Sunday, November 23, 2008

Susu ibu kurangkan risiko kanak-kanak diabetes

KUCHING 22 Nov. – Pemberian susu ibu di peringkat bayi dapat mengelak kanak-kanak daripada menghidapi diabetes pada peringkat usia yang masih muda.

Pakar Kesihatan Kanak-Kanak dari Jabatan Pediatrik Hospital Umum Sarawak, Dr. Kok Juan Loong berkata, susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk diberikan kepada setiap bayi berbanding dengan susu formula segera.

Menurutnya, susu ibu mengandungi nutrien yang mencukupi bagi membantu mengelak kanak-kanak daripada menghidap penyakit kencing manis dan pelbagai penyakit lain.

‘‘Ada data yang menunjukkan kanak-kanak yang menyusu badan kurang berisiko untuk dijangkiti diabetes,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan forum diabetes sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2008 di Kenyalang Park Community Hall di sini.

Katanya, diabetes di kalangan kanak-kanak berlaku pada peringkat usia lima hingga enam tahun.

No comments: