Friday, May 4, 2012

Pastikan rakyat tidak dibebani kesan perubahan harga komoditi dunia



ROHANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengekalkan elemen subsidi supaya rakyat tidak dibebani dengan kesan perubahan harga komoditi dunia yang menyebabkan kenaikan harga yang terlalu mendadak, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ko-perasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengkaji serta menyemak harga barangan kawalan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga barangan tersebut selaras dengan peredaran masa dan perubahan harga bahan mentah komoditi di pasaran dunia.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk S. Nallakaruppan yang meminta kementerian menyatakan bentuk tindakan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga barangan kawalan.
Menurut Rohani, kementerian mengadakan beberapa program bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna agar mereka menjadi pengguna bijak, mengetahui hak-hak sebagai pengguna serta menjalankan tanggungjawab dan peranan me-reka.

“Kementerian mengalu-alukan aduan daripada orang ramai mengenai isu ini dan kami di kementerian juga sering melakukan pemantauan bagi mengekang peniaga yang menaikkan harga barangan kawalan sesuka hati yang boleh menyebabkan pembeli merungut tentang kenaikan harga,” katanya pada Persidangan Dewan Negara.

Beliau berkata kerajaan meng-adakan sesi perundingan dengan industri terlibat supaya tidak menaikkan harga produk keluaran mereka secara drastik malah kerajaan juga menubuhkan Kedai Rak-yat 1Malaysia (KR1M) dan memperkenalkan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).“Dengan adanya KR1M dan MR1M, kerajaan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat di negara ini,” katanya.

Menjawab satu lagi soalan senator yang sama, Rohani berkata harga barangan kawalan iaitu gula dinaikkan sebanyak empat kali sejak tahun 2010 hingga tahun ini, tepung gandum hanya sekali (Mei 2007) manakala minyak masak dinaik- kan pada 1997.Nallakaruppan ingin tahu jumlah kenaikan harga barangan asas serta barangan kawalan termasuk gula, tepung dan minyak masak sejak 2007 hingga kini.

Rohani berkata pada 1 Januari 2010 harga gula dinaikkan sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 se- kilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini.Menurut beliau lagi, tepung gandum pula hanya dinaikkan sekali iaitu pada Mei 2007 sebanyak RM0.15 sekilogram menjadikan harga runcit daripada RM1.20 kepada RM1.35 sekilogram manakala minyak masak pula, kenaikan harga terakhir pada 1997 iaitu 13 tahun lepas dan tiada kenaikan sehingga kini.

“Seperti yang kita sedia maklum, faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang,” katanya. Rohani menjelaskan lagi, antara langkah bijak yang diambil kerajaan bagi mengekalkan harga runcit gula di pasaran pada harga RM2.30 se-kilogram adalah dengan memeterai Kontrak Jangka Panjang (LTC) yang pada masa sama boleh membantu kerajaan untuk berjimat.

“LTC ini boleh menjamin be- kalan gula bertapis yang berterusan bagi memenuhi keperluan negara memandangkan bekalan gula mentah banyak dipengaruhi keadaan cuaca.“Ia juga memudahkan kerajaan melaksanakan kawalan harga ke atas gula bertapis serta menjadikan harga gula mentah di bawah LTC stabil dan berpotensi untuk menyumbang kepada harga gula bertapis yang kompetitif untuk dinikmati rakyat dan industri,” katanya.

Pembelian gula mentah pada harga tetap AS$0.175 sepaun melalui LTC bagi tempoh tiga tahun ber-akhir 2011 telah menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan ne-gara sebanyak RM2 bilion. Sehubungan itu, katanya kepu-tusan kerajaan untuk menanda- tangani LTC 2012-2014 pada harga AS$0.26 sepaun adalah sesuai dan berpatutan memandangkan harganya sukar diramal dan dijangka meningkat pada masa hada- pan. — Bernama



1 comment:

PecahPalakMikir said...

Mohon tumpang berjuang dipautan blog tuan.
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/