Wednesday, September 21, 2011

Soal balik: Tinggikah moral Anwar untuk persoal moral Papagomo?



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayan pendedahan klip video berwarna dalam sebuah blog yang didakwa membabitkan dirinya.

Beliau berkata, blog tersebut menjadi alat parti politik kerajaan untuk menenggelamkan isu penting yang dibangkitkan Pakatan Rakyat (PR).

Malah katanya, tindakan terbaru itu adalah usaha blogger terbabit untuk mengaitkannya dengan tuduhan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti yang pernah didakwa sebelum ini.

“Saya tak mahu layan lagi, buat apa kita layan blog yang diperalatkan Umno. Perkara ini sengaja dibangkitkan untuk tutup perkara penting yang kita suarakan seperti ekonomi, kezaliman dan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Keadilan Kedah, di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, semalam.

Sebuah akhbar semalam menyiarkan pendedahan sebuah blog :Papa Gomo: yang mamaparkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, sekiranya blogger berkenaan mahu mempersoalkan aspek moral terhadap dirinya, pengendali blog itu perlu terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan moral.

“Apa Papa Gomo kata soal moral ke? Moral ialah yang berkaitan dengan budi pekerti, minum arak, rasuah, zalim, aibkan atau fitnah orang. Itu barulah moral,” katanya. ~SH

No comments: