Thursday, June 17, 2010

PM: Pilihan raya awal tidak perlu

TUMPAT 16 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan 'mengejutkan semua pihak'.

Menurut Najib, pelbagai sumber kajian perlu diambil kira untuk dijadikan asas sebelum sebarang keputusan mengadakan pilihan raya umum dibuat.

"Itu satu punca kajian sahaja, kita tidak boleh bergantung kepada satu penilaian untuk panggil pilihan raya.

"Kita kena ambil kira pelbagai faktor dan sumber sebelum adakan pilihan raya seperti kekuatan parti dan calon-calon yang berwibawa," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Wat Matchimmaram Kampung Jubakar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan boleh menimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat berdasarkan tahap populariti Najib sekarang.

Sebelum ini, tinjauan Merdeka Centre mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatan Perdana Menteri ketika ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak perlu membincangkan mengenai tarikh pilihan raya secara terbuka.

"Tarikh pilihan raya kena ada nilai kejutan. Tidak boleh cakap sekarang. Sekarang masa untuk kita bekerja dan memperkukuhkan parti, kita perlu bekerja lebih kuat," katanya.

Tambah beliau, masih ada banyak agenda di bawah gagasan 1Malaysia untuk diselesaikan terutama kepentingan rakyat.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan boleh menimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat berdasarkan tahap populariti Najib sekarang.

Sebelum ini, tinjauan Merdeka Centre mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatan Perdana Menteri ketika ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak perlu membincangkan mengenai tarikh pilihan raya secara terbuka.

“Tarikh pilihan raya kena ada nilai kejutan. Tidak boleh cakap sekarang. Sekarang masa untuk kita bekerja dan memperkukuhkan parti, kita perlu bekerja lebih kuat,” katanya.

Tambah beliau, masih ada banyak agenda di bawah gagasan 1Malaysia untuk diselesaikan terutama kepentingan rakyat.

No comments: