Saturday, June 13, 2009

Pengkhianat BN telah sah menyertai PKR

Zaid Ibrahim sah sertai PKR

BANGI 13 Jun — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno pada Disember tahun lepas, hari ini disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengumumkan perkara itu pada sidang media sempena Kongres Nasional Khas PKR 2009 di sini hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keanggotaan Zaid ke dalam parti itu berkuat kuasa hari ini dan parti menerima kemasukan beliau sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan parti.

“Saya menganggap ini satu perkembangan yang amat positif dalam PKR. Tetapi saya perlu tekankan bahawa Zaid mempunyai pendedahan yang cukup baik bersama dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS, dan ini kita dapat manfaatkan supaya beliau dapat membantu memperkemas dan mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan,” katanya.

Anwar berkata sehubungan itu pada mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang akan datang yang dijangka membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan jentera sekretariat Majlis Pakatan pembangkang itu, beliau akan mencadangkan supaya Zaid dilantik bagi membantu sekretariat tersebut. Ditanya kedudukan Zaid dalam PKR, Anwar berkata disebabkan oleh kewibawaan dan pengalamannya, Zaid akan dilantik menganggotai Biro Politik parti serta ahli majlis kepimpinan pusat selepas parti mengadakan mesyuarat dan seterusnya mendapat persetujuan presiden.

Sementara itu Zaid yang turut hadir sidang media berkenaan berkata beliau menyertai PKR kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti itu. “Saya berterima kasih dengan pucuk pimpinan parti yang bersedia menerima saya sebagai ahli. Saya percaya jika diberi peluang saya akan berusaha untuk membantu Anwar dan pemimpin yang lain dan saya juga berminat untuk membantu mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan.

“Tetapi ini perlulah difikir dengan lebih lanjut oleh pemimpin PAS dan DAP, tetapi saya bersedia bantu supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi parti alternatif yang rakyat boleh benar-benar menaruh harapan,” katanya.

Zaid berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR dan selepas lama berehat dan hari ini adalah hari yang paling sesuai kerana ia juga hari yang dianggap bersejarah dalam PKR.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai PKR dan bukannya PAS atau DAP, Zaid berkata PKR adalah parti yang sesuai dengan beliau dan beliau tertarik dengan konsep multi-racial yang diperjuangkan parti itu.

Renungan : Dari dulu lagi aku tak percaya dengan pengkhianat ni. Macam mana pak Lah boleh ambil dia dan jadikan dia sebagai menteri. Baguslah kalau dia dah sertai PKR. Tak da lagi barua macam dia dalam BN

Sumber : Utusan Malaysia

Friday, June 12, 2009

PKR SARAWAK BERDEPAN DENGAN UGUTAN PENGHIJRAHAN KELUAR BERAMAI-RAMAI AHLINYA.

Pengerusi PKR BATANG SADONG DIVISION Sakawi Nahari semalam mendedahkan lapan bahagian jawatankuasa negeri baru akan berhenti PKR serta membawa bersama beribu-ribu penyokong-penyokong mereka jika ketua perhubungan negeri yang baru Mustaffa Kamil Ayup tidak membetulkan keadaan segera.

Ia dipercayai berpunca dari rasa tidak berpuas hati ketua-ketua bahagian itu kerana disisihkan daripada perbincangan ketika membentuk barisan jawatankuasa negeri. Enam daripada lapan bahagian pengerusi-pengerusi tidak dilantik dalam jawatankuasa oleh PKR. Hanya dua sahaja diberikan jawatan dalam parti tersebut. Ngemah Gabriel Adit dipilih sebagai ketua Majlis Kepimpinan Negeri yang bertanggungjawab penggubalan dasar manakala wakil rakyat Padungan Dominique Ng adalah penasihat negeri.

PKR sebenarnya tidak berniat untuk memilih wakil-wakil Sarawak tersebut sebarang tempat bagi jawatankuasa negeri. Sebelum ini pun PKR cuma menggunakan kedudukan mereka bagi tujuan meraih sokongan rakyat yang anti BN sahaja. Apa kelebihan yang terdapat pada setiap wakil sekiranya BN masih lagi kuat di kawasan mereka? Mungkin itulah sebabnya Anwar dan PKR tidak memandang mereka sepertimana wakil-wakil di semenanjung yang cukup kuat tentangannya di kawasan kekuasaan BN.

PKR hendak menguasai Sarawak sepertimana mereka menguasai Selangor. Kepimpinan cara PKR pusat dilihat lebih berkesan daripada kepimpinan wakil tempatan yang tidak menjanjikan sokongan yang tetap untuk merampas kerajaan negeri pada Pilihanraya umum yang akan datang. Anwar lebih mempercayai dirinya dan kepimpinan tertinggi di bawahnya untuk menggantikannya sehingga penyatuan ahli lama dengan ahli baru di Sarawak menjadi semakin baik. Bagaimanapun, apakah ia satu alasan untuk melantik Naib Presiden parti menjadi wakil Sarawak selaku Ketua Perhubungan Negeri?

PKR pusat seolah-olah tidak memerlukan orang-orang tempatan Sarawak menjadi ketua dalam pentadbiran parti di negeri sendiri. Bagi orang yang tahu, sudah pasti mereka tidak akan tertipu oleh janji pembangkang untuk memberikan mandat dalam menguruskan jentera parti di tempat sendiri. Ini isu lama, remeh…. tetapi bagi wakil-wakil PKR Sarawak yang mengidamkan jawatan selaku ketua perhubungan di sini, saya ucapkan takziah.

Rakyat Sarawak dipergunakan untuk kepentingan parti PKR. Terlalu kerap kita mendengar keluhan wakil-wakil yang tersisih daripada majlis ataupun mesyuarat parti. Ini baru pentadbiran parti, belum lagi jika PKR memerintah kerajaan negeri. Apakah mereka sanggup menjadi pak turut dalam urusan parti dan mengikut tanpa ada perbincangan dengan kepimpinan tertinggi mereka? Sekaranglah masanya untuk mengubah haluan daripada menjadi mangsa orang-orang yang berkepentingan politik seperti Anwar dan puak-puak PKR.

Jangan Pertikai Kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan

IPOH 11 Jun - Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.

''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.

''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan kepada para pemimpin negara bahawa mereka mempunyai tanggung jawab politik dan tanggung jawab kenegaraan.

''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,'' titah baginda.

Titah Sultan Azlan, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.

Pada masa sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.

''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.

Dalam pada itu, baginda menyuarakan rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.

''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.

''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.

''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.

Titah baginda, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.

Justeru, baginda berharap agar komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, June 4, 2009

PAS tidak ada niatbersama UMNO, BN tetapi rela di BACULKAN oleh DAP dan PKR

KUALA LUMPUR 3 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan pucuk pimpinan parti itu tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk membawa Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya beliau berkata, Pas akan terus dipertahankan daripada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keutuhan dan perpaduan parti.

''Saya ambil kesempatan di sini untuk sekian kalinya menegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk masuk UMNO dan BN.

''Saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda Pas bersama-sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini daripada sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jemaah kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor, Markaz Tarbiyyah Pas Taman Melewar dekat sini malam ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub; barisan exco serta 1000 hadirin yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.

Kenyataan Nasharudin itu merupakan reaksi pertama beliau apabila ada pihak yang menuduhnya terlalu liberal dengan UMNO.

Sejak dikaitkan dengan dakwaan tersebut, Nasharudin tidak pernah sekali membuat kenyataan, sebaliknya mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Nasharudin dalam ucapannya turut mengajak golongan muda dalam Pas menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran kerana parti itu terbentuk atas dasar yang ditetapkan oleh kedua-dua sumber utama dalam Islam itu.

''Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya daripada al-Quran dan as-Sunnah dan al-Quran dan as-Sunnahlah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh, siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana kita hendak berdamai," katanya.

Selain berperanan sebagai satu parti politik, beliau juga menyentuh fungsi Pas sebagai satu badan dakwah yang perlu menjalankan kerja-kerja dakwah.

''Kita sebagai dai (pendakwah) yang bertanggungjawab ke atas mad'u (pihak yang didakwah). Bila sebut mad'u semua yang di luar sana adalah mad'u kita.

''Kita harus mengajak mereka bersama kita berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi atau kefahaman apa pun yang mereka miliki," katanya.

Beliau juga berpesan supaya tidak berlaku laga melaga antara satu sama lain, berdusta hingga membongkarkan rahsia dan menjaga adab- adab berjemaah.

Dalam pada itu, beliau mahu semua pihak sedar bahawa kepimpinan merupakan amanah paling berat dan ia wajib diuruskan dengan cara yang betul dan benar.

Beliau berkata, walau diuji dengan pelbagai cabaran tidak terduga, pemimpin harus mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipertahankan.

''Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah objektif yang telah ditetapkan. Alhamdulillah Pas mempunyai produk Islam untuk disampaikan dan ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam,'' ujarnya.

Renungan : PAS lebih rela dibaculkan oleh DAP dan PKR dari menyertai BN. Mereka berfikiran bahawa BN adalah Kafir.

DATUK KAMARUDDIN JAAFAR (KJ)-S/U AGUNG

1. Bekas PTD dan kemudian menyertai UKM sebagai pensyarah. Amat rapat dengan AnWAR dari zaman ABIM. Pernah menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia serta s/u politik Tun Ghafar Baba semasa Tun Ghafar Timbalan Perdana Menteri.

2. Selepas meninggalkan sektor kerajaan, Datuk KJ menyertai dunia koporat dengan bantuan AnWAR. Datuk KJ menjadi pengerusi Lankhorst Sdn. Bhd., syarikat pembinaan kelas A bertaraf kontraktor wibawa. Peranan beliau ketika itu lebih banyak melobi mendapatkan projek-projek besar bagi Lankhorst serta mendapat faedah darinya.

3. Datuk KJ pernah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat awam (listed company) dengan memegang 30% syer kuota bumiputera dalam syarikat Westmond Berhad, yang dipunyai oleh Joseph Chong, salah seorang pembiaya AnWAR hingga kini. ( Syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Saham perlu mempunyai 30% pegangan bumiputera dan AnWAR cadangkan KJ kepada Joseph Chong tika AnWAR menteri Kewangan, lalu AnWAR sendiri luluskan penyenaraian syarikat tsb.) Adakah ini bukan rasuah?

4. Datuk KJ juga pernah menjadi Ahli Lembaga pengarah DiGi Bhd., syarikat telko 016 kepunyaan TS Vincent Tan, atas cadangan AnWAR. TS Vincent punya cabang perniagaan lain yang melibatkan perjudian. Semasa di DiGI, datuk KJ sering mendapatkan tajaan bagi program-program IKD yang dipengerusikannya. Persoalan di sini, apakah AnWAR menggunakan wang judi membiayai program-program ilmu IKD? Ahli PAS kena tau itu!

5. Datuk KJ juga pernah menjadi sebahagian dari projek Kuala Lumpur Linear City (KLLC) yang dibatalkan oleh Tun Dr. Mahathir selepas mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari AnWAR. Projek tersebut bernilai RM 2 billion yang mencadangkan pembangunan di sepanjang sungai di Kuala Lumpur. Projek ini dibatalkan selepas kajian semula harga dan mendapati ianya tidak semahal itu. Utk. rekod, projek ini diluluskan ketika AnWAR Menteri Kewangan.

W/pun telah melepaskan semua jawatan tsb. selepas 1998, manfaat yang diperolehi oleh Datuk KJ masih terasa hingga kini. Tatkala hampir semua sahabat ABIM AnWAR menyertai PKR pada 1999, AnWAR mengarahkan Datuk KJ menyertai PAS bagi membolehkan AnWAR menguasai parti tu kelak.

Kini PAS bakal menghadapi pertandingan paling sengit dalam Muktamar Tahunan di Stadium Malawati. Tentu saja Datuk KJ mempertaruh dan membiayai Datuk Husam sebagai calon pilihan AnWAR kali ini. Datuk KJ mempersiapkan Husam seperti UMNO beroperasi pemilihan parti, lengkap dengan bilik operasi, jentera bahagian, pusat dan negeri bagi menghadapi golongan ulama' yang tidak menyenangi pengaruh AnWAR dalam PAS.

Kebanyakan dari perwakilan PAS kali ini mendapat 'durian runtuh' hasil pertarungan Timbalan Presiden kali ini. Sumber 'durian runtuh' itu tentunya datang orang di sebalik tabir yang meletakkan Datuk KJ sebagai org harapannya dalam PAS. Jika Datuk KJ, dulu, kini dan selamanya dengan AnWAR, tidak mustahil sumber-sumber syak semakin menguasai PAS. Pasti hubungan dengan Joseph Chong, Vincent masih terjalin baik!

Kita optimis golongan ulama' menyedari perkara ini dan berusaha keras membendungnya. Cuma yang perlu kita renungi di saat UMNO/BN berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, PAS kini bergelut dengan kerenah ahlinya sendiri yang lebih mempercayai AnWAR dari Presiden mereka sendiri............
SUMBER : blogx-pkr

Friday, May 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK UNTUK SELURUH KAUM DAYAK DI SARAWAK

Selamat Meyambut Haru Gawai Dayak Untuk Seluruh Masyarakat Dayak di Sarawak.
Gayu Guru Gerai Nyamai.

EKONOMI DIJANGKA PULIH : PM


NAJIB Tun Razak menyatakan sesuatu kepada Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah selepas sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.

Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.

“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.

“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, ini merupakan pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.

Katanya, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008.

“Seterusnya perbelanjaan permintaan domestik kecuali perbelanjaan awam semakin merosot berikutan kelembapan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta.

“Dari sudut penawaran, hampir semua sektor ekonomi utama telah merosot kecuali sektor pembinaan yang telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor awam,” ujarnya.

Selaras dengan perkembangan tersebut, jelas beliau, kerajaan telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia bagi tahun ini daripada antara -1 hingga 1 peratus kepada -4 hingga -5 peratus.

Beliau berkata, bagi memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dalam menghadapi keadaan getir semasa, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang ditetapkan, diikuti.

Langkah-langkah tersebut adalah memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan pulangan menguntungkan; langkah liberalisasi diperhebat; pembangunan modal insan dipertingkatkan; dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimantapkan lagi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menambah, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang getir, kerajaan akan tetap memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat didahulukan dengan mengutamakan pembangunan menyeluruh supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil kemakmuran negara.

“Kerajaan juga akan terus berusaha melonjakkan ekonomi negara ke arah aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.

“Untuk ini, satu model ekonomi baru sedang digubal di mana sektor-sektor berpotensi tinggi akan diberikan tumpuan khusus yang berteraskan inovasi dan kreativiti serta berasaskan pengetahuan,” jelasnya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA