Sunday, November 27, 2011

Taktik Anwar selamatkan diri

Oleh AZRAI MOHAMMAD / azrai.mohammad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini, disifatkan sebagai 'serangan awal' bagi menangkis apa jua keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan kes liwatnya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tujuan Anwar itu adalah supaya masyarakat di dalam dan luar negara melihat beliau kononnya berada di pihak yang benar.

Malah, katanya, taktik menyelamatkan diri itu turut digunakan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya.

"Anwar memang bermasalah di mahkamah, jadi dia serang awal-awal. Kalau keputusan tidak memihak kepadanya nanti, maka dia pun beritahu apa yang dikatakannya itu adalah benar.

"Dalam pilihan raya pula, pembangkang tuduh proses pilihan raya berat sebelah, jadi apabila kalah, mereka akan kata bukan tidak mendapat sokongan rakyat tetapi pilihan raya yang tidak telus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.

Anwar turut mendakwa, hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Menurut Zahrain, Anwar boleh dilabelkan sebagai penderhaka negara kerana tidak beretika dalam permainan berpolitik dengan membawa cerita-cerita pembohongan.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, Anwar memang sengaja memilih Indonesia kerana Ketua Pembangkang itu tahu sentimen kebencian di kalangan rakyat negara itu terhadap Malaysia memang sudah wujud.

"Dia pergi ke sana untuk menambah rasa kebencian itu demi kelangsungan politiknya yang telah luntur di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula berkata, Anwar menunjukkan sikap 'cakap tak serupa bikin' kerana beliau sendiri telah memfailkan berpuluh-puluh kes menuntut ganti rugi di mahkamah yang dikatakan tidak bebas.

"Jika tidak puas hati, kenapa perlu failkan hingga berpuluh-puluh kes di mahkamah. Maksudnya dia masih percaya dengan sistem kehakiman

"Malah sebagai Ahli Parlimen, dia boleh gunakan Dewan Rakyat untuk membicarakan perkara ini, kenapa perlu pergi ke Indonesia?," ujarnya.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pula berkata, Anwar perlu diberi amaran serta diambil tindakan tegas oleh mahkamah yang membicarakan kes beliau atas kritikannya itu.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan nama dan imej negara adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memberi impak negatif kepada negara.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahimberkata, kenyataan memburukkan negara yang dilemparkan itu tidak selaras dengan falsafah dan tafsiran Perlembagaan Malaysia.

"Saya khuatir tindakan Anwar itu akan menjejaskan imej dan hubungan diplomatik negara yang telah dibina sejak merdeka," katanya.

Friday, November 25, 2011

Seksyen 15 AUKU akan dipinda


Najib Tun Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perhimpunan Aman di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.

“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.

Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang,” jelasnya.

Pada 31 Oktober lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Keempat-empat penuntut tersebut, Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan ketika kempen semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Thursday, November 24, 2011

Gempar! Isu Pilihanraya PKR bocor!

Kita jangan anggap serangan demi serangan, portal pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai kosong dan tidak bertujuan. Naive sangat kita kalau anggap begitu. Ini semua strategi dan susunan yang sangat rapi oleh Anwar dan Media Strategist-nya. Hebat. Memang teratur dan tersusun.

Apa strategi? Nak pastikan BN akan bersikap defensif dan senantiasa sahaja terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang teman, ada ’35 isu besar’ yang sedang digunapakai bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini.

Antara isu yang sedang digunapakai:-

NFC – jangan lupa, anak Shahrizat memecat seorang kakitangan Cina (budak DAP) di dalam syarikat tersebut tahun lalu. Semua data dan perincian mengenai projek NFC ada di tangan akauntan Cina ini. Silap anak Shahrizat juga, ambil staff ikut suka hati.


Private Jet Zahid Hamidi – menurut sumber, benar Zahid menggunakan private jet. Dia juga mengakuinya. Katanya, milik orang lain – namun menurut sumber dalaman sejumlah RM400k dibayar untuk khidmat tersebut. Info ini diberitahu oleh orang Zahid sendiri – kononnya atas dasar bangga dan seronok kerana boss-nya mampu dan kaya. Plain bangang!


Kedai Rakyat 1Malaysia


Keuntungan berganda penjualan Science Park di Selangor (siapa untung? Satim atau Khir?)


Isteri Noh Omar memiliki beberapa bidang tanah strategik di Shah Alam.


Ini semua baru sedikit. Di peringkat media strategist Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan dilambak secara berkala. Guna pendekatan – blitzkrieg. Lightning war. Cepat dan pastikan musuh penat bertahan.

Nampaknya setakat ini, taktik ini menampilkan kejayaan. Dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri buka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan; ianya akan memberikan banyak lagi modal untuk mereka menyerang kerajaan.

Katanya, fokus seterusnya adalah Pulau Pinang dan Kedah. Banyak juga isu, khususnya yang melibatkan Mahdzir Khalid dan konco-konconya seperti Ali Yahya dan Rawi (Langkawi). Banyak data sedang dikumpul dan akan dilambak menjelang pilihanraya.

Anwar yang mahukan blitzkrieg ini dijayakan bagi menutup sedikit isu moral yang sedang beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat sekarang ni. Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang luar dan dalam UMNO. Bahaya….

Kita semua kena hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain. Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan kepada dis-credit Anwar sama sekali. Memang sudah terjadi tetapi gelombang ini belum cukup kuat.

Gelagat Anwar

Isu sudah keluar. Nama-nama yang terlibat perlu siap-sedia menangkis.

Jangan harapkan orang tolong cuci..

Tamparan sulung Taib Mahmud ke atas ADUN DAP Kota Sentosa

Keep silent - better safe than sorry

Tak sangka rupa-rupanya ADUN DAP Kota Sentosa Chong Chieng Jen terketar-ketar takut dan membisu sebaik 'ditampar' Ketua Menteri Sarawak ketika sidang DUN baru-baru ini. Terpinga-pinga dia bila diberi 'amaran maut' yang tak pernah didengarinya dari mulut Pehin Sri sendiri.

Kejadian bermula ketika Pehin Sri Taib Mahmud membuat ucapan penggulungan Ketua Menteri pada hari terakhir sidang DUN ke-17, tiba-tiba ADUN DAP itu mencelah dengan soalan mengenai penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan Ketua Menteri.

Sudahlah menyampuk pada masa tak betul, Chong buat pula tuduhan melulu secara membabi buta dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti Ketua Menteri. Berani sungguh Chong dengan dakwaannya sedangkan apa yang didengarinya hanyalah spekulasi liar daripada sumber yang tidak berasas.

Hal itu lantas dijawab Pehin Sri katanya,

"Saya tahu, semua ini adalah permainan propaganda “jahat” pembangkang kerana tuduhan-tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali apatah lagi dari benar, ditambahkan lagi dengan menggunakan media massa untuk menyiarkan secara meluas tentang pembohongan besar ini.”

Kemudian dengan tegas Ketua Menteri Sarawak memandang tepat ke arah Chong sambil katanya lagi,

“Sekiranya kamu (Chieng) berani mengulangi kata-kata berbaur fitnah dan pembohongan itu di luar dewan ini kepada pihak media, saya tidak akan teragak-agak menyeret kamu ke muka pengadilan untuk tindakan undang-undang.”

Begitulah tamparan yang diterima ADUN DAP itu kerana setiap kali bersidang, mereka akan mencelah dengan pelbagai bentuk provokasi yang merapu raban dan membabi buta.

Selama ini kita lihat Pehin Sri sabar mendiamkan diri, kali ini dia mengancam Chong Chieng Jen dengan tindakan undang-undang sekiranya serangan peribadi diteruskan terhadap Ketua Menteri itu.

Kelantangan Pehin Sri itu telah menyebabkan rakan-rakan Chong yang lain gugup dan membisu sehinggalah tamat ucapan penggulungan Ketua Menteri tanpa sebarang gangguan dan suara-suara sumbang mereka.

Rajahmas sangkakan sebelum ini mereka cukup hebat dengan tuduhan demi tuduhan terhadap Pehin Sri, sebaik dicabar rupa-rupanya mereka tidak berani mengambil risiko disaman dalam mahkamah.

Kesimpulannya, jika dakwaan mereka penyalahgunaan kuasa terhadap Pehin Sri itu benar kenapa pula takut untuk menghadapi tindakan mahkamah?

Akhirnya seperti dilaporkan rakan blogger Unreportednews.blogspot, Chong Chieng Jen terus meninggalkan bangunan DUN sebaik saja selesai tanpa sidang akhbar sepertimana lazimnya dilakukannya sebelum ini.

Monday, November 21, 2011

Slogan khas BN Pilihan Orang Muda

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), khusus untuk menarik sokongan golongan muda terhadap perjuangan parti itu terutamanya UMNO iaitu BN Pilihan Orang Muda.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan itu dilancarkan Presiden UMNO sejurus selepas menyampaikan amanat kepada pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada Majlis Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Presiden telah melancarkan slogan baru untuk generasi muda, jadi semua gerak kerja kita akan tertumpu kepada slogan tersebut. Identiti itu akan menjadi teras kepada apa yang kita lakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat itu.

Khairy berkata, slogan yang menjadi laungan BN sebelum ini iaitu Undilah Barisan Nasionaldisegarkan semula dengan slogan terbaru bagi generasi muda itu.

"Sekarang kita segarkan semula (slogan) dan kita tunjukkan bahawa orang muda ada pilihan. Kita harap selepas apa yang mereka lihat, kita lakukan, pilihan mereka adalah BN," katanya.

Menyentuh mengenai amanat Presiden UMNO, Khairy berkata, ia mendapat sambutan baik dihadiri oleh kira-kira 3,000 wakil iaitu yang terdiri daripada kepimpinan lima tertinggi di setiap bahagian Pemuda dan Puteri di seluruh negara.

Friday, November 18, 2011

Penjelasan Lengkap NFC Jawab Fitnah Lembu (Sebarkan)

National Feedlot Corporation (NFC) telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semasa menjawab dakwaan PKR yang mempersoalkan pembelian unit-unit kondominium di Bangsar oleh syarikat itu, berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya di satu sidang akhbar di Gemas pada Khamis.

Bernama melaporkan, Mohammad Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

Mohammad Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur. Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Mohammad Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau 'grant'.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Pinjaman RM250 juta itu dengan kadar faedah dua peratus, dibayar balik bermula pada tahun ketiga setelah pinjaman dikeluarkan sepenuhnya dan apabila siapnya pembinaan rumah sembelihan untuk eksport berkualiti.

"Buat masa sekarang pinjaman belum lagi dikeluarkan sepenuhnya kepada NFC. Masih ada RM69 juta lagi baki pinjaman belum digunakan," katanya.

Mohammad Salleh berkata pinjaman tersebut diletakkan di bawah Akaun Pinjaman Khas tetapi proses menurun diperlukan sebelum dana dapat digunakan oleh NFC.

Mengenai dakwaan bahawa rangkaian restoran Meatworks memperoleh diskaun berjumlah RM2.9 juta pada 2009, beliau berkata diskaun yang sama diperolehi 70 pelanggan restoran itu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata mengwujudkan jenama Meatworks dalam menjual daging yang berkualiti telah membolehkan NFC menembusi dalam pasaran yang begitu ketat dikawal.

"Orang ramai tidak percaya bahawa Malaysia boleh mengeluarkan daging baik yang berkualiti premium," tambah beliau.

Mengenai harga tinggi bagi lembu NFC berbanding lembu yang dibeli di Malaysia, Mohammad Salleh berkata lembu-lembu NFC biasanya memiliki berat antara 70-100 peratus lebih daripada lembu tempatan.

Katanya, NFC kini mempunyai 150 syarikat pelanggan dan antara pelanggannya yang terbesar ialah Jusco, Giant dan Cold Storage.

NFC membekalkan 46 peratus dagingnya kepada pasar basah, 20 peratus ke pasaraya, 22 peratus kepada kilang memproses daging dan burger dan hanya 11 peratus kepada hotel, restoran dan katering.

Sejak tiga tahun penubuhannya NFC berjaya membangunkan infrastruktur seperti lot-lot makanan, rumah sembelih, setor makanan dan bilik sejuk. Tahun depan NFC akan menceburi ladang kontrak.

"Kami sudah memperoleh imbangan pendapatan dan dijangka mendapat keuntungan," katanya.-17/11/2011

Sumber : Agenda Daily

http://www.agendadaily.com/index.php

ISU DAKWAT KEKAL

SILA BALA DISINI http://www.papagomo.com/2011/11/ekslusif-video-konspirasi-pas-dap-pkr.html