Saturday, August 29, 2009

RM100j saham percuma : Hadiah Hari Raya untuk penduduk Miskin di Bandar

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM100 juta dalam bentuk saham amanah yang akan diberikan secara percuma kepada golongan miskin di kawasan bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan tersebut akan diagihkan selepas usaha mengenal pasti penerima yang layak selesai dijalankan.

‘‘Kita telah minta senarai mereka yang miskin di bandar, ada lebih kurang RM100 juta nilai saham amanah yang hendak kita beri secara percuma.

‘‘Jika senarai ini dapat dikumpulkan, kita akan beri saham itu supaya mereka dapat menambah pendapatan,” katanya sewaktu berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 warga kota di Masjid Albukhary di sini malam ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan yang disumbangkan oleh Yayasan Albukhary kepada golongan kurang bernasib baik.

Beliau turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih bersama warga kota di masjid tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, program penjualan rumah projek perumahan rakyat (PPR) dijangka dapat dimulakan pada 10 Oktober ini.

Katanya, langkah menjual rumah PPR itu membuktikan kerajaan amat komited untuk memerangi kemiskinan di bandar.

Wednesday, August 26, 2009

PBT Sabah, Sarawak terima RM62.8 juta

PUTRAJAYA 25 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM62.8 juta setahun dalam bentuk pemberian geran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak mulai tahun depan.

Perdana Menteri berkata, dengan pemberian itu, kerajaan berharap PBT di kedua-dua negeri terbabit dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

"Kerajaan memutuskan bahawa pemberian geran tahunan kepada PBT yang sebelum ini diberikan kepada PBT di Semenanjung sahaja, dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak mulai 2010.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan tambahan sebanyak RM62.8 juta setahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2009 di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, mesyuarat tersebut juga bersetuju menaikkan kadar pemberian bayaran perkhidmatan daripada lima peratus kepada 10 peratus bagi kerajaan negeri di Semenanjung dan 12 peratus untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau menambah, dengan kenaikan itu bererti sumbangan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri bertambah daripada RM75 juta kepada RM100 juta.

Jelasnya, sumbangan itu diberikan kerana pembabitan kerajaan negeri dalam projek-projek Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri berkenaan.

Selain itu, kata beliau, mesyuarat tersebut turut memaklumkan bahawa semua kerajaan negeri berjaya memperoleh Sijil Audit Tanpa Teguran daripada Jabatan Audit Negara bagi tahun 2008.

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan susulan ke atas teguran-teguran audit supaya sebarang kekurangan tidak berulang dan prestasi dapat ditingkatkan.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut juga menekankan supaya segala perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan negeri bukan sahaja perlu mematuhi peraturan-peraturan sedia ada tetapi berdasarkan prinsip berbaloi untuk nilai wang.

"Selain itu diharapkan semua hutang yang ditanggung kerajaan negeri dalam hubungan dengan Kerajaan Pusat dapat dijelaskan mengikut jadual. Begitupun kita ambil kira kekangan yang dihadapi oleh mereka (kerajaan negeri).

"Mana-mana projek kendalian kerajaan negeri yang tidak mendatangkan hasil seperti bekalan air luar bandar, pinjaman telah ditukar kepada bentuk geran," ujarnya.

Beliau menambah, bagi negeri-negeri yang menghadapi masalah kewangan terutama perbelanjaan pengurusan, Kerajaan Pusat sentiasa membantu menampung perbelanjaan tidak kira ia ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Najib menjelaskan, ia merupakan antara contoh bahawa Kerajaan Pusat sentiasa peka kepada keperluan kerajaan negeri.

Menurutnya, dalam soal kepentingan rakyat, Kerajaan Pusat tidak membeza-bezakan negeri yang diperintah oleh BN dan pembangkang.

Tuesday, August 25, 2009

SPRM tak terlibat

SHAH ALAM 24 Ogos – Tiada sebarang bukti mahupun fakta baru diperoleh hasil siasatan yang dijalankan oleh polis berhubung isi kandungan `surat misteri’ yang kononnya dapat membantu inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Malahan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas sampel 12 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor termasuk Timbalan Pengarahnya, Hishamuddin Hashim yang diambil sekali lagi pada Rabu lalu turut disahkan tidak sepadan dengan dua DNA yang tidak dikenali pada kot dan tali pinggang Beng Hock.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan menegaskan demikian di Mahkamah Koroner di sini semasa menjawab lima tohmahan yang dibangkitkan dalam surat misteri itu pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-13 hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, peguam pemerhati keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo menarik perhatian Koroner Azmil Muntapha Abas berhubung kewujudan surat misteri setebal lima muka surat bertarikh 5 Ogos lalu yang diterimanya daripada seseorang antara pukul 5 dan 6 petang, hari sebelumnya.

Rentetan pendedahan surat yang tiada tandatangan pengirimnya itu, Azmil memerintahkan supaya pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP), Ahmad Nazri Zainal menjalankan siasatan lanjut.

Menurut Hock Chuan, tiada sebarang keterangan yang dapat membuktikan atau menyokong tohmahan dalam surat itu bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor kononnya telah memberikan arahan kepada para pegawainya yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkannya dalam kes Beng Hock.

“Pihak polis telah merakam percakapan-percakapan yang relevan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, tiada keterangan yang dapat membuktikan tohmahan yang dilemparkan itu,” katanya.

Begitu juga dengan tohmahan bahawa Timbalan Pengarah SPRM negeri itu kononnya telah mengarahkan pegawainya supaya mengelap kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam dan menggunakan teknik soal siasat tersendiri, turut gagal menunjukkan sebarang bukti.

Sehubungan itu, Hock Chuan meminta Azmil mempertimbangkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, namun tidak cukup jalur untuk membuat perbandingan dan bukannya tiada langsung kesan cap jari ditemui seperti didakwa dalam surat.

Mengenai dakwaan timbalan pengarah terbabit tidak mengetip kad perakam waktu pada pagi 16 Julai lalu, menurutnya, polis telah mendapatkan kad tersebut dan pegawai terbabit telah mengesahkan bahawa beliau memang tidak mengetipnya waktu keluar pada pagi tersebut.

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES dan NOOR AZMAH IBRAHIM pengarang@utusan.com.my

Sunday, August 23, 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR KERANA HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PIMPINAN PARTI TERSEBUT

Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh, keluar PKR dan menjadi wakil bebas.

Beliau yang juga EXCO Kedah menegaskan tindakannya itu kerana tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR yang hanya mengutamakan kepentingan pemimpin tertinggi saja.

Dalam sidang media di Legend Hotel pagi ini, Mohd Radzhi mahu menjadi wakil bebas yang dapat memperjuangkan kepentingan rakyat dan tidak mahu menipu rakyat lagi.

"Jika dulu saya masuk Keadilan Nasional kerana percaya dengan perjuangan mereka tetapi kini saya keluar kerana PKR sudah lari daripada matlamat asas penubuhannya untuk membela nasib bangsa Melayu."

Dalam sidang media itu, Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin atau Din Komando mengumumkan pembubaran bahagian itu kerana tidak yakin dengan kepemimpinan tertinggi PKR. Tindakan itu disokong oleh semua AJK Bahagian.

Menurutnya, mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat tetapi hanya pandai bermain politik sepanjang masa. "Mereka mahu mencapai agenda politik masing-masing tanpa menghiraukan nasib rakyat."
SUMBER : DUNIA TIGER

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Untuk Seluruh Umat Islam


Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan sihat tubuh badan supaya kita dapat menjalankan ibadat puasa dengan lebih sempurna.

Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Tidak ketinggalan kepada para pengunjung yang sudi memberi komen-komen di dalam blog 'segalanya mungkin'. Semoga Allah memberkati ibadah-ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia. Kepada Allah Kita Berserah.

Antara sms yang menarik saya terima daripada kawan-kawan :

"Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak" semuga kita tidak lupa renew lesen mulut, serviskan hati, kawal kadar pencemaran mata & telinga, peliharalah enjin perut, tax minda & cukai kesabaran...anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 2009 bersamaa 1430H..........

Zaidil Bin Hj Ripin

Wednesday, August 19, 2009

PAKATAN ADA HERO FILEM TAMIL DAN HERO FILEM CINA... KUI...KUI..KUI

Setahun lalu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan gelaran ‘Sivaji The Boss’ oleh para pengikutnya. Kini semasa pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh, anak didiknya N. Gobalakrishnan melagakkan watak Sivaji apabila bertindak ibarat hero filem Tamil itu.

Mana tidaknya, dalam kawasan larangan untuk berhimpun, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang naik ‘minyak’ ekoran sorakan sokongan para penyokong telah mengetuai ejekan kepada Barisan Nasional (BN), UMNO, Perdana Menteri dan polis.

Tindakannya yang cuba menonjolkan dirinya ‘hero rakyat’ itu telah menyebabkan pihak polis meminta beliau agar tidak membuat tindakan provokasi di kawasan larangan berkenaan.

Insiden berlaku sejurus beliau keluar dari kawasan pusat penamaan calon dan disambut dengan tepukan dan sorakan oleh para penyokongnya dan beliau terus ke arah penyokong yang berada di seberang jalan di dalam kawasan berpagar sambil bersalaman dan melaungkan slogan ejekan kepada BN dan UMNO serta polis.

Seolah-olah hendak cari pasal, Gobalakrishnan tidak mengendahkan arahan polis berkenaan malah sebaliknya melaungkan ‘hancur…hancur…hancur polis’.

Ekoran dariapda itu, pihak polis cuba menghalangnya daripada terus cuba mencetuskan suasana panas yang sebelum itu agak tenang.

Macam hero tamil, Gobalakrihsnan terus dengan provokasinya dan apabila cuba ditahan oleh polis, beliau bertindak menolak polis dan ada saksi mata menyatakan beliau telah menumbuk seorang pegawai polis yang berpangkat sub inspektor.

Ekoran itu sekumpulan polis meluru ke arah beliau dan cuba meredakan insiden tolak menolak dan dalam keadaan kelam kabut itu, terlihat jelas seluar yang dipakai oleh Gobalakrishnan terlondeh dan seterusnya beliau jatuh.

Sekumpulan kira-kira 50 penyokong pembangkang cuba merempuh kawalan polis.
Polis kelihatan cuba mengawal keadaan dan para penyokong terus melaungkan ‘polis babi, sial polis anjing’ dan beberapa kata kesat lainnya.

Dalam pergelutan itu Gobalakrishnan mendakwa tangannya patah hingga memaksa pihak berkuasa menghubungi ambulans yang kemudiannya membawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu ke hospital Bukit Mertajam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob memberitahu wartawan, pihak polis bertindak menghalang Gobalakrishnan kerana beliau cuba mengggunakan pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Menurut beliau, setelah diberi amaran sebanyak dua kali, seorang anggota polis cuba menahannya tetapi Gobalakrishnan dan para penyokongnnya melawan balik dan tercetuslah kekecohan.

Sambil memberitahu Gobalakrishnan dihantar ke hospital, Ayob turut menyatakan ada juga anggota polis yang cedera dan turut dihantar ke hospital.

Walaupun suasana perarakan berjalan lancar dengan kedua-dua penyokong parti yang bertanding mengiringi calon masing-masing, tindakan Gobalakrishnan melakonkan watak hero tamil telah mencemarkan ketenangan.

Drama itu disaksikan oleh para penyokong kedua-dua parti dan sudah tentu selepas ini, sebagaimana biasa Gobalakrishnan akan menjadi ikon baru ‘kezaliman’ polis. – 17/8/2009


KEHKEHKEH WELL..WELL...WHAT CAN I SAY!! AKU HANYA BOLEH TERSENGIH JEK. NAMPAKNYA PEMBANGKANG MEMULAKAN 'PERTEMPURAN' DENGAN LANGKAH KIRI!! . KALAU MENGIKUT FATWA MERAPU PAK AJIS..ORANG YANG MEMULAKAN SESUATU DENGAN LANGKAH KIRI NI BAKAL DI TIMPA BALA. ENTAHLAH..AKU TAK BERANI NAK CAKAP LEBIH2. KANG AKU TAK BOLEH MASUK SYURGA PLAK! TAK GITU PAK AJIS?? :-D

PADA AKU, PEMBANGKANG DAH BETUL2 TERDESAK, SESAK SEJAK DI M.U LAGI BERIKUTAN SERANGAN BERTALI ARUS PARA PATRIOT2 / PEMBELA NEGARA YANG TAK PUTUS2 MELANYAK PENYANGAK2 BONGKAK PAKATAN ROSAK KEHKEHKEH!. AKU TAU MEREKA DAH TERGUGAT, TERCEGAT, SIAP GARUK2 KEPALE ATAS BAWAH MEMIKIRKAN SERANGAN2 TANPA HENTI DARI PEJUANG2 NEGARA SEHINGGA MEREKA TERPAKSA MENGGUNAKAN KAEDAH CARI DAN UGUT PARA PATRIOT / PEMBELA NEGARA DI MANA JUA KEHKEHKEH.

INI MENANDAKAN USAHA PARA PATRIOT / PEMBELA NEGARA SELAMA INI TIDAK SIA2 MALAH SEMAKIN GALAK BERUSAHA MENENTANG PENGKHIANAT NEGARA HUHUHU!!!. TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN!..KASI HANCOR!!..HANCORR!!..HANCORRRR!!! SAMA DIORANG!! ALANG2 SELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN!! LET THEM COME AND WE GIVE THEM "KAW2"!...A GOOD DEFENCE IS KEEP OFFENSE YEHAAAAAAAAAA!!!!