasamy akui kemiskinan tidak boleh dihapuskan. (Menipu lagi...)

Akhirnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat melalui Timbalan Ketua Menteri 2nya terpaksa mengakui bahawa adalah satu perkara yang amat sukar dan mungkin hampir kepada mustahil untuk menghapuskan terus kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Ini jelas membuktikan bahawa kempen yang selama ini dihamburkan kepada rakyat hingga membuahkan kemenangan kepada Pakatan Rakyat Pulau Pinang lebih banyak terarah kepada pembohongan dan tidak lebih hanyalah untuk menarik publisiti, perhatian dan sokongan rakyat kepada mereka.

Rakyat Pulau Pinang yang terlena dibuai angin bayu sambil disuap dengan 1000 janji manis Pakatan Rakyat terpaksa akur dan menelan kepahitan dek janji yang tak mampu ditunai. Malah rakyat terpaksa pula kini berdepan dengan pelbagai karenah dan tindakan yang menggila dari kerajaan negeri seperti saman, cukai dan banyak lagi disebabkan kerajaan negeri yang semakin ketandusan sumber kewangan. Adakalanya rakyat mula terfikir alangkah baiknya kerajaan terdahulu. Walaupun mereka ada makan duit tetapi hal kebajikan rakyat tidak pernah dipinggir. Bahkan lebih banyak peruntukan, pembangunan dan pelbagai wang ehsan telah dihulur kepada rakyat berbanding apa yang dinikmati rakyat. Mungkin kerajaan sekarang hanya mementingkan publisiti media dalam melaksanakan sesuatu aktiviti hinggakan sumbangan RM 50 pun digah ke seluruh dunia. Walau apa pun, rakyat sudah pun memutuskan siapa yang berhak mentadbir negeri selama tempoh sepenggal ini dalam PRU12 yang lalu. Suka atau tidak, rakyat perlu tunggu hingga PRU13 samada masih ingin kekal dengan kerajaan sedia ada atau sudah tidak tertanggung keperitan hidup di bawah tangan Pakatan Rakyat.
"GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, hari ini mengakui bahawa kemiskinan di Pulau Pinang tidak boleh dihapuskan tetapi bilangan mereka yang miskin boleh dikurangkan.Beliau berkata, kemiskinan adalah isu yang relatif dan sesiapa sahaja boleh menjadi miskin kerana pelbagai sebab dan apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika ini ialah membantu golongan itu.
Beliau juga mengakui bilangan mereka yang miskin boleh bertambah pada bila-bila masa.
"Setakat ini terdapat 728 keluarga miskin tegar yang didaftarkan di Pulau Pinang dan kumpulan itu telah selesai dibantu," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan terima kasih terhadap Yang Dipertua Negeri,Tun Abdul Rahman Abbas, pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian setelah beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan kenyataan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebelum ini bahawa kerajaan negeri berjaya menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang.
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Telok Bahang) berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tetapi mempertikaikan kenyataan ia telah menghapuskan kemiskinan tegar.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga seharusnya mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan dan agensinya untuk membantu golongan miskin tegar di negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, pula tidak bersetuju bahawa miskin tegar telah dihapuskan di negeri itu kerana masih ramai lagi penduduk di kampung termasuk di kawasannya, masih berada dalam kriteria itu.
"Kalau menggunakan jumlah 728 kata dah hapus miskin tegar, hal ini tidak betul sebab tak hapus lagi, banyak lagi orang di kawasan kampung yang masih berada dalam keadaan itu," katanya."
sumber : berita harian

No comments: