Saturday, February 7, 2009

KERJA GILA PAKATAN RAKYAT : Saman Sultan Perak

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Pakatan pembangkang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN yang baru, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

“Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu. – Bernama

No comments: