Thursday, April 16, 2009

EXORA DILANCAR


NAJIB Tun Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir (kanan) menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran MPV Proton Exora di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi. – UTUSAN/Ahmad Zakki Jilan

SETELAH beberapa bulan menunggu penampilannya, Proton Exora, kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluaran Proton dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu negara, malam tadi.

Proton Exora yang menggunakan enjin 1.6 Campro CPS dengan 125 kuasa kuda, dijual pada harga RM69,998 hingga RM75,998 sebuah. Tidak hairanlah dengan harga semurah itu, 2,500 unit telah ditempah orang ramai.

Peminat kenderaan untuk seisi keluarga itu mempunyai pilihan membeli unit transmisi automatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan.

MPV itu ditawarkan dalam enam warna pilihan dan dua varian iaitu Exora Hi-Line 1.6 Automatik Metallic (RM75,998) dan Exora M-Line 1.6 Automatik Metallic (RM69,998)
SUMBER : Utusan Melayu 16.04.09

No comments: