Thursday, September 15, 2011

Lima wakil rakyat SPDP dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin

KUCHING: Lima orang wakil rakyat yang juga anggota Majlis Tertinggi Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dirujuk ke Jawatankuasa Di-siplin parti tersebut.

Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom berkata, mereka terbabit gagal menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi selama tujuh kali dalam tempoh dua tahun lepas.

Mereka ialah Naib Presiden Kanan yang juga ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian Nguse, Naib Presiden juga ADUN Marudi Sylvester Entrie Muran, Naib Presiden dan Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe serta dua ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau).

Jawatankuasa Disiplin tersebut dipengerusikan Profesor Dr Shafiq Abdullah dan empat yang lain iaitu Datuk Dr Francis Wong, Vincent Tan, Theresa Undam dan Wendy Trang.

Mereka yang dilantik bukan dari kalangan ahli Majlis Tertinggi.

“Sekarang terserah kepada jawatankuasa berkenaan menentukan tindakan yang akan dikenakan kepada mereka,” kata Mawan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di Ibu Pejabat SPDP di sini, semalam.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urba-nisasi berkata, beliau akan menunggu laporan daripada jawatankuasa berkenaan.

“Kita tunggu laporan daripada jawatankuasa sebelum menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN negeri dan pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Diminta mengulas mengenai kesediaan SPDP kehilangan lima anggota berkenaan, Mawan berkata kepentingan parti itu adalah lebih utama dan besar daripada kepentingan lima ahli berkenaan.

“Anda kena tahu dalam per-kara ini tidak ada yang peri-badi malahan jika ada di kala-ngan ahli majlis tertinggi yang memilih untuk tidak meng-ikuti sistem mahupun per- aturan, mereka yang hilang parti,” tegasnya.

Semalam MT berkenaan dihadiri 21 atau 70 peratus daripada 33 ahli majlis tertinggi.

No comments: