Thursday, June 10, 2010

Sarawak harap peruntukan lebih besar dalam RMK-10: Taib

KUCHING: Sarawak mengharapkan peruntukan yang lebih besar di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK- 10) bagi membolehkan kesemua projek kemudahan asas di negeri itu disiapkan pada 2015.

INGATAN: Taib menandatangani ‘buku pelawat’ UiTM pada majlis perasmian BICOLL 2010 semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abang Johari, Abdullah dan Jamil.

INGATAN: Taib menandatangani ‘buku pelawat’ UiTM pada majlis perasmian BICOLL 2010 semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abang Johari, Abdullah dan Jamil.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya jika sasaran itu dapat dicapai taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar khasnya dapat dipertingkatkan.

“Masih banyak yang perlu dilakukan dalam menyediakan infrastruktur asas di luar bandar seperti seperti jalan, bekalan air bersih dan elektrik supaya Sarawak setaraf dengan negeri maju lain di Malaysia.

“Selain melaksanakan projek-projek kemudahan asas ini, kita mahu mengutamakan projek-projek yang akan memberi sumber pendapatan tinggi kepada rakyat,” katanya kepada pemberita semalam.

Sebelum ini katanya Sarawak telah menerima per- untukan RM40,000 juta bagi tujuan itu.

“Kita sebenarnya telah mendapat perhatian yang cukup baik daripada Perdana Menteri (Datuk Seri najib Tun Razak) dalam rancangan pembangunan Malaysia sebelumnya dan beberapa pakej rangsangan ekonomi,” tambahnya.

Terdahulu Taib merasmikan Persidangan Antarabangsa Borneo mengenai Bahasa dan Sastera (BICOLL) 2010 anjuran Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM) di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Menurut Taib projek pembinaan jalan di bawah RMK- 10 nanti turut menekankan pembinaan jalan yang menghubungkan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan kawasan di luarnya.

Beliau berkata ia penting bagi membolehkan keuntungan serta manfaat hasil pembangunan SCORE dirasai oleh bandar-bandar lain seperti Kuching, Miri, Limbang dan Lawas.

Taib memberitahu semua pembangunan tersebut telah pun disusun dalam pelan pembangunan negeri dengan fokus utama mentransformasikan ekonomi berpendapatan rendah kepada tinggi dengan memberi penekanan kepada bidang pelajaran.

Justeru katanya banyak projek pembangunan negeri yang dirancang berkaitan dengan pelajaran bagi mempersiapkan rakyat Sarawak menuntut ilmi pengetahuan khasnya teknikal dan kejuruteraan. “Inilah pendekatan pembangunan kita di bawah RMK-10,” tegasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dijadual akan membentang Rancangan Malaysia Ke-10 pada persidangan Parlimen esok.

No comments: