Tuesday, November 18, 2008

Harga beras ST5, ST10 turun

1) Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) diturunkan sebanyak 20 sen iaitu daripada RM2.80 sekilogram kepada RM2.60. Dalam pada itu, harga beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turut diturunkan harga silingnya kepada RM2.40 daripada RM2.70 sebelum ini iaitu penurunan 30 sen. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, harga beras ini merupakan barang yang dikawal oleh kerajaan dan harga baru ini sudah diwartakan semalam.

2) ''Pewartaan ini membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. Mustapa berkata, setelah dibuat pemantauan pasar raya didapati telah pun menurunkan harga beras. ''Bagaimanapun terdapat beberapa kedai runcit yang masih menjual pada harga lama,'' katanya.

3) Beliau memberitahu, mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992.

No comments: