Friday, June 12, 2009

PKR SARAWAK BERDEPAN DENGAN UGUTAN PENGHIJRAHAN KELUAR BERAMAI-RAMAI AHLINYA.

Pengerusi PKR BATANG SADONG DIVISION Sakawi Nahari semalam mendedahkan lapan bahagian jawatankuasa negeri baru akan berhenti PKR serta membawa bersama beribu-ribu penyokong-penyokong mereka jika ketua perhubungan negeri yang baru Mustaffa Kamil Ayup tidak membetulkan keadaan segera.

Ia dipercayai berpunca dari rasa tidak berpuas hati ketua-ketua bahagian itu kerana disisihkan daripada perbincangan ketika membentuk barisan jawatankuasa negeri. Enam daripada lapan bahagian pengerusi-pengerusi tidak dilantik dalam jawatankuasa oleh PKR. Hanya dua sahaja diberikan jawatan dalam parti tersebut. Ngemah Gabriel Adit dipilih sebagai ketua Majlis Kepimpinan Negeri yang bertanggungjawab penggubalan dasar manakala wakil rakyat Padungan Dominique Ng adalah penasihat negeri.

PKR sebenarnya tidak berniat untuk memilih wakil-wakil Sarawak tersebut sebarang tempat bagi jawatankuasa negeri. Sebelum ini pun PKR cuma menggunakan kedudukan mereka bagi tujuan meraih sokongan rakyat yang anti BN sahaja. Apa kelebihan yang terdapat pada setiap wakil sekiranya BN masih lagi kuat di kawasan mereka? Mungkin itulah sebabnya Anwar dan PKR tidak memandang mereka sepertimana wakil-wakil di semenanjung yang cukup kuat tentangannya di kawasan kekuasaan BN.

PKR hendak menguasai Sarawak sepertimana mereka menguasai Selangor. Kepimpinan cara PKR pusat dilihat lebih berkesan daripada kepimpinan wakil tempatan yang tidak menjanjikan sokongan yang tetap untuk merampas kerajaan negeri pada Pilihanraya umum yang akan datang. Anwar lebih mempercayai dirinya dan kepimpinan tertinggi di bawahnya untuk menggantikannya sehingga penyatuan ahli lama dengan ahli baru di Sarawak menjadi semakin baik. Bagaimanapun, apakah ia satu alasan untuk melantik Naib Presiden parti menjadi wakil Sarawak selaku Ketua Perhubungan Negeri?

PKR pusat seolah-olah tidak memerlukan orang-orang tempatan Sarawak menjadi ketua dalam pentadbiran parti di negeri sendiri. Bagi orang yang tahu, sudah pasti mereka tidak akan tertipu oleh janji pembangkang untuk memberikan mandat dalam menguruskan jentera parti di tempat sendiri. Ini isu lama, remeh…. tetapi bagi wakil-wakil PKR Sarawak yang mengidamkan jawatan selaku ketua perhubungan di sini, saya ucapkan takziah.

Rakyat Sarawak dipergunakan untuk kepentingan parti PKR. Terlalu kerap kita mendengar keluhan wakil-wakil yang tersisih daripada majlis ataupun mesyuarat parti. Ini baru pentadbiran parti, belum lagi jika PKR memerintah kerajaan negeri. Apakah mereka sanggup menjadi pak turut dalam urusan parti dan mengikut tanpa ada perbincangan dengan kepimpinan tertinggi mereka? Sekaranglah masanya untuk mengubah haluan daripada menjadi mangsa orang-orang yang berkepentingan politik seperti Anwar dan puak-puak PKR.

No comments: