Thursday, September 18, 2008

Peralihan Kuasa Telah Bermula….

Pada hari ini kita telah melihat dan mendengar bahawa Pak Lah telah menyerahkan jawatan yang penting dalam kerajaan kepada orang nombor duanya iaitu jawatan Menteri Kewangan Pertama. Manakala portfolio Menteri Pertahanan telah di ambil alih sendiri oleh Pak Lah. Ini membuktikan bahawa peralihan kuasa itu akan bermula dari semasa ke semasa sehingga lah tahun 2010. Ini juga membuktikan bahawa Pak Lah benar-benar ikhlas dalam proses peralihan kuasa ini. Semua pihak tidak seharusnya mempersoalkan peralihan kuasa ini kerana ia telah diputuskan oleh Majlis Tertingi UMNO dan juga Kabinet. Isu ini tidak seharusnya dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang hanya menguntungkan pihak pembangkang. Sepatutnya pemimpin-pemimpin kerajaan harus memikirkan cara atau kaedah yang terbaik untuk mentadbir urus dan membaiki ekonomi Negara yang agak goyah akibat ketidakstabilan politik semasa dan kejatuhan saham-saham dunia.

2 comments:

tajau singa raja said...

itulah kejujuran dan keistimewaan Pak Lah...lihatlah

ibrahim yahaya said...

Sdr Sungey,

Saya amat bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa tiada pihak yang membuat pelbagai intepretasi yang "bukan-bukan" dengan peralihan itu. Marilah kita berdoa agar negara kita terus makmur, stabil dan maju sepanjang masa.